Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

09 January, 2011

Perhati Al-Quran

Betapa kerasnya hati kita bila ayat-ayat Allah dibaca tetapi tidak sedikit pun kita terasa dan tersentuh serta takut dengan amaran Allah...apatah lagi hendak menangis?..

Betapa tak logik dan peliknya jika seorang pesakit itu enggan memakan ubat yang hendak disuap dan terus menderita dengan sakitnya yang kian melarat...malah sombong dengan doktor yang mahu memberinya ubat?....

dan lebih menyedihkan lagi bila pesakit itu tidak menyedari dirinya sakit dan berpura-pura sembuh......

Hati kita (saya) keras...

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
"Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran ataukah hati mereka terkunci?" ( Muhammad: 24 )

No comments: