Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

07 September, 2009

Solat Sunat Dhuha, Tahajjud & Tasbih

Solat Sunat Dhuha

Solat dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam atau lapan rakaat. Waktunya, kira-kira matahari sedang naik setinggi 7 hasta (pukul 8 sampai masuk waktu zohor).

Lafaz niatnya: أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى

Doa yang dibaca setelah selesai solat dhuha:

اللّهُمّ إنّ الضُحاءَ ضُحاؤُكَ والبَهاءَ بـهاؤك والـجَمالَ جَـمالُك والقُوَّةَ قوّتك والقُدْرَةَ قدرتُك والعِصْمَةَ عصمتك. اللهم إنْ كانَ رِزْقِي فِي السّماءِ فأنْزِلْهُ، وإن كان في الأرْضِ فأخْرِجْه، وإن كان مُعْسِراً فَيَسِّرْهُ، وإن كان حَراماً فطَهِّرْهُ، وإن كان بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ بِـحَقِّ ضُحاءِكَ وبَـهاءِك وجَـمالِك وقُوّتِك وقُدْرَتِك آتِنِي ما أَتَيْتَ عِبادَكَ الصّالِـحِين.

*************

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam; sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak terbatas. Waktunya sesudah solat isya’ sampai terbit fajar (subuh). Solat pada waktu malam hanya dapat disebut solat tahajjud dengan syarat apabila dilakukan sesudah bangun dari tidur malam, sekalipun tidur itu hanya sebentar. Jika dikerjakan sebelum tidur, ia bukan solat tahajjud, tetapi solat sunat sahaja seperti witir dan sebagainya.

ُأصلي سنة التهجد ركعتين لله تعالى

Doa-doa yang dibaca pada waktu melakukan solat tahajjud atau sesudahnya sebaik-baiknya dari ayat-ayat Al-Quran atau hadith. Contohnya;

ربنا آتنا في الدنيا حَسنة وفي الآخرة حسنة وقِنا عذاب النار

Dalam hadith Bukhari dinyatakan, bahawa Rasulullah SAW jika bangun daripada tidur pada tengah malam, terus bertahajjud dan membaca doa berikut;

اللهم لَك الْـحَمْدُ أنْتَ قَيِّمُ السّماواتِ وَالأرْضِ وَمَنْ فِيهِنّ، ولك الحمد لك مُلْكُ السماوات والأرض ومن فيهن، ولك الحمد أنت نُوْرُ السماوات والأرض ومن فيهن، ولك الحمد أنتَ الْـحَقُّ، وَوَعْدُكَ حَقُّ، ولِقاؤك حق، وقَوْلُك حق، والْـجَنَّةُ حق، والنّارُ حق، والنَّبِيُّونَ حق، ومحمد صلى الله عليه وسلم حق، والسّاعَةُ حق، اللهم لك أسْلَمْتُ، وبِك آمَنْتُ، وعَلَيْك تَوَكَّلْتُ، وإلَيْك أنَبْتُ، وبك خاصَمْتُ، وإليك حاكَمْت، فاغْفِرْلِي ما قَدَّمْتُ وما أخَّرْتُ، وما أسْرَرْتُ وما أعْلَنْت، وما أنت أعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أنت الْـمُقَدِّمُ وأنت الـمُؤَخِّرُ، لا إلـه إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بالله.

Sesudah membaca doa itu banyakkan membaca istighfar. Istighfar yang biasa dibaca ialah;

أستغفر الله العظيم وأتُوبُ إليه

Istighfar yang paling lengkap dari Rasulullah SAW ialah;

اللّهُمّ أنت رَبِّـي لا إلـه إلا أنت خَلَقْتَنِي وأنا عَبْدُكَ وأنا عَلَى عَهْدِك ووَعْدِك ما اسْتَطَعْتُ أعُوذُ بِك مِنْ شَرِّ ما صَنَعْتُ أبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلا أنت

***************

Solat Sunat Tasbih

Iaitu solat yang sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Saidina Abbas bin Abdul Muttalib. Solat sunat tasbih ini digalakkan amalannya, kalau boleh tiap-tiap malam, kalau tidak sanggup sekali seminggu, sebulan sekali atau setahun sekali, dan kalau tidak boleh juga setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Sekiranya dikerjakan pada siang hari, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam. Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah empat rakaat itu dijadikan dua salam.

Cara mengerjakannya;

Lafaz niat:

أصلي سنة االتسبيح ركعتين لله تعالى

1) Selesai membaca doa iftitah, fatihah dan mana-mana surah, sebelum rukuk bacalah tasbih 15 kali iaitu:

سُبحان الله/ والحمد لله ولا إلـه إلا الله والله أكبر/ ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

{Tempat yang yang bertanda (/), saya letakkan sebagai pilihan, sama ada hendak membaca setakat itu ataupun hendak dipanjangkan} terserah.

2) setelah membaca tasbih rukuk, bacalah tasbih tadi 10 kali.

3) waktu iktidal, 10 kali

4) waktu sujud, 10 kali

5) waktu duduk antara dua sujud, 10 kali

6) waktu sujud kedua, 10 kali

7) waktu duduk istirahah sebelum berdiri untuk rakaat kedua atau keempat, 10 kali.

Tasbih-tasbih itu dibaca setelah selesai bacaan asal dalam setiap pergerakan solat tadi. Semuanya sekali adalah 300 kali tasbih. (75 X 4 rakaat = 300 tasbih)

Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempatnya, maka boleh digantikan di tempat berikutnya, agar tetap tasbihnya berjumlah 300 tasbih.


Jika masih ada masa yang terluang sementara menanti masuk waktu Subuh, bacalah Al-Quran ataupun perbanyakkan zikir.

wAllahu a’lam

Rujukan: Asas-asas Fardu Ain, Ustaz Sulaiman Endut. Cetakan Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd

1 comment:

hAmBa LeMaH said...

salam..
banyak pengajarannya..=)