Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

29 September, 2009

mengaji di Universiti Cairo


Saya pernah berangan-angan ingin menyambung pengajian peringkat M.A di Universiti Kaherah ataupun Cairo University @ Jami'ah al-Qahirah, (sila rujuk http://sobahicairo.blogspot.com/2008/11/liku-liku-sambung-mengaji.html) malahan telah menghantar borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Tetapi, akhirnya saya menarik balik permohonan itu memandangkan yurannya yang terlalu mahal.

Takdir Allah menentukan, pada 27 dan 28 September baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti suatu seminar di Universiti Cairo yang bertajuk, "International Conference on Malaysia: Malaysia in Global Perspective" dan bertempat di Dewan Fakulti Ekonomi dan Sains Politik, Universiti Cairo. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Malaysia, Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya.

{tak dapat mengaji di universiti ini.... dapat berkursus pun jadilah}

Selama dua hari ini, sebanyak 17 buah kertas kerja telah dibentangkan yang mana sub-tema seminar tersebut lebih tertumpu kepada isu-isu pendidikan, ekonomi, politik, pengurusan, dasar luar negara, agrikultur, perindustrian, teknologi dan ICT, serta kepelbagaian masyarakat dan toleransi agama. Para pembentang pula terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari Mesir yang dimonopoli oleh pensyarah Universiti Cairo sendiri dalam Bahasa Arab dan delegasi dari Malaysia yang majoritinya pensyarah Universiti Malaya dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

{sebenarnya saya lemah Bahasa Inggeris, tapi hari tu faham jugaklah sikit2. kira ok lah}

Saya tidak berani untuk menghurai lebih-lebih kerana khuatir berlaku kekeliruan maklumat. Cuma satu yang hendak disebarkan di sini ialah salah seorang ahli akademik yang membentangkan kertas kerja itu ada menyatakan bahawa dalam sekian banyak negeri di Malaysia, Kelantan adalah sebuah negeri yang paling cepat membayar segala hutang piutangnya kepada Kerajaan Pusat berbanding negeri-negeri yang lain. Jadi atas dasar apa, negeri ini dikatakan mundur dan terkebelakang daripada negeri-negeri yang lain? (beliau menyebutkan fakta ini dalam Bahasa Melayu)

sekian

26 September, 2009

Buat mahasiswa/wi baru Al-Azhar yang akan tiba ke Mesir

Kali ini saya lampirkan gambar-gambar bangunan Universiti Al-Azhar sekitar Kaherah sahaja. Kalau diikutkan, sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah setakat ini. Saja2




Masjid Khazindarah, Ma'had Qira'at Al-Quran, Syubro


Fakulti Syari'ah


Fakulti Usuluddin


Fakulti Da'wah Islamiyyah

Fakulti Bahasa Arab (Kulliyyah Lughoh)


Fakulti Perubatan

20 September, 2009

Beraya Aidilfitri yang ke-6 di Mesir



Mohon maaf daripada semua yang mengenali diri ini.

SALAM AIDILFITRI

KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR

15 September, 2009

Suatu Muqaddimah Berkenaan Zakat Fitrah

ZAKAT FITRAH


Zakat Fitrah ialah zakat yang diwajibkan ketika pengakhiran bulan Ramadhan. Ia merupakan sejumlah harta yang tertentu dikeluarkan oleh setiap orang Islam dan diberikan kepada mereka yang berhajat, sebagai pembersihan diri juga untuk membaiki kecacatan-kecacatan yang berlaku pada puasa sepanjang bulan Ramadhan yang disebabkan oleh percakapan sia-sia, perbuatan jelek dan sebagainya.

Berkata Ibnu Abbas r.a :

فرض رسول الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث وطعمة للمساكين

« Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa daripada perkara yang lagha (sia-sia), percakapan yang kotor, dan (sumbangan) makanan untuk golongan yang miskin. »

Seorang ulama’, Waki’ bin al-Jarrah menyatakan: “Kedudukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan seumpama sujud sahwi pada solat kerana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat”.

Zakat fitrah ini mula difardhukan pada bulan Syaaban tahun kedua hijrah iaitu tahun yang sama difardhukan puasa Ramadhan serta ‘zakat harta’ mengikut pendapat yang paling kuat.

DALIL KEWAJIPAN ZAKAT FITRAH

عن ابن عمر قال فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر من رمضان على الناس صاعا من تمر أو صاعا من شعير على كل حر أو عبد ذكر أو أنثى صغير أو كبير من المسلم .

رواه البخارى و مسلم

وفى البخارى ..........وكان يعطون قبل الفجر

Daripada Ibnu Umar yang berkata, Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah Ramadhan ke atas umat (iaitu dengan mengeluarkan) segantang tamar ataupun segantang gandum. Ia wajib ke atas semua yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, muda atau tua dari kalangan muslim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Sohih Bukhari, (terdapat penambahan)….. mereka memberikan zakat itu sebelum terbit fajar.

Berkata jumhur Ulama’ salaf dan Khalaf bahawa maksud “فرض dalam hadis pertama tadi ialah “ ألزم أو أوجب “ . Maka zakat fitrah adalah wajib di sisi Ulama’ Salaf dan Khalaf iaitu ia termasuk dalam pengertian umum bagi firman Allah : وآتوا الزكاة .

Menurut Ibnu Munzir, kewajipan zakat fitrah adalah pendapat ijma’ (sepakat ulama’). Walaupun ada Ulama’ yang menyatakan bahawa zakat fitrah adalah sunat mu’akkad (yang dituntut) tetapi pendapat ini dikatakan oleh Imam Nawawi sebagai pendapat yang syaz atau mungkar.

KE ATAS SIAPA DIWAJIBKAN ZAKAT FITRAH?

Daripada hadis yang disebutkan tadi jelas kepada kita bahawa zakat fitrah wajib bagi setiap individu muslim samada merdeka atau hamba, lelaki atau wanita, besar atau kecil, miskin atau kaya, orang bandar atau pedalaman (kampung). Pendapat ini merupakan pendapat jumhur Ulama’.

Sabda Nabi saw :

أدّوا صاعا من قمح أو بر عن كل اثنين صغير أو كبير ذكر أو أنثى حر أو مملوك غني أو فقير أما غنيكم فيزكيه الله وأما فقير فيرد الله عليه أكثر مما يعطي .........أخرجه أحمد و البيهقي

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa wajib ke atas orang faqir sepertimana ia wajib ke atas orang kaya. Miskin atau kaya tidak menjadi syarat dalam kewajipan mengeluarkan zakat fitrah. Ini adalah pendapat jumhur. Adapun Imam Abu Hanifah beliau mensyaratkan nisab. Jadi orang faqir yang tidak memiliki nisab tidak diwajibkan zakat fitrah ke atasnya.

Zakat fitrah yang wajib dikeluarkan meliputi untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya seperti anak atau khadamnya melainkan sekiranya orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya itu adalah kafir.

Adapun Az-Zuhri, Rabi’ah dan Al-Laith menyatakan bahawa zakat fitrah dikhususkan kewajipannya kepada orang bandar sahaja dan tidak diwajibkan ke atas orang pedalaman (البادية). Pendapat ini ditolak kerana ia bertentangan dengan hadis tadi. Pendapat yang benar ialah pendapat jumhur.


ditulis oleh : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil http://ilmudanulamak.blogspot.com/

07 September, 2009

Solat Sunat Dhuha, Tahajjud & Tasbih

Solat Sunat Dhuha

Solat dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam atau lapan rakaat. Waktunya, kira-kira matahari sedang naik setinggi 7 hasta (pukul 8 sampai masuk waktu zohor).

Lafaz niatnya: أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى

Doa yang dibaca setelah selesai solat dhuha:

اللّهُمّ إنّ الضُحاءَ ضُحاؤُكَ والبَهاءَ بـهاؤك والـجَمالَ جَـمالُك والقُوَّةَ قوّتك والقُدْرَةَ قدرتُك والعِصْمَةَ عصمتك. اللهم إنْ كانَ رِزْقِي فِي السّماءِ فأنْزِلْهُ، وإن كان في الأرْضِ فأخْرِجْه، وإن كان مُعْسِراً فَيَسِّرْهُ، وإن كان حَراماً فطَهِّرْهُ، وإن كان بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ بِـحَقِّ ضُحاءِكَ وبَـهاءِك وجَـمالِك وقُوّتِك وقُدْرَتِك آتِنِي ما أَتَيْتَ عِبادَكَ الصّالِـحِين.

*************

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam; sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak terbatas. Waktunya sesudah solat isya’ sampai terbit fajar (subuh). Solat pada waktu malam hanya dapat disebut solat tahajjud dengan syarat apabila dilakukan sesudah bangun dari tidur malam, sekalipun tidur itu hanya sebentar. Jika dikerjakan sebelum tidur, ia bukan solat tahajjud, tetapi solat sunat sahaja seperti witir dan sebagainya.

ُأصلي سنة التهجد ركعتين لله تعالى

Doa-doa yang dibaca pada waktu melakukan solat tahajjud atau sesudahnya sebaik-baiknya dari ayat-ayat Al-Quran atau hadith. Contohnya;

ربنا آتنا في الدنيا حَسنة وفي الآخرة حسنة وقِنا عذاب النار

Dalam hadith Bukhari dinyatakan, bahawa Rasulullah SAW jika bangun daripada tidur pada tengah malam, terus bertahajjud dan membaca doa berikut;

اللهم لَك الْـحَمْدُ أنْتَ قَيِّمُ السّماواتِ وَالأرْضِ وَمَنْ فِيهِنّ، ولك الحمد لك مُلْكُ السماوات والأرض ومن فيهن، ولك الحمد أنت نُوْرُ السماوات والأرض ومن فيهن، ولك الحمد أنتَ الْـحَقُّ، وَوَعْدُكَ حَقُّ، ولِقاؤك حق، وقَوْلُك حق، والْـجَنَّةُ حق، والنّارُ حق، والنَّبِيُّونَ حق، ومحمد صلى الله عليه وسلم حق، والسّاعَةُ حق، اللهم لك أسْلَمْتُ، وبِك آمَنْتُ، وعَلَيْك تَوَكَّلْتُ، وإلَيْك أنَبْتُ، وبك خاصَمْتُ، وإليك حاكَمْت، فاغْفِرْلِي ما قَدَّمْتُ وما أخَّرْتُ، وما أسْرَرْتُ وما أعْلَنْت، وما أنت أعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أنت الْـمُقَدِّمُ وأنت الـمُؤَخِّرُ، لا إلـه إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بالله.

Sesudah membaca doa itu banyakkan membaca istighfar. Istighfar yang biasa dibaca ialah;

أستغفر الله العظيم وأتُوبُ إليه

Istighfar yang paling lengkap dari Rasulullah SAW ialah;

اللّهُمّ أنت رَبِّـي لا إلـه إلا أنت خَلَقْتَنِي وأنا عَبْدُكَ وأنا عَلَى عَهْدِك ووَعْدِك ما اسْتَطَعْتُ أعُوذُ بِك مِنْ شَرِّ ما صَنَعْتُ أبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلا أنت

***************

Solat Sunat Tasbih

Iaitu solat yang sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Saidina Abbas bin Abdul Muttalib. Solat sunat tasbih ini digalakkan amalannya, kalau boleh tiap-tiap malam, kalau tidak sanggup sekali seminggu, sebulan sekali atau setahun sekali, dan kalau tidak boleh juga setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Sekiranya dikerjakan pada siang hari, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam. Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah empat rakaat itu dijadikan dua salam.

Cara mengerjakannya;

Lafaz niat:

أصلي سنة االتسبيح ركعتين لله تعالى

1) Selesai membaca doa iftitah, fatihah dan mana-mana surah, sebelum rukuk bacalah tasbih 15 kali iaitu:

سُبحان الله/ والحمد لله ولا إلـه إلا الله والله أكبر/ ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

{Tempat yang yang bertanda (/), saya letakkan sebagai pilihan, sama ada hendak membaca setakat itu ataupun hendak dipanjangkan} terserah.

2) setelah membaca tasbih rukuk, bacalah tasbih tadi 10 kali.

3) waktu iktidal, 10 kali

4) waktu sujud, 10 kali

5) waktu duduk antara dua sujud, 10 kali

6) waktu sujud kedua, 10 kali

7) waktu duduk istirahah sebelum berdiri untuk rakaat kedua atau keempat, 10 kali.

Tasbih-tasbih itu dibaca setelah selesai bacaan asal dalam setiap pergerakan solat tadi. Semuanya sekali adalah 300 kali tasbih. (75 X 4 rakaat = 300 tasbih)

Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempatnya, maka boleh digantikan di tempat berikutnya, agar tetap tasbihnya berjumlah 300 tasbih.


Jika masih ada masa yang terluang sementara menanti masuk waktu Subuh, bacalah Al-Quran ataupun perbanyakkan zikir.

wAllahu a’lam

Rujukan: Asas-asas Fardu Ain, Ustaz Sulaiman Endut. Cetakan Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd

06 September, 2009

Doa Harian Ramdhan (2)


Doa Hari - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Keampunan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan
Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama
Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga
Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru
Sekalian Alam.

Doa Hari – 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah
Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,
Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala
Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Selawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari – 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat
Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan
Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti
Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari – 19

Yaa Allah! Penuhilah Bahagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan
Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau
Jauhkan Aku Dari Penerimaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pemberi
Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.


Doa Hari – 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah
Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk
Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang
Mu'min.

Doa Hari – 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredhoan- Mu. Dan
Janganlah Engkau Beri Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.
Jadikanlah Syurga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan,
Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari – 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Kurnia-Mu, Turunkan Untuk
ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-
Penyebab Keredhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu Yang
Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari – 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku
Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai
Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.


Doa Hari – 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keredhoan-
Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan
Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu
Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para
Peminta.

Doa Hari – 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan
Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah
Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari – 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan
Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib
ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dari Semua Yang Mendengar.

Doa Hari – 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah
Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan
Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Kesalahanku, Wahai Yang Maha
Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.

Doa Hari – 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan
Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah
Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak
Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari – 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku
Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai
Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari – 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima
Di Atas Jalan Keredhoan-Mu Dan Keredhoan Rasul. Cabang-Cabangnya
Kukuh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam