Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

01 August, 2009

Islam nikmat terbesar


Cukuplah Islam sebagai nikmat. Usahlah terlalu mengharap dan meminta-minta supaya dikurniakan nikmat itu dan ini... sedangkan nikmat Islam yang terlalu berharga dan bermakna ini belum benar-benar kita syukuri. Allah swt akan menambahkan lagi nikmatnya kepada kita jika kita benar-benar mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Insaflah... dengan dosa dan noda yang terdapat dalam diri kita, wajarkah kita mengharapkan lagi pemberian dari Allah? Malulah dengan Allah... Walaupun Allah Maha Kaya tetapi mintalah kepadaNya dalam keadaan diri kita suci dari segala dosa yang mengotori diri. Adakah Islam tidak cukup sebagai nikmat?

Teruskan usaha menegakkan kalimah ALLAH walau di mana berada...selagi bumi dipijak, selagi itu ISLAM dijunjung.

No comments: