Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

23 January, 2010

Pelita Hati


PELITA HATI
Dalam Perjalanan Rohani
Dunia ini ibarat lautan yang dalam, ketenangannya kadangkala susah direnangi, geloranya kadangkala susah untuk dilalui, bahkan gelombangnya membuatkan kita karam dan tenggelam. Pelayaran yang tanpa kemudi atau laluan, jangan bermimpi untuk sampai ke pulau impian. Cuma bagi mereka yang telah mengetahuinya sifatnya duniawi, ombak dan badai hanyalah sebagai hiburan sebab semua pembekalan sudah disiapkan.
Sebenarnya di dunia ini lebih mudah untuk berbuat kebaikan daripada kejahatan. Tetapi manusia lebih condong hatinya untuk berbuat kejahatan dari kebaikan. Hal ini disebabkan umur manusia lebih muda dari umur syaitan, nafsu lebih tua daripada akal, sedangkan manusia terkepung dari berbagai penjuru, kiri syaitan, di kanan nafsu, di belakang hawa, di muka dunia. Oleh kerana itu tubuh dan roh berada dalam kekotoran, cuma bagi mereka yang menemukan pelita hati dalam perjalanan rohani akan naik ke darjat tingkat ketaqwaan serta masuk Syurga dengan penuh kedamaian.
Matlamat terakhir dari perjalanan kehidupan adalah kesucian rohani seorang insan. Rohani yang suci adalah rohani yang bersih dari debu-debu kekejian dan terhindar dari segala macam rayuan yang menyesatkan.
Kesucian rohani itu akan mudah dimiliki apabila seseorang itu selalu ingat dengan perjanjiannya kepada Tuhan, menghitung-hitung diri sebelum kembali, teguh dalam menghadapi badai cubaan dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan.
Apabila semua itu telah dimiliki bererti bahtera sudah sampai ke pulau tujuan, langkah kaki dan ayunan tangan sudah terhenti pada suatu kebahagiaan yang hakiki.

16 January, 2010

Peperiksaan Dunia VS Peperiksaan Akhirat


-Peperiksaan bagi pelajar atau mahasiswa dan ujian bagi manusia biasa sejak lahir hingga pulang ke sana, umumnya adalah bersifat sama
-Bersifat sukar, mencabar dan menguji akal dan kepintaran
-Sangat perlu kepada bekalan dan pergantungan kepada Allah
-Waktu sedang mengalaminya tidak boleh mengharapkan bantuan sesiapa melainkan diri sendiri dan Allah Taala
-Baik dari segi luaran dan dalaman perlu kuat!!!
-Jangan cepat mengalah dan akhirnya tidak sanggup teruskan.."A step at a time will get you there"
-Manis bila berjaya setelah berpenat lelah, tapi jika sebaliknya jika tidak
-Berdebar menanti keputusan
-Perlu ditelan walaupun pahit

"macamana eek.. keputusan kita di akhirat nanti...."

Ada masa, baca lagi:
http://sobahicairo.blogspot.com/2008/07/soalan-peperiksaan-bocor.html

13 January, 2010

Yang Tersirat Di Sebalik 4

YANG TERSIRAT DI SEBALIK 4..
"4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
"

11 January, 2010

Al-Quran