Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

31 May, 2012

Siapakah orang yang sombong?


Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak  diendahkannya.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang pandai?Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang selalu ditipu?Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

30 May, 2012

Siapakah dia ...



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "
إنا لله وإنا إليه راجعون" Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
 (terkena batang hidung sendiri)

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


28 May, 2012

M.A.T.I


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana  kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan  kepada kita dan sedalam  mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa  ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya  dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat  keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya  diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap   tanggungjawab  dan amanah yang dipikul akan ditanya  satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat  dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,  maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan  keseksaannya, maka sabda Baginda: Sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga  ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya  daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya:-  Sebelum tidur:  1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali 
2) Selawat ke atas Nabi  3) Membaca tasbih 

Amalan harian:  1) Sentiasa membaca Al-Quran  2) Memelihara solat terutama solat fardu  3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan 
4) Membaca tasbih  5) Membanyakkan sedekah  6) Sentiasa berzikir menyebut Allah 

Amalan yang perlu dijauhi:  1) Dusta  2) Khianat  3) Mengadu domba 
4) Kencing berdiri 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersucilah kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil." 

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris  as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan, kerana Nabi Idris as ingin mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkannya ketika  itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan  Allah. 

Setelah didapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"  Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka
 rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."
Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."   
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu."

Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"  Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."  Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya  mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu, dan belumlah hilang sakit dari sakaratul maut." 

Semoga kita dapat hayati dan sampaikan. Insya Allah     


23 May, 2012

Mengundang bala





Bersabda Rasulullah s.a.w antara lain maksudnya:"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:

1.  Apabila kekuasaan dianggap keuntungan
2.  Amanat dianggap ghanimah
3.  Membayar zakat dianggap merugikan
4.  Suami tunduk pada isterinya
5.  Durhaka terhadap ibu
6.  Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran


  

  
7.  Menbenci ayah
8.  Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid
9.  Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
10.  Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya
11.  Minum arak berleluasa
12.  Semakin ramailelaki memakai sutera
13.  Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa
14.  Permainan muzik merata-rata
15.  Umat akhir zaman ini sewenang wenangnya mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat Nabi s.a.w, tabi'in dan para imam muktabar

Maka ketika itu akan turunlah azab berupa angin merah,atau gempa,runtuhan atau kemusnahan"

Hadis riwayat Al Tirmidzi dari Saidina Ali r.a
__________________________________________________





22 May, 2012

Yang tersirat dalam ayat pertama surah al-Israa'


Ulasan mengenai apa yang tersirat di sebalik ayat Allah taala di dalam surah al-Isra’ yang berbunyi :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haraam (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Perkataan pertama yang disebutkan oleh Allah taala di dalam ayat tersebut adalah Subhana (yang bermaksud: Maha Suci). Seolah-olah Allah taala ingin menyucikan pemikiran sebahagian golongan yang tersalah di dalam memikirkan tentang kebesaran Allah taala dengan mengatakan bahawa Allah berada di langit ketika itu. Sedih bilamana mendengar sebahagian orang menyebutkan bahawa Allah taala di langit berdalilkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Aqidah “Allah taala tidak bertempat” perlu diterapkan di dalam pemikiran masyarakat.

Ya , Syaikhuna al-‘Allamah Dr Muhammad Sa’iid Ramadhan al-Buti hafizahuLlah (salah seorang ulama’ Syria) pernah mengeluarkan fatwa jika kanak-kanak bertanya kepada ibu bapanya “ Di mana Allah?” maka dibenarkan untuk menunjukkan ke atas. Ini kerana akal kanak-kanak tidak mampu untuk berfikir jika kita katakan bahawa aqidah sebenar adalah Allah taala tidak memerlukan tempat kerana tempat itu adalah makhluk.

Maksudnya , Syaikhuna Dr Muhammad Sa’iid Ramadhan al-Buti ingin menjelaskan secara tidak langsung bahawa golongan yang mengatakan bahawa Allah taala di langit ini, maka iman dan akalnya tidak jauh berbeza seperti seorang kanak-kanak sahaja walau mereka telah mempunyai pangkat yang tinggi di dalam pendidikan dunia samada Phdnya atau Sarjananya. Allahu Allah.

Asas aqidah sebegini sangat penting bagi memastikan perjuangan Islam selari dengan neraca yang sebenar. Jika aqidah Allah taala berada di atas Arasy dan berada di langit masih dipegang oleh kelompok ini, maka bagaimana ingin mendapatkan kembali Tanah Palestin yang tercinta? Jika kita kaji dan lihat semula sejarah kejayaan umat Islam di dalam pembukaan Tanah Suci Baitul Maqdis maka sudah tentu ianya didasari dengan asas aqidah yang benar.

Sultan Salahuddin al-Ayyubi rahimahullah, pembuka kota Baitul Maqdis adalah seorang ulama yang berpegang dengan aqidah Islam beraliran al-Asya’ri. Manakala Sultan Muhammad al-Fatih rahimahullah, pembuka kota Kostantinopel pula adalah seorang ulama yang berpegang dengan aqidah Islam beraliran al-Maturidi. Maksudnya, jika ingin menjadi seperti mereka, maka aqidah kita juga mestilah seperti mereka.

Inilah aqidah Salafussoleh terdahulu. Aqidah yang berpegang dengan mengatakan bahawa Allah taala tidak bertempat kerana tempat itu adalah makhluk, dan Allah taala juga tidak berada di mana sahaja dengan zatNya. Ini kerana jika kita mengatakan Allah taala di mana-mana sahaja juga tidaklah tepat kerana perkataan “mana-mana” itu sendiri merujuk kepada arah dan tempat. Maka ini juga mustahil bagi Allah taala. Jadi kita beriman bahawa Allah taala wujud tanpa memerlukan kepada tempat. KeagunganNya menyebabkan Dia tidak memerlukan kepada sesiapa dan apa-apa. Asas aqidah sebegini sangat-sangat penting.

Sama-sama kita ingatkan diri kita, kita belajar bukan untuk diri kita sahaja, namun kita belajar untuk membantu perjuangan Islam kelak. Jangan tanya apa yang perjuangan Islam boleh berikan kepada kita jika kita terlibat kelak, namun tanya kepada diri kita sendiri apa yang mampu kita sumbangkan kepada perjuangan itu sendiri.

                        http://www.facebook.com/ustaznazrulnasir

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu di al-Azhar al-Syarif dan Masjid al-Asyraff,
Seksyen 8 , Bangi ,
Selangor Darul Ehsan

21 May, 2012

Buat yang masih hidup


أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا رسول الله
semoga kita insaf dan sedar......


TULISAN INI HANYALAH IMAGINASI  SI PENULIS. TAPI SAYA RASA, BERKEMUNGKINAN BESAR REALITINYA JAUH LEBIH PERIT DARIPADA BAYANGAN TERSEBUT.

Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. Insya Allah...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat.

"Mengucap sayang mengucap. 
أشهد أن لا إله إلا الله"........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan.Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yaassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak dipedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani
Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang ,mengucap.Asyhadu allaa ilaaha  illAllah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang . "Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, 
إنا لله وإنا إليه راجعون....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari  ini? Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang  sehodoh, sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah Kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal mahram ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan?!!!!!

Surah yaasin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku diusung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku.Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku disembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi ke mana dibawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innaa lillaahi wa inna ilaihi raji’uuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang.Aku  takut!!! Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH.....

"SAKITNYA SAKARATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE HARI AKHIRAT."

ALlaaaaaaaaaaaaaaaahh !!!!!