Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

16 January, 2011

teringat sesuatu


Salah satu kenangan di Mesir yang tidak dapat dilupakan adalah tanggal 21/03/2005M bersamaan 11 Safar 1426H (ketika post ini ditaip, 12 Safar 1431H) rupa-rupanya sudah tujuh tahun pemergian @ syahidnya seorang pejuang Islam di Palestin..... asy-syahid Syeikh Ahmad Yaasin. Ramai dari kalangan KITA yang terlupa tentang hal ini.

Saya sendiri pun sebenarnya terleka. Namun mujur ada dalam simpanan koleksi saya ketika tarikh di atas, tatkala berada di dalam bangunan Kulliyyah Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar furu' @ cawangan Mansuroh, ada seorang pelajar, (saya agak dari Kulliyyah Usuluddin) masuk ke kelas kami dan berucap menyeru sahabat-sahabat supaya menghulurkan se genih atau 2 gunaih (matawang Mesir), ataupun zaimanta aa'yiz (ikut sukalah) untuk membantu para mujahidin di Palestin.

Pada masa itu, di Universiti Al-Azhar cawangan Mansuroh, terdapat sebilangan pelajar telah mengadakan "Muzhoharoh" (tunjuk perasaan) dalam kawasan kampus. ...yang turut dilakukan di Al-Azhar cawangan Tanta. (saya kurang pasti di cawangan yang lain, bagaimana?)

Mereka telah berarak di sekeliling kampus, sambil mendengar ucapan dari "pengkhutbah"nya dengan ucapan yang penuh bersemangat, berapi-api, membawa kain rentang, dan ada yang memakai topeng ala pejuang intifadhoh. Paling menyentuh perasaan, apabila ada dari kalangan mereka yang bertongkat (tempang) turut sama menyertai muzhoharoh ini.

Hati ini berasa terbakar juga tatkala mendengar buat pertama kali kalimah "ALLAHU AKBAR !!!" di Mesir ini dilaungkan dengan nada seolah-olah hendak pergi berperang.

Itulah para Azhariyyun orang Mesir... nampak "nakal", tetapi apabila masuk bab Palestin, atau perjuangan Islam....fuh!

Masa itu, kami dalam kelas tahun 4. Teringin jugak hendak menyaksikan dengan lebih jelas ... panjang leher dibuatnya... tapi agak terkilan . Tidak dapat kerana pensyarah-pensyarah dan pakcik-pakcik bawwab (pembantu-pembantu am pejabat) kata : "yaLlah khusy khusy, ya bunaiy !!!" (cepat, masuk ... masuk ke kelas !!)

Lantaran daripada itu, saya ingin mengajak para pembaca sekalian, mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yaasiin dan kepada semua para syuhada' yang sedang berseronok di syurga Allah ketika ini.

kita pula macam mana ????????

next

No comments: