Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

10 May, 2009

Terkenang tanahairku


Selepas menelefon ayahanda dan bonda di tanahair, tiba-tiba hati ini benar-benar terkenangkan suasana halaman rumah, sekolah-sekolah dan INSANIAH tempat saya menadah ilmu dahulu. Semuanya telah melalui perubahan yang ketara dan drastik. Namun saya hanya mampu menghayatinya dengan pancaindera telinga sahaja dan tidak menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Perubahan tersebut termasuklah dari segi infrastruktur dan sistemnya. Jua segala-galanya.

Saya termenung sendirian, bagaimanakah perasaannya apabila pulang ke Malaysia nanti setelah lima tahun berada di perantauan? Apakah pula reaksi masyarakat mahupun kenalan-kenalan yang sudah lama tidak bersua muka? serta di manakah pula tempat saya menabur bakti nanti?

Apa pun, persoalan yang paling penting adalah; adakah saya telah betul-betul bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat dengan ilmu yang masih 'kanak-kanak' di dalam dada? Adakah saya juga telah berubah daripada kurang berilmu kepada lebih berilmu? Daripada kurang matang menjadi lebih matang? Maka, persoalan-persoalan begini adalah muhasabah buat diri saya.

Saya yakin terdapat suatu jurang yang besar perbezaannya di antara teori dan amali. Dakwah di kalangan Azhari juga mempunyai cabarannya, apatah lagi di hadapan golongan yang barangkali tidak mengenal alif ba ta. Oleh itu, ilmu pengetahuan dan pengalaman amatlah diperlukan sebagai bekalan menghadapi hari mendatang.

ps: dakwahlah diri sendiri sebelum mendakwah orang lain

3 comments:

helmi said...

ana juga terkenangkan suasana di mesir. walaupun hidup kat mesir rasanya x selesa mcm kat m'sia tp...bilangan ulama di m'sia makin kurang jika dibandingkan dengan para ulama kat sana.

akhiAbuZar said...

kalo semua azhari mberi alasan "ilmu msh blom cukup" bilakah dakwah itu akan sampai kpd msyrkt?

SYAUQI said...

Ilmu dlm dada memang tdk akan pernah cukup. sbb itulah kita biasa mendengar, "Tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad".Yang saya maksudkan adlh bg mereka yg MASIH dlm lapangan pengajian. Moga2 mereka (saya) bersungguh2 belajar @ mengaji, agar berjaya dgn cemerlang dlm bidang masing2.
klupun pengajian rasmi telah tamat,namun pengajian tidak rasmi akan terus berjalan. bagaimana? bertanya drpd mereka yg lebih berpengalaman.