Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

05 November, 2010

Assalamualaikum...

Assalamualaikum buat semua saudara-saudari yang sedang berjuang.. walau di mana kalian berada, walau di medan manapun kita.. kita tetap dalam satu barisan.. Insya Allah, dalam barisan menegakkan Ad-Deen dan kalimah Allah di muka bumi. Semoga dengan usaha kita yang sedikit diberkati dan diredhai olehNya. Apa yang penting sejauh manakah usaha kita.. berjaya atau gagal itu urusan Allah, dan kita semestinya hendaklah sentiasa redha dengan setiap ketentuanNya. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak meletakkan satu hukum yang mesti.. mesti berjaya, mesti bahagia atau mesti-mesti yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa semuanya itu pinjaman dan pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan sabar dan tenang. Padahal dimensi dari kegagalan itu sebenarnya adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Hakikat kegagalan adalah tidak tercapainya dan tidak berjaya memiliki apa yang memang bukan hak kita. Semoga hati-hati kita sentiasa meletakkan sepenuhnya pengharapan dan pergantungan hidup hanya kepadaNya. Teruskan perjuangan... Kemenangan di tangan Tuhan! Sesungguhnya yang terbaik di mata kita, belum tentu terbaik di mata Allah, demikian juga sebaliknya. Jadi yakinlah bahawa apa yang berlaku ke atas kita kelmarin, saat ini dan yang akan datang adalah yang terbaik menurut Allah.

No comments: