Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

05 July, 2009

Asas-asas Pensyariatan Islam


Asas-asas Pensyariatan Islam Dalam Al-Quran Al-Karim

Dari segi bahasa, perkataan ‘syariat’ merujuk kepada ‘suatu jalan yang lurus’. Firman Allah SWT:

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها ولا تتبع أهواء الذين لا يعلمون

Mafhumnya: “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) untuk menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama, maka turutlah akan jalan itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (Surah Al-Jathiyah: 18)

Asas yang pertama: نفي الحرج Menolak Kesusahan / Kesempitan

Allah SWT berfirman:

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Mafhumnya: “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan” (Al-Baqarah: 185)

ويضع عنهم إصرهم والأغلال التي كانت عليهم

Mafhumnya: “Dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka” (Al-A’raf: 157)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: بعثت بالحنيفية السمحة yang bermaksud: “Saya telah diutuskan dengan agama Islam yang sentiasa memaafkan”

Rasulullah SAW turut bersabda: إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم maksudnya: “Apabila saya memerintahkan untuk melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kerjakannya setakat mana kemampuan kamu”

Al-Takhfif ataupun keringan dalam hukum-hakam syariat ada tujuh jenis iaitu:

1- إسقاط العبادة Gugur ibadat, sebagai contoh gugurnya kefardhuan haji jika tidak ada kemampuan.

2- نقص المفروض Mengurangkan kadar yang fardhu, seperti seorang musafir boleh mengurangkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.

3- إبدال أمر بأمر Penggantian, contohnya tayammum sebagai ganti wudhu’ bagi individu yang tidak menemui air.

4- التقديم Mendahulukan, umpamanya mendahulu atau mengawalkan solat asar dan didirikan pada waktu zohor di Masjid Namirah supaya ada kelapangan kerana mengerjakan ibadat wuquf di Arafah.

5- التأخير Mengakhirkan, sebagai contoh mengakhir atau mengkemudiankan solat maghrib dan didirikan pada waktu isya’ di Muzdalifah ataupun kerana khuatir tertinggal gerombolan musafir.

6- التغيير Perubahan, seperti perubahan tatacara solat dalam solat khauf (solat ketika dalam peperang an)

7- الترخيص Rukhsoh, iaitu kemudahan dan keizinan, contohnya memakai bangkai dalam keadaan terdesak, ataupun meminum arak disebabkan tercekik yang bersangatan.

bersambung...


2 comments:

zachra said...

kalo boleh tau mana sambungannya ya

zachra said...
This comment has been removed by the author.