Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

04 October, 2009

Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah?

Hati saya tersentak dan berasa terpukul tatkala membaca kata-kata pengantar buku “Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah”, karangan Syeikh Muhammad Abduh yang diterjemah oleh Ustaz Abdul Arham bin Mat. Saya syorkan kepada seluruh warga Malaysia yang berada di Mesir agar mendapatkan buku yang sangat cantik isi kandungannya ini. Saya tidak pasti sama ada buku ini telah diedarkan di Malaysia atau belum. Walaubagaimanapun, sila hayati petikan berikut;

****************

“Untuk seorang pendakwah, menyeru kepada kebaikan sementelahan dia tidak melakukannya adalah merupakan bencana dan malapetaka yang besar. Bukan hanya kepada para aktivis dakwah sahaja tetapi akan memberi implikasi kepada dakwahnya. Sikap itulah yang akan membingungkan hati manusia, kerana mereka mendengarkan kata-kata yang indah dan pada masa yang sama mereka menyaksikan perbuatan yang tercela, sehingga mereka menjadi bingung di antara perkataan dan perbuatan. Akhirnya semangat yang dipancarkan oleh akidah mereka menjadi redup, sinar yang dijelmakan oleh keimanan dalam hati mereka menjadi mati. Sudah tidak ada lagi kepercayaan kepada agama selepas hilangnya kepercayaan mereka kepada para pemimpin agama.

Perkataan-perkataan yang keluar menjadi hambar walaupun ianya diungkapkan dengan gaya dan intonasi yang memikat. Ini kerana kata-kata itu tidak keluar daripada hati yang meyakininya. Sesungguhnya manusia tidak pernah percaya terhadap kata-kata itu kecuali ada realiti dalam kehidupan yang boleh disaksikan dan dipertontonkan. Pada ketika itu manusia mulai akan mempercayainya, walaupun kata-kata itu diucapkan tidak dengan intonasi dan suara yang menarik. Ini kerana kekuatan kata-kata itu akan terpancar daripada praktikal dan realisasinya bukan daripada hiasannya. Indahnya kata-kata itu akan terpancar daripada kejujurannya bukan daripada kuatnya suara sehingga ia menjadi sesuatu ketika akan berubah dan menjadi hentakan kehidupan kerana kata-kata itu terpancar daripada kehidupan.

Untuk itulah dalam bab ini akan dijelaskan tanda-tanda keimanan yang jujur kepada dakwah, hakikat komitmen terhadap dakwah dan bagaimanakah prinsip-prinsip dan slogan-slogan itu menjadi realiti yang akan disaksikan oleh semua orang samada dari jauh mahupun dekat.

Oleh kerana para aktivis dakwah tidak merealisasikan prinsip-prinsip, ciri-ciri dan slogan-slogan dakwahnya maka dia akan menjadi penghancur dakwah serta menjadikan orang lain menghalang dan menghinakannya. Ini kerana mereka mendengar kata-kata semanis madu dan menyaksikan perbuatan yang pahit umpama racun. Bagaimanakah manusia mahu mengikuti individu yang hanya berkata-kata dengan bibirnya sesuatu yang tidak ada dalam hatinya dan menyeru kebaikan sementara dia tidak melakukannya.

Apakah ciri-ciri komitmen yang sebenar, dan bagaimanakah komitmen saya terhadap dakwah?”

**********************

Sekali lagi, saya ingin utarakan bahawa buku ini patut dimiliki oleh mereka yang mendakwa dirinya sebagai pendakwah ataupun bakal pendakwah.

4 comments:

Wardatul Asfar said...

Salam..Saya baru shj membeli kitab ini akhir bulan lalu.Rasa agak kecewa kerana seingat saya mmg tidak ada duit pda waktu itu..besala hujung bulan kan..tp hati mronta2 mahu juga mmilikinya.Jd skadar cuba2 utk menjenguk dompet.Alhamdulillah..ada rezeki utk mmbelinya.

Dan ia mmg bbaloi.
Saya juga sarankan kpd semua untuk memiliki kitab ini.Wsalam~

Kurniaan Ilahi said...

assalamualaikum.. alhamdulillah.. hajat untuk mencari ustaz arshad, terjumpa blog ini.. smpaikan salam ana buat ustaz arshad dan ummi akhii..

inshaAllah, jika Allah izin, hajat juga untuk memiliki buku itu.

al-Balingi said...

Salam,

Syeikhul Azhar Tantawi mengharamkan jilbab / purdah..bila2 free komen skit ustz..

Anonymous said...

saya bekas pelajar pengurusan jenazah.. dr diploma sains uitmkk.. satu batch dengan ahmad aiman.. pelajr yg paling rendah sekali dalam kelas..inshaAllah..