Selepas hampir dua tahun, saya berkhidmat di Kolej Universiti Insaniah, Kampus Sungai Petani, akhirnya pada akhir Januari 2013, kami telah selamat berpindah ke kampus baru iaitu kampus tetap di Kuala Ketil, Kedah.
Sudah pasti pengalaman yang dialami di Kampus Sungai Petani akan menjadi kenangan yang terpahat dalam diari kehidupan ini.
wassalam
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
27 February, 2013
NIAT PADA SETIAP AMALAN
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه ) رواه البخاري ومسلم في صحيحهما .
Maksudnya :
Daripada Umar
bin al-Khattab r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: Setiap amalan itu
mestilah dengan niat, sesungguhnya bagi setiap amalan seseorang itu apa yang
diniatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah s.w.t. dan rasulNya, maka
hijrahnya itu untuk Allah s.w.t. dan rasulNya, dan sesiapa berhijrah kerana
dunia yang ingin diperolehinya atau pun wanita untuk dikahwininya maka hijrah
itu adalah untuk apa yang dihijrahkannya itu.
Perawi Hadis
عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى العدوي القرشي، أبو حفص
Nabi s.a.w.
menggelarkannya الفاروق.
Khalifah Islam
yang kedua dan orang pertama digelar أمير المؤمنين.
Pada zaman jahiliah,
beliau seorang panglima dan termasuk di kalangan orang-orang kenamaan. Memeluk
Islam lima tahun sebelum hijrah. Orang pertama menggunakan tarikh hijrah.
Pada zaman
pemerintahannya berlaku pembukaan Syam, Iraq, Quds, Madain, Mesir, Khurasan,
Sajistan dan Qubrus.
Antara sifat
wara’nya ialah kata-kata: “Orang yang paling aku kasihi ialah orang yang
menghadiahkan kepada ku keaibanku”.
Beliau
meninggal dunia pada pagi hari Rabu 25 Dzulhijjah ketika menjadi Imam solat
subuh. Ia dibunuh oleh Abu Lu’lu’ Fairuz al-Farisi hamba kepada al-Mughirah b.
Syu’bah.
Kata Abu Bakar
r.a. bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda: “Tidak terbit matahari
di atas seorang pun yang lebih baik daripada Umar”.
Kedudukan Hadis
Hadis ini
adalah hadis sahih yang telah disepakati kesahihannya, juga telah disepakati
ketinggian kedudukannya. Ia adalah salah satu hadis yang mana, asas Islam
beredar di atasnya. Ulamak salaf dan khalaf menggalakkan pembukaan setiap
karangan dengannya. Sebagai peringatan kepada pembaca, betapa pentingnya niat
yang betul. Kata Imam Abu Said Abdur Rahman b. Mahdi: “Sesiapa
yang mahu mengarang hendaklah ia mulai dengan hadis ini”.
Sebab Timbul Hadis
Al-Tabrani
menyebut dengan sanadnya yang ثقة daripada Ibn
Mas’ud r.a. berkata: “Ada di kalangan kami seorang pemuda yang telah meminang
seorang wanita yang dipanggil Ummu Qais, ia enggan mengahwini pemuda itu
kecuali setelah ia (pemuda) itu berhijrah. Lalu ia berhijrah dan mengahwini
wanita itu”.
Huraian Hadis
Ulamak telah
sepakat bahawa niat dimestikan dalam setiap amalan agar dapat pahala. Mereka
bercanggah pandangan dalam meletakkan niat sebagai syarat sahnya sesuatu
amalan.
الشافعية menetapkan niat
menjadi syarat dalam perkara وسائل (perantaraan) seperti wudhu’ dan juga perkara مقاصد (matlamat) seperti solat.
Al-Hanafiyyah pula menetapkan niat hanya menjadi syarat pada maqasid
tidak pada wasail. Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,
lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Surah Al-Baiyinah:5)
Tempat niat
ialah hati dan tidak semestinya ada تلفّظ. Manakala waktu niat ialah permulaan setiap amalan.
Daripada hadis
ini keluarlah satu kaedah feqah yang sangat penting iaitu الأمور بمقاصدها.
Kaedah ini merupakan kaedah yang
banyak manfaatnya dan meliputi seluruh bidang keilmuan. Kesempurnaan amalan بدنية dan مالية (harta), hati dan
anggota bergantung kepada niat. Kerosakan amalan tersebut juga bergantung
kepada kerosakan niat.
Apakah itu niat?
Niat dari segi
bahasa ialah قصد dan kehendak.
Dari segi istilahnya ialah : Mengqasadkan ketaatan dan mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. dengan melakukan sesuatu amalan atau meninggalkannya.
Yang dimaksudkan
dengan kaedah yang dinyatakan di atas ialah: Segala amalan mukallaf dan
tindakannya sama ada perkataan atau perbuatan adalah berbeza natijah dan hukum
yang dikenakan ke atasnya
dengan berbezanya qasad.
Sebagai contoh,
seorang yang membunuh orang lain tanpa keizinan syara’ dan dia sengaja, ia
dikenakan hukuman bunuh. Sekiranya ia tidak sengaja, ia dikenakan hukuman yang
lain. Kedua-dua perbuatan ini sama iaitu ‘membunuh’ tetapi berbeza pada niat,
maka hukuman dikenakan mengikut ketetapan yang sesuai dengan niatnya.
Contoh kedua,
sesiapa yang memungut barang yang tercicir dengan niat barang tersebut untuk
dirinya sendiri, maka ia dikira perampas. Sekiranya barang itu rosak di
tangannya (di bawah jagaannya) ia mesti membayar ganti rugi barang tersebut.
Sekiranya seseorang itu memungut sesuatu barang dengan niat untuk menjaganya
dan mencari tuannya, maka ia dikira pemegang amanah. Sekiranya barang itu rosak
ia tidak perlu membayar ganti rugi, kecuali jika ia cuai ketika menjaganya.
Niat yang
dimaksudkan oleh fuqaha’ di sini ada dua bentuk:
Begitu juga
bagi orang yang duduk dalam masjid. Duduk kerana berehat atau i’tikaf, berehat
sekadar adat, manakala i‘tikaf adalah ibadat. Contoh yang lain, seseorang
memberi harta kepada orang lain, menjadi adat dengan cara memberi hadiah, jual
beli atau kerana dunia. Namun, ia menjadi ibadat dengan cara zakat dan sedekah.
2)
Membezakan Ibadat dengan ibadat yang
lain. Mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t. kadang kala melalui melalui fardu seperti solat lima waktu, kadang kala
melalui amalan sunat seperti solat sunat. Maka niatlah yang membezakan antara
kedua-dua jenis amalan ini. Contohnya, seorang pergi ke masjid untuk solat
asar dan dia belum lagi solat zohor, orang lain semuanya solat zohor. Dia tidak
tahu waktu itu waktu zohor sehinggalah selesai solat. Kita katakan padanya: “Kamu
kena solat semula kerana solat zohor tidak sah kecuali dengan niat solat zohor,
sedangkan kamu niat solat asar”.
Ibadah yang Tidak disyaratkan Niat
Sebagaimana
yang kita tahu niat diperlukan untuk membezakan antara adat dengan ibadat dan
antara satu ibadat dengan ibadat yang lain. Ada juga ibadat-ibadat yang jelas
tiada kekeliruan padanya, seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Sekiranya melakukan perkara sebegini dengan menghadirkan niat di dalam hati
adalah lebih baik dan afdhal.
Niat Ibadat dalam Adat
Perkara yang مباح boleh menjadi
ibadat dan diberi pahala dengan niat, apabila diniatkan untuk mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. Seperti makan, minum, mandi, kahwin apabila diqasadkan
mengikut sunnah, menghasilkan anak yang salih, membanyakkan umat dan
sebagainya.
Syarat-syarat Niat
Oleh kerana
niat adalah ibadat, maka sudah tentu ia mempunyai syarat-syaratnya:
1)
Islam: Niat adalah ibadah, ibadah tidak
diterima melainkan dari seorang muslim. Tidak sah niat orang kafir kerana ia
tidak mempunyai syarat penerimaan ibadah iaitu beriman kepada Allah s.w.t.
2) تمييز: tidak sah ibadat kanak-kanak yang
belum mumaiyiz dan orang gila.
Kanak-kanak
yang mumaiyiz ialah yang mempunyai akal yang boleh membezakan perkara elok
daripada yang buruk, yang baik daripada yang jahat dan yang berguna daripada
yang tidak berguna.
3)
Mengetahui apa yang diniatkan : Iaitu
mengetahui hukum apa yang diniatnya sama ada fardu atau sunat, ibadah atau
bukan ibadah.
Ulamak
mengecualikan kes إحرام مُبهم seperti kata-kata
: Aku berihram sama dengan ihram si Zaid, sedangkan dia tidak tahu jenis ihram
Zaid. Ini berdasarkan kes Saidina Ali r.a. yang berihram sebagaimana ihram
Rasullullah s.a.w. dan Rasullullah s.a.w. memperakuinya.
Sekiranya
seorang penjual berkata: “Aku menjual kepada engkau apa yang dijual oleh Ahmad”.
Ini tidak sah.
4)
Tiada penafian antara niat dengan
tempat niat. Yang dimaksudkan dengan penafian ialah perkara luar yang tiada
kaitan dengan niat.
Contohnya,
siapa yang berniat puasa pada malamnya, kemudian ia membatalkan niatnya sebelum
fajar maka tidak sah puasanya, kecualilah ia memperbaharui niat sebelum fajar.
Sebaliknya, orang yang berniat puasa dan kemudian makan sebelum terbit fajar,
puasanya sah kerana makan bukan lawan niat puasa.
Contoh lain,
orang yang tidak pasti pada asal niatnya. Orang yang puasa pada hari syak, dia
berniat sekiranya bukan Ramadhan ia tidak puasa dan sebaliknya jika termasuk
Ramadhan ia berpuasa, di sini puasanya tidak sah kerana tiada kepastian.
Adakah disyaratkan niat ketika meninggalkan
perkara terlarang?
Meninggalkan
perkara yang dilarang tidak perlu kepada niat untuk keluar daripada larangan
Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak berzina, tidak minum arak atau tidak
mencuri adalah dikira tidak melakukan perkara tersebut walau pun mereka tidak
berniat. Tetapi adakah mereka diberi pahala kerana meninggalkan perkara
terlarang tersebut? Jawapannya ialah, bergantung kepada niat mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. dalam melakukan amalan atau meninggalkannya. Sesiapa yang
meninggalkan maksiat tanpa niat untuk meninggalkannya atau kerana tiada
kekuatan dan peluang melakukannya, maka ia tiada pahala di sini.
Sebaliknya, jika
ia mampu melakukannya dan peluang juga terhidang depan mata, serta nafsu
memujuk melakukannya, tetapi dia bertahan dan tidak melakukannya kerana taatkan
Allah s.w.t. dan takutkan azabNya, maka di sini ia diberi pahala.
Begitu juga
kepada perkara yang makruh, seseorang tidak diberi pahala kerana sekarang ini
orang tersebut tidak melakukannya. Sebaliknya ia diberi pahala sekiranya ia
meninggalkan perkara makruh itu kerana Allah s.w.t. dan tidak mahu mengganggu
orang ramai kerana baunya, seperti makan petai, budu dan sebagainya.
Sehubungan
dengan itu ulamak khilaf pandangan berhubung dengan pensyaratan niat ketika
menghilangkan najis. Pandangan yang betul ialah tidak disyaratkan niat.
Sekiranya seseorang itu menyidai pakaiannya yang ada najis pada tali, kemudian
turun hujan lalu hilang najis tersebut. Hukumnya, pakaian itu sudah bersih
walau pun tiada niat.
لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية وإذا استنفرتم فانفروا
Maksudnya :
Tiada lagi
hijrah selepas pembukaan Makkah, yang masih ada ialah jihad dan niat,
sekiranya kamu dipilih untuk berjihad maka bergeraklah kamu.
Huraian Hadis
Tiada lagi
hijrah daripada Makkah selepas pumbukaannya kerana ia telah menjadi negeri
Islam. Yang masih ada ialah hijrah daripada دار الحرب ke دار الإسلام. Walau pun begitu kebaikan atau
pahala boleh lagi dicari dengan berjihad dan niat yang baik.
kredit untuk: banggol_25@yahoo.com
25 February, 2013
5 bulan sahaja ?
If Allah was to grant you 70 years of your life...
You would spend:
You would spend:
24 years sleeping
14 years working
8 years in amusement
6 years at the dinner table
5 years in transportation 4 years in conversation 3 years in education
3 years reading 3 years watching television
If you prayed 5 Times every day,
you would be giving Allah 5 months of your life.
Can't we give 5 months out of 70 years?
Let's all give Allah a minimum of 5 months of our lives! (try)
Subscribe to:
Posts (Atom)