Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

25 August, 2009

puasa Ramadhan 28 hari?



Soalan: Apakah hukum seseorang yang berpuasa Ramadhan di negara sendiri kemudian bermusafir ke negara lain yang mana negara itu telah memulakan puasa lebih awal atau lewat sehari daripada negara asalnya?

Jawapan: Individu berkenaan hendaklah beriltizam ataupun mengikut negara yang menjadi destinasi permusafirannya, dengan mengambil kira jumlah hari dia berpuasa dari negara asal. Sekiranya jumlah hari dia berpuasa Ramadhan dari negara asalnya kurang daripada 29 hari, iaitu cuma 28 hari, maka dia dikehendaki qadha’ sehari selepas Ramadhan. Maknanya dia perlu berbuka dan meraikan Aidilfitri bersama penduduk negara permusafirannya itu, seterusnya mengqadha’ baki puasanya.

Manakala jika jumlah puasanya adalah 30 hari, sedangkan penduduk negara permusafirannya masih lagi berpuasa, maka pada hari tersebut individu berkenaan tetap dikehendaki menahan diri dari melakukan segala perkara yang membatalkan puasa. Akan tetapi bukan dengan niat berpuasa. Ini adalah kerana bulan (qamariyah) tidak melebihi 30 hari dan tidak kurang daripada 29 hari. Individu tersebut menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa pada hari itu kerana menghormati penduduk muslim tempatan dan untuk menjauhkan fitnah bagi mereka yang tidak tahu tentang hukum hakam sebegini, di samping menanamkan ruh kasih sayang dan kesatuan.

Menurut Syeikh ‘Atiyyah Saqr rahimahuLlah; inilah kesan negatif yang timbul apabila berbilang dan banyaknya pemimpin-pemimpin di negara Islam.

Rujukan: 1- البيان لما يشغل الأذهان، لفضيلة الدكتور علي جمعة، مفتي الديار المصرية

2- الفتاوى من أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام، لفضيلة الشيخ عطية صقر، (رحمه الله)

No comments: