Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

22 January, 2011

Untung menjadi umat Nabi Muhammad SAW


Umat Islam harus sedar betapa istimewanya menjadi umat Nabi Muhammad SAW jika dibandingkan dengan umat nabi terdahulu. Ada pelbagai keistimewaan yang diberikan namun masih ramai yang tidak mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Sekiranya mereka tahu tentang keistimewaan yang Allah SWT kurniakan pasti mereka berebut-rebut ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang mana telah dijanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Salah satu keistimewaan itu adalah yang dipetik daripada buku Terjemahan نصائح العباد - Ibnu Hajar Al Asqalani:
Saad bin Hilal ra mengatakan bahawa apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya:

1. Allah tidak halang dia untuk mendapat rezeki

2. Allah tidak halang dia untuk hidup sihat

3. Allah tidak memperlihatkan dosanya

4. Allah tidak menyeksanya di dunia.

Diceritakan bahawa Nabi Adam berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya

4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

1 comment:

Anonymous said...

tuan , boleh bg dalil y myatakan nabi2 berebut ingin jadi umat muhammad s.a.w..:)