Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

02 November, 2010

Kita masih buat tak endah

Untuk renungan dan ingatan kita (saya) bersama.
Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!!


Hari qiamat sudah semakin hampir
..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yang dilihat hanyalah rukun Islam yang 5 dan rukun Iman yang 6....tidak lebih daripada itu.


Wahai Muslimin Muslimat !!

Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kepada kita secara detail apa yang akan berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya.


Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya...
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Maajah)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)


Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad)


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun ke atas mereka, iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja (SUDAH ADA)
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (SUDAH ADA)
  3. Zakat dijadikan hutang (SUDAH ADA)
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) (SUDAH ADA)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya (SUDAH ADA)
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. (SUDAH ADA)
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya (SUDAH ADA)
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. (SUDAH ADA)
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. (SUDAH MULA DIPILIH)
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. (SUDAH ADA)
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa. (SUDAH ADA)
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) (SUDAH ADA)
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung. (SUDAH ADA)
  14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. (SUDAH ADA)
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). (SUDAH MULA KEDENGARAN)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Tetapi malangnya kita masih buat tak endah ... !!!

1 comment:

cikgu mimah said...

astaghfirullahal'azim..
saya baru sedar, saya juga termasuk dalam golongan "masih tak endah"..

terima kasih kerana mengingatkan