Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

19 January, 2012

CINTA LUAR BIASA....

Cinta luar biasa..

Cinta seorang kekasih kepada umatnya
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan


Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan


Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan
Insan yang sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan


Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan


Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya


Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman


Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Ya Tuhan kami.. Beri keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan perasaan hasad dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.. Ya Tuhan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr: 10)

11 January, 2012

KaWaN BaiK




Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan

kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan

kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah

seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


Kawan yang baik akan mem'post'
kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

05 January, 2012

TALQIN



Pernah kita mendengar suara-suara mengatakan bahawa talqin itu adalah bid’ah. Ada yang mengarang buku-buku dalam memerangi talqin malah dalam ceramah-ceramah agama ada terdengar ejekan-ejekan kepada orang yang melakukan talqin.

Maka di sini al-faqir cuba membawakan pendapat dan fatwa-fatwa ulama-ulama yang muktabar yang lebih banyak ilmu dan takwanya, supaya kita tahu kedudukan sebenar perkara tersebut. Namun di sini tidak dibawakan dalil-dalil dari Quran dan Hadis kerana kita semua sudah maklum bahawa ulama-ulama muktabar tidak mengeluarkan seuatau hukum melainkan setelah mereka periksa terlebih dahulu dari Quran dan Hadis. Jadi tidak perlulah kita mempersoalkan tentang dalil-dalil kerana cukuplah perkataan ulama itu menjadi dalil kepada kita kerana kita bukan ahli dalil.

wALLAHu a’lam.


MAKNA TALQIN تلقين

Pada Bahasa

Tafhim (تفهيم) yaitu memahamkan atau memberi faham (Kamus al Muhith, Juz IV, hal. 268)

Mengajar atau memberi ingat (Kamus al marbawi, hal. 255)

Memberi peringatan dengan mulut secara berhadapan (Munjid, hal. 780)

Pada Istilah

Mengajar kepada orang yang akan mati kalimah tauhid iaitu "لا إله إلا الله"

Mengingatkan orang yang sudah mati dan baru sahaja dikuburkan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi Malaikat Munkar dan Nakir yang akan datang bertanya kepada mereka.

Makna yang kedua pada istilah inilah yang akan dibahaskan.

HUKUM AGAMA TENTANG TALQIN

Mentalqinkan orang yang sudah mati dan telah dikuburkan adalah sunat dan diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya dan berfaedah kepada mayat yang ditalqinkan itu.

Ini berdasarkan kepada beberapa nash (fatwa yang nyata) dalam kitab-kitab fekah dalam Mazhab Shafie yang sudah lama beredar di seluruh dunia dan banyak dikaji dan dipelajari di pondok-pondok pengajian agama, sekolah-sekolah malah universiti-universiti Islam di seluruh dunia sejak dari dulu hingga sekarang.

Imam Nawawi (Kitab Majmu' Syarah Muhadz-dzab Juz V, hal. 303)

Berkata sekumpulan dari sahabat kita, bahawa sunat membaca talqin untuk orang mati yang sudah baru saja dikuburkan. Maka duduk orang yang mentalkinkan setentang dengan kepala mayat, lalu ia baca: Hai si Fulan anak si Fulan sampai seterusnya.

Imam Nawawi (Kitab Al Adzkar, hal. 206)

وأما تلقين الميت بعد المدفن فقد قال جماعة كثيرون من أصحابنا باستحبابه، ...

Adapun mentalkinkan mayat sesudah dikuburkan, sesungguhnya telah berfatwa sekumpulan sahabat kita (ulama-ulama dalam Madzhab Shafie) bahawa talqin itu sunat. Di antara ulama-ulama yang berfatwa itu adalah Qadi Husein dalam kitab Ta'liqnya, Imam Mutawalli dalam kitab Tatimmah, Syeikh Imam yang zuhud Abdul Fatah Nashar bin Ibrahim bin Nashar al Maqdisi, Imam Abu Qasim ar Rafi'i dll.

