Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

24 February, 2011

Jika ada yang keliru...


Jika merujuk di dalam kamus DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Edisi ke-3 Yahudi bermaksud: Bangsa yang berasal daripada Bani Israel yang berketurunan Yuda.......................

maka YAHUDI ITU ADALAH BANGSA...
AKAN TETAPI.....!!!!!!!!!
Perkataan..AGAMA YAHUDI, juga dari kamus yang sama membawa maksud: Agama yang dianuti oleh Orang Bani Israel.
Jika merujuk kamus Mu'jam Arabi Asasi mukasurat 1276.. perkataan Yahudi bermaksud : Orang-orang yang mengikut AGAMA YAHUDI...
Perkataan YAHUDIYYUN : Orang yang mengikut AGAMA YAHUDI ataupun orang yang mengikut adat orang yahudi....
JADI.......????
Perkataan YAHUDI itu adalah Agama... ..Maka AGAMA YAHUDI...Dan orang-orang yang menganut AGAMA YAHUDI itu adalah datangnya daripada BANI ISRAEL...
SO.....????
TIDAK SALAH MENGATAKAN BAHAWA YAHUDI ITU BANGSA BANI ISRAEL DAN YAHUDI ITU JUGA ADALAH AGAMA BANI ISRAEL........
LEBIH TEPAT LAGI...YAHUDI ITU ADALAH AGAMA.. BANGSA BANI ISRAEL YANG MENGANUTINYA....

kredit untuk Ustaz Fairuz
http://5rus-aljanianji.blogspot.com/

22 February, 2011

Pilihan Alternatif


Program best yang boleh menggantikan Akademi Fantasia @ Audition @ Malaysian Idol @ Who Will Win ????

1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan di sebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca al-Quran,
menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan diadakan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live di kaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan
mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak-budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup Islam. Setiap minggu mereka harus
menunjukan apakah kepakaran dalam Islam yang telah mereka pelajari, di hadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara ke peringkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil, bertajwid dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada
semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.

Idea orang...... he he

17 February, 2011

oh Rasulullah ...

Di sudut pasar Madinah terdapat seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada sesiapa yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya, maka kalian akan dipengaruhinya".
(sekadar hiasan)

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan
membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan dia tidak mengetahui bahawa itu adalah Rasulullah SAW.Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari hingga baginda wafat.

Setelah Rasulullah SAW wafat, tiada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari, sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah lagi kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah menjawab, "Wahai ayah, ayah adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sahaja".

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana”.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA memberikan makanan kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mula menyuapkannya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?". Abu Bakar RA menjawab,"Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut kemudian barulah diberikan kepadaku”.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis sambil berkata, "Aku memang bukan orang yang biasa datang
kepadamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Lantas pengemis itu pun menangis setelah mendengar penjelasan
Abu Bakar RA, dan bertanya, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Tetapi dia tidak pernah
memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia sangat mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga.


Lihatlah, wahai saudaraku, mampukah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau paling kurang, berniat untuk meneladani baginda?

Baginda adalah semulia-mulia akhlak. Kalau pun kita tidak berupaya mencontohi baginda seratus peratus, alangkah
baiknya jika kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit. Kita mulakan dari apa yang kita sanggup lakukannya.

14 February, 2011

Perutusan Maulidur Rasul


: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

Dr Haron Din
Mon | Mar 09, 09 | 1:32:41 pm MYT

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.







Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengan cara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullah yang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini. Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS _

09 February, 2011

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa tujuan hidup kita yang sebenar..

Apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Terbaru... pergolakan dan rusuhan politik.

Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar kita sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin .. walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya daripada Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...?

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..?

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...?

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat? Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...? Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut..? Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri?

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut? Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?