Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

30 January, 2009

KITA sebenarnya...


hanya meng'copy' dari tulisan yang bertajuk "KITA".

******************************

Kita sebenarnya....
(saya edit sikit)

atau barangkali "saya" yang sebenarnya...


* Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

* Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

* Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

* Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

* Lebih suka lepak,tidur tengok TV daripada sembahyang

* Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

* Lebih suka menyebut hello!...hai! daripada assalamualaikum

* Lebih suka pakai cap, topi daripada tudung, kopiah

* Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid

* Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

* Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

* Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama (tapi saya yakin, yang pembaca-pembaca blog ini, bukan macam tu)

* Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

* Lebih suka mencarut, @#%^&! daripada menyebut MasyaAllah

* Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan

* Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

* Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab

Kita
SEBENARNYA.....


Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT??

Yang mana Tuhan suruh itu sama-samalah kita buat, yang dilarang itu kita pakat
tinggallah.

Malu kita dengan Tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan kepada hamba-hambaNya tetapi kita masih lupa padaNya. InsyaAllah, Tuhan akan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lampau. Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara)dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga , mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.
(surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

2 comments:

Akhdan wafiy said...

salam..
insyaAllah sy akn ke Mesir..
mmg da plan nak ke Mesir dlm tahun depan(2010)..
tu pun kalau hajat tercapai..
kalau blh of coz la nak buat umrah sekali..
bergantung ngan bajet masa tu and cuti yang akan diberikan la..
sy ada kawan2 d univ.zagaziq..
nway,sy ambik link blog kamu k??

Anonymous said...

salam...besi yang karat boleh dibuang. tapi hati yang karat...akan dihumban ke dalam neraka yang tiada tandingan seksaannya. Ya Allah, terimalah taubatku