Imam Yusuf al Arbubeli (Kitab Al Anuar, Juz 1, hal. 124)

Dan sunat ditalqinkan orang yang sudah dewasa sesudah dikuburkan. Maka duduklah orang yang mentalqinkan setentang kepalanya. anak kecil walaupun sudah mumaiyiz tidak ditalqinkan. Baik sekali sesudah ditalqinkan, duduk sebentar membaca Quran dan istighfar. Kalau dapat membaca Quran sehingga tamatnya adalah terlebih baik.

Syeikh Amirah (Hasyiyah Amirah (hasyiyah Mahalli) Juz I, hal. 352-353)

Berkata pengarang kitab Al Istiqsha', sunat mengulang talqin 3 kali dan ketahuilah bahawa hal ini tidak bertentangan dengan perkataan Tuhan yang bererti "Dan engkau tidak mampu menjadikan orang yang dalam kubur mendengar ", kerana mayat di dalam kubur itu pada satu ketika mendengar dan pada ketika yang lain tidak mendengar

Syeikh Khatib Syarbini (Mughni al Muhtaj Juz I, hal. 367)

Dan sunat mentalqinkan mayat yang sudah dewasa sesudah dikuburkan, maka dikatakan: "hai hamba Allah anak hamba Allah... dan seterusnya

Syeikh Khatib Syarbini (Al Iqna', Juz I, hal. 183)

Dan sunat mentalqinkan mayat sesudah baligh, sesudah dikuburkan, kerana ada hadis yang menerangkan hal itu. Hadis itu walaupun dhaif (lemah) tetapi disokong oleh banyak hadis yang sohih, dan juga talqin itu dikerjakan sejak dahulu, iaitu semenjak dari zaman orang-orang yang patut diikuti.

Imam Ibnu Hajar al Haitami (Tuhfah Juz III, hal. 207)

Dan sunat mentalqinkan mayat yang baligh berakal atau orang gila sesudah pernah beribadat sebelum gila, atau orang mati syahid sekalipun, sebagaimana yang telah difatwakan oleh beberapa ulama. Talqin itu sesudah dikuburkan.

Imam Zainuddin bin Abdil' Aziz al Malibari (Fathul Mu'in, hal. 47)

Dan sunat juga mentalkinkan orang dewasa walaupun orang itu mati syahid, sesudah dikuburkan.

Imam Ramli (Nihayah Juz III, hal. 40)

Dan sunat mentalkinkan orang mati yang sudah dewasa, kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seseorang apabila diletakkan dalam kubur sesudah ditutup dengan tanah dan penghantar-penghantar berjalan pulang maka si mayat itu mendengar bunyi tapak kaki mereka, kalau orang sudah tiada lagi maka datanglah dua malaikat... dan seterusnya.

Syeikh Sayyidd Bakri Syatha (I'natut Thalibin Juz II, hal. 140)

Dan sunat mentalqinkan orang mati yang dewasa walaupun orang yang mati syahid sesudah dikuburkan kerana firman Tuhan di dalam Quran : وذكّر فإن الذكر تنفع المؤمنين "Dan ingatkanlah kerana peringatan itu memberi manfa'at bagi orang mukmin". Orang yang patut diberi peringatan ialah orang yang dalam keadaan serupa itu (orang yang akan menghadapi soal Munkar dan Nakir)

Syeikh Nawawi Banan (Nuhayatuz Zein, hal. 162)

Dan sunat mentalqinkan mayat yang baligh selepas dikuburkan, walaupun mayat itu mati syahid kerana mayat itu ketika itu sangat mengharapkan peringatan.

02 January, 2012

Siapa yang lebih mulia ?

Untuk renungan kita bersama... Insya Allah.

Dari manuskrip lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manuskrip di bawah. Aamiin

Seorang Nasrani berkata, " Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.”

Seorang majusi pula berkata, "Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir.”

* Cuba kita teliti dua perbualan di atas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...

Seorang kafir pula berkata, "Saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.”

Anjing pula berkata, " Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.”

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengannya...”

Babi pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat !!!!".

Ini adalah sebuah manuskript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat di dalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...

Maha suci ALLAH.