Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

14 January, 2009

Sijil tanda berilmu?

Ucapan tahniah saya tujukan kepada rakan-rakan yang sedang menjalani peperiksaan samada pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar mahupun pelajar-pelajar Fakulti Perubatan di universiti-universiti yang lain di Mesir. Tahniah kerana ketika ini anda semua rajin menekuni pelajaran masing-masing. Jelas dan nyata kesungguhan anda untuk mencapai kejayaan. Sedangkan saya hanyalah memerhatikan kerajinan anda tanpa melakukan apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada diri sendiri sekiranya saya menduduki peperiksaan pada masa-masa mendatang, mudah-mudahan ilmu yang saya perolehi dan hafaz ketika muraja’ah sempena peperiksaan itu akan ‘lekat’ dalam benak pemikiran saya, lalu diterjemahkan dalam kehidupan.

Apalah ertinya, saya bersengkang mata demi mengingat fakta-fakta penting yang kemungkinan akan ditanya dalam peperiksaan, namun setelah usai peperiksaan, saya lupakan segala-galanya. Apa lagi yang tinggal? Masih adakah lagi ilmu itu dalam dada saya?

Apa sebenarnya yang diperlukan daripada 'palapes' pimpinan negara ini? Sijilnya atau ilmunya? Benarkah sijil itu merupakan tali ukur keilmuan seseorang individu? Berilmukah saya yang telah memiliki ijazah sarjana muda ini?

Apakah sebenarnya timbangan hakiki untuk menilai tahap keilmuan seseorang? Bagaimanakah bentuk piawaiannya?

Sama-sama kita renungkan.

(mungkin entri saya yang bertajuk “Aneh bin ajaib!” pada bulan Mei 2008, boleh membantu memberikan sedikit jawapannya)

Selamat menjalani peperiksaan, semoga kejayaan menjadi kenyataan.

No comments: