Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

15 November, 2010

Realiti

Realiti....

a) Lebih ramai anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang terkorban akibat kemalangan udara daripada akibat berperang.

b) Di Israel, sebuah negara Yahudi tidak terdapat pun seekor babi, tetapi Malaysia, sebuah negara umat Islam, mengeksport babi.

c) Berjudi dan minum arak adalah haram di kalangan orang Islam, tetapi syarikat-syarikat seperti Magnum, Genting dan Guinness Anchor mempunyai CEO dan Deputy Chairman yang beragama Islam.

d) Apabila Jabatan Agama Islam mengharamkan penyertaan wanita Islam di Malaysia dalam pertandingan ratu cantik untuk menjaga kehormatan mereka, yang aneh golongan yang kuat membangkang ialah wanita Islam di Malaysia sendiri.

e) Bila JAWI ambil tindakan mencegah maksiat, orang yang buat maksiat dibela, pihak JAWI diperlecehkan dan diperbodohkan.

f) Apabila tiba awal Muharram, bermulanya tahun yang baru dalam kalender Islam, sambutannya dingin. Tapi apabila menyambut tahun baru, mengikut kalender kristian, Malaysia, sebuah negara Islam menyambut dan merayakannya dengan pelbagai acara - live telecast dan lain-lain.

g) Ceramah-ceramah agama di masjid-masjid dan di surau-surau tidak dibenarkan, tetapi konsert-konsert dibenarkan dan digalakkan serta diberi publisiti meluas.

h) Orang yang baik-baik tidak dipilih menjadi pemimpin, orang yang buruk akhlak, rasuah dan buat maksiat dipilih pula sebagai pemimpin.

I ) Pendapat orang lain tidak mahu terima, pakai pendapat dia seorang sahaja yang betul.

siapa makan cili... dia terasa pedas.

No comments: