Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

18 December, 2010

Jari-jemari

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu, jangan kita abaikan.

3. Letakkan tangan anda di atas meja, perhatikan. Mula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Segala perkara yang kita lakukan, semua bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri kesan yang besar pada masa depan.

4. Seterusnya tengok jari kedua, jari manis. Begitulah juga dengan usia remaja..semuanya indah.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa akan menunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Pada usia 30an, (insya Allah) kita sudah punya status dan ekonomi serta karier yang stabil namun kita kena berhati-hati sebab masa ini la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous/cemburu dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Oleh itu, kita kena lipat gandakan ibadat.(kena batang hidung saya sendiri)

6. Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk, perhatikan bagaimana gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari-jari sebelum ini. Macam itu juga dengan kita, perlu jadi role model kepada generasi muda dan baharu.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

7. Akhir sekali renung lah ibu jari.. besar/gemuk dan pendek berbanding jari-jari yang lain. Tetapi ia menggambarkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari, semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tanpa ibu jari... hendak menggenggam/pegang sesuatu cukup susah.. hendak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, hendak buat apa-apa, rujuk lah kepada orang tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, maka boleh lah kita kata "good" atau "yes" sambil mengangkat isyarat ibu jari, itulah rahsia kejayaan kita.

Perhatikan semua jari anda dan renung/fikir dalam-dalam. Di mana anda sekaran?

No comments: