29 December, 2010
Catatan terakhir di bumi Mesir
Semoga saya tergolong dalam kelompok Azhari yang 'menjadi' di Malaysia.
Walaupun saya akui bahawa saya tidak mempunyai 'apa-apa', namun saya akan berusaha untuk memberi 'apa-apa' yang saya ada sungguhpun ianya sedikit.
Takkan kulupakan 1001 nostalgia di bumi Anbiya' ini, yang telah memberikan saya pelbagai ilmu, pengajaran, pengalaman dan erti kehidupan.
Mesir adalah negara ghubar @ berdebu. Tetapi percayalah, di sebalik debu-debunya itu, ada tersembunyi mutiara-mutiara ilmu yang tidak ternilai harganya.
Lupakah kita dengan ribuan nama-nama besar ulama' yang telah banyak berjasa di Mesir ini? Padahal, memang semenjak dahulu lagi, negara ini berdebu. Jadi, di manakah halangannya untuk para ulama' ini menuntut dan menabur ilmu?
Sepatutnya kita menginsafi hakikat ini.
Cukuplah setakat ini catatan terakhir saya di Negara Republik Arab Mesir.
Perjuangan saya untuk menuntut ilmu masih belum selesai....
syaqqah 14,
Wisma Yayasan Sabah Kaherah,
Mesir.
8.04pm
26 December, 2010
ORANG-ORANG YANG DIKABULKAN DOANYA
Banyak orang yang tidak mampu memanfaatkan kesempatan untuk berdoa (termasuk saya), padahal boleh jadi seseorang itu tergolong dalam golongan yang mustajab doanya tetapi kesempatan baik itu banyak disia-siakan. Maka seharusnya setiap muslim memanfaatkan kesempatan tersebut untuk berdoa sebanyak mungkin baik memohon sesuatu yang berhubungan dengan dunia atau akhirat.
Di antara orang-orang yang doanya mustajab.
1. Doa seorang Muslim terhadap saudaranya dari tempat yang jauh. Dari Abu Darda' r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tiada di hadapannya, melainkan malaikat yang ditugaskan kepadanya akan berkata: "Amin, dan bagimu seperti yang kau doakan".
Syeikh Al-Mubarak Furi berkata bahawa jika seorang muslim mendoakan kebaikan untuk saudaranya dari tempat yang jauh tanpa diketahui oleh saudaranya itu, maka doa tersebut akan dikabulkan, sebab doa seperti itu lebih jujur dan ikhlas kerana jauh dari riya' dan sum'ah serta berharap imbalan sehingga lebih diterima oleh Allah.
Nabi Nuh a.s pernah berdoa yang dirakamkan dalam firman Allah SWT, :
semua orang yang beriman lelaki dan perempuan".(Nuh: 28).
Nabi Ibrahim a.s turut berdoa,
Nabi Muhammad s.a.w juga diperintahkan seperti itu. Firman Allah,
2. Orang yang memperbanyak berdoa pada saat lapang dan bahagia. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang".
Firman Allah,
Tuhannya dengan kembali kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat kepadanya lupalah dia tentang kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah)
untuk (menghilangkannya) sebelum itu".(Az-Zumar: 8).
Firman Allah lagi,
Jangan Pernah Berhenti Berdoa
- Orang bijak mengatakan, doa tanpa usaha adalah bohong. Usaha tanpa doa adalah sombong. Doa dan usaha adalah dua aktiviti yang tidak boleh dipisahkan. Kita tidak sepatutnya hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksima mungkin untuk menggapai tujuan kita. Kita juga tidak patut hanya berusaha sahaja, tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu berhasil atau tidaknya tujuan kita.
Doa adalah permohonan, pengharapan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Doa itu intinya adalah ibadah, doa adalah senjata, doa adalah ubat, doa adalah pintu segala kebaikan. Seluruh hamba sangat bergantung kepada penciptanya. Setiap hamba memang mesti berdoa,
sebab kita diciptakan dalam keadaan penuh dengan keterbatasan dan kekurangan. Manusia memang ditakdirkan sebagai makhluk yang paling sempurna dengan segala kelebihannya, namun di sebalik kelebihan itu manusia juga memiliki banyak kelemahan.
Bayangkan jika kita sedang berada di tengah lautan. Tiba-tiba kapal yang kita tumpangi terumbang ambing kerana badai yang tiba-tiba datang menghentam. Nahkoda memberi peringatan tanda bahaya. Tidak ada tempat untuk kita meminta bantuan kerana seluruh alat komunikasi terputus. Apakah yang akan kita lakukan pada saat itu? Masih pentingkah gelaran, kedudukan, pangkat, jabatan, harta kekayaan yang melimpah, serta kecantikan? Tentu tidak, bagi kita keselamatan menjadi puncak harapan. Namun siapakah
yang dapat memberikan keselamatan tatkala itu, kalau bukan kepada Allah SWT kita meminta?
Di sebalik kelebihan-kelebihan yang kita miliki, kita menyimpan kelemahan-kelemahan yang tidak dapat kita tutupi. Untuk itu kita perlu meminta kepada Allah SWT, berdoa dengan penuh khusyu', penuh harapan, tulus, pasrah dan ikhlas, seperti yang difirmankan Allah,
Apapun persoalan hidup kita, apakah kita sedang bahagia atau sedih, tetaplah berdoa kepada Allah. Jangan pernah berhenti memanjatkan doa kepada Allah, kerana doa adalah masa depan kita. Doa adalah kekuatan kita. Doa adalah senjata kita. Perhatikan ada-adab berdoa, dan bersabarlah menunggu dikabulkan olehNya .....!
23 December, 2010
KEPERCAYAAN
19 December, 2010
Minta pertolongan
HADIS KESEMBILAN BELAS :
Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
" Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah (kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.'”
18 December, 2010
Jari-jemari
2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu, jangan kita abaikan.
3. Letakkan tangan anda di atas meja, perhatikan. Mula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Segala perkara yang kita lakukan, semua bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri kesan yang besar pada masa depan.
4. Seterusnya tengok jari kedua, jari manis. Begitulah juga dengan usia remaja..semuanya indah.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa akan menunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Pada usia 30an, (insya Allah) kita sudah punya status dan ekonomi serta karier yang stabil namun kita kena berhati-hati sebab masa ini la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous/cemburu dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Oleh itu, kita kena lipat gandakan ibadat.(kena batang hidung saya sendiri)
6. Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk, perhatikan bagaimana gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari-jari sebelum ini. Macam itu juga dengan kita, perlu jadi role model kepada generasi muda dan baharu.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
7. Akhir sekali renung lah ibu jari.. besar/gemuk dan pendek berbanding jari-jari yang lain. Tetapi ia menggambarkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari, semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tanpa ibu jari... hendak menggenggam/pegang sesuatu cukup susah.. hendak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, hendak buat apa-apa, rujuk lah kepada orang tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, maka boleh lah kita kata "good" atau "yes" sambil mengangkat isyarat ibu jari, itulah rahsia kejayaan kita.
Perhatikan semua jari anda dan renung/fikir dalam-dalam. Di mana anda sekaran?
16 December, 2010
12 December, 2010
Tinta buat bakal suami
TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang kurang kukenali.
Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.
Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.
Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki mahu berkenalan denganku melalui orang tengah. Aku menolak. Berbagai-bagai alasan kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini.
Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku.
Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
01 December, 2010
Tujuh kalimat
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih lautan "
1. Mengucap بسم الله pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap الحمد لله pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap أستغفر الله jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap إن شاء الله jika merencanakan berbuat sesuatu pada hari esok.
5. Mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini.
6. Mengucap إنا لله وإنا إليه راجعون jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap لا إله إلا الله محمد رسول الله sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa,kerana sudah biasa