Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

28 May, 2012

M.A.T.I


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana  kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan  kepada kita dan sedalam  mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa  ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya  dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat  keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya  diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap   tanggungjawab  dan amanah yang dipikul akan ditanya  satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat  dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,  maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan  keseksaannya, maka sabda Baginda: Sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga  ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya  daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya:-  Sebelum tidur:  1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali 
2) Selawat ke atas Nabi  3) Membaca tasbih 

Amalan harian:  1) Sentiasa membaca Al-Quran  2) Memelihara solat terutama solat fardu  3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan 
4) Membaca tasbih  5) Membanyakkan sedekah  6) Sentiasa berzikir menyebut Allah 

Amalan yang perlu dijauhi:  1) Dusta  2) Khianat  3) Mengadu domba 
4) Kencing berdiri 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersucilah kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil." 

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris  as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan, kerana Nabi Idris as ingin mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkannya ketika  itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan  Allah. 

Setelah didapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"  Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka
 rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya."
Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."   
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu."

Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"  Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."  Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya  mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu, dan belumlah hilang sakit dari sakaratul maut." 

Semoga kita dapat hayati dan sampaikan. Insya Allah     


No comments: