Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

26 November, 2010

Lobak, telur & kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan anda ? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?

Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Apakah anda seperti itu ?"

17 November, 2010

Kesilapan Dalam Ibadah Korban

1- Ada beberapa golongan masyarakat yang melakukan kesilapan dengan melakukan ibadah korban pada malam hari raya. Amalan ini tidak menepati sunnah. Sekiranya dilakukan juga, sembelihan tersebut tidak dikira sebagai 'ibadah korban', kerana para ulama menganggap perbuatan tersebut sebagai makruh.

2- Masih ada amalan membahagikan daging korban kepada tujuh bahagian tertentu (biasanya kepala, bahagian rusuk, batang pinang) diperuntukkan atau dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Tindakan ini sama sekali tidak dibenarkan. Ini kerana setiap bahagian daging korban adalah sedekah. Manakala sedekah sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai upah. Sekiranya kita masih ingin memberikan upah kepada tukang sembelih, pihak yang berkongsi korban, boleh membayar lebih sedikit daripada harga sebenar binatang korban dan menyerahkan lebihan wang tersebut kepada tukang sembelih.

3- Melaksanakan korban untuk menunjukkan kepada orang ramai akan kemampuannya melaksanakan ibadah tersebut supaya dia dipandang mulia, dihormati serta dianggap hebat dari sudut kemampuan kewangan. Sepatutnya dia insaf bahawa hanya korban yang dibuat secara ikhlas serta disertai taqwa sahaja akan diterima Allah. Firman Allah SWT: "Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan dari mu lah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan" (al-Haj:37)

4- Berlaku pembaziran pada daging korban. Terdapat daging korban yang lambat diagih-agihkan menyebabkan ia menjadi busuk. Ini berpunca daripada sikap segelintir pihak yang terlalu tamak menghimpunkan daging korban sehingga ia rosak apabila ruang peti ais rumah tidak mampu memuatkan semua daging korban yang dibawa pulang.

5- Pembahagian daging korban yang hanya ditentukan kepada kumpulan atau puak tertentu sahaja dengan mengenepikan hak orang lain terutama yang tinggal sejiran, sekampung atau setaman dengan kita.

sumber: majalah i luv islam bil: 35

15 November, 2010

Realiti

Realiti....

a) Lebih ramai anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang terkorban akibat kemalangan udara daripada akibat berperang.

b) Di Israel, sebuah negara Yahudi tidak terdapat pun seekor babi, tetapi Malaysia, sebuah negara umat Islam, mengeksport babi.

c) Berjudi dan minum arak adalah haram di kalangan orang Islam, tetapi syarikat-syarikat seperti Magnum, Genting dan Guinness Anchor mempunyai CEO dan Deputy Chairman yang beragama Islam.

d) Apabila Jabatan Agama Islam mengharamkan penyertaan wanita Islam di Malaysia dalam pertandingan ratu cantik untuk menjaga kehormatan mereka, yang aneh golongan yang kuat membangkang ialah wanita Islam di Malaysia sendiri.

e) Bila JAWI ambil tindakan mencegah maksiat, orang yang buat maksiat dibela, pihak JAWI diperlecehkan dan diperbodohkan.

f) Apabila tiba awal Muharram, bermulanya tahun yang baru dalam kalender Islam, sambutannya dingin. Tapi apabila menyambut tahun baru, mengikut kalender kristian, Malaysia, sebuah negara Islam menyambut dan merayakannya dengan pelbagai acara - live telecast dan lain-lain.

g) Ceramah-ceramah agama di masjid-masjid dan di surau-surau tidak dibenarkan, tetapi konsert-konsert dibenarkan dan digalakkan serta diberi publisiti meluas.

h) Orang yang baik-baik tidak dipilih menjadi pemimpin, orang yang buruk akhlak, rasuah dan buat maksiat dipilih pula sebagai pemimpin.

I ) Pendapat orang lain tidak mahu terima, pakai pendapat dia seorang sahaja yang betul.

siapa makan cili... dia terasa pedas.

12 November, 2010

Allah sembunyikan ....

Sesungguhnya Allah SWT sembunyikan enam perkara dalam enam perkara:

Allah SWT telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
Allah SWT telah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat.
Allah SWT telah menyembunyikan namaNya yang agung di dalam Al Quran.
Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah SWT telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semua rahsia ini adalah untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

11 November, 2010

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri China "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Imam Ghazali = " Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat di dunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

wadzakkir fa innadzikra tanfa'ul mu'miniin

10 November, 2010

Skills found only in China !!!

Quran ada suruh kita jalan2 memerhatikan alam sambil mengambil iktibar. Nabi Muhammad SAW pernah menyarankan agar terus menuntut ilmu walau ke negeri China.








harap2 satu masa nanti, saya dan isteri dapat melancong ke negara China. saja jalan2..... :-D

05 November, 2010

Assalamualaikum...

Assalamualaikum buat semua saudara-saudari yang sedang berjuang.. walau di mana kalian berada, walau di medan manapun kita.. kita tetap dalam satu barisan.. Insya Allah, dalam barisan menegakkan Ad-Deen dan kalimah Allah di muka bumi. Semoga dengan usaha kita yang sedikit diberkati dan diredhai olehNya. Apa yang penting sejauh manakah usaha kita.. berjaya atau gagal itu urusan Allah, dan kita semestinya hendaklah sentiasa redha dengan setiap ketentuanNya. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak meletakkan satu hukum yang mesti.. mesti berjaya, mesti bahagia atau mesti-mesti yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa semuanya itu pinjaman dan pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan sabar dan tenang. Padahal dimensi dari kegagalan itu sebenarnya adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Hakikat kegagalan adalah tidak tercapainya dan tidak berjaya memiliki apa yang memang bukan hak kita. Semoga hati-hati kita sentiasa meletakkan sepenuhnya pengharapan dan pergantungan hidup hanya kepadaNya. Teruskan perjuangan... Kemenangan di tangan Tuhan! Sesungguhnya yang terbaik di mata kita, belum tentu terbaik di mata Allah, demikian juga sebaliknya. Jadi yakinlah bahawa apa yang berlaku ke atas kita kelmarin, saat ini dan yang akan datang adalah yang terbaik menurut Allah.

02 November, 2010

Kita masih buat tak endah

Untuk renungan dan ingatan kita (saya) bersama.
Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!!


Hari qiamat sudah semakin hampir
..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yang dilihat hanyalah rukun Islam yang 5 dan rukun Iman yang 6....tidak lebih daripada itu.


Wahai Muslimin Muslimat !!

Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kepada kita secara detail apa yang akan berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya.


Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya...
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Maajah)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)


Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun ke atas mereka, iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja (SUDAH ADA)
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (SUDAH ADA)
  3. Zakat dijadikan hutang (SUDAH ADA)
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) (SUDAH ADA)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya (SUDAH ADA)
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. (SUDAH ADA)
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya (SUDAH ADA)
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. (SUDAH ADA)
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. (SUDAH MULA DIPILIH)
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. (SUDAH ADA)
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa. (SUDAH ADA)
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) (SUDAH ADA)
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung. (SUDAH ADA)
  14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. (SUDAH ADA)
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). (SUDAH MULA KEDENGARAN)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Tetapi malangnya kita masih buat tak endah ... !!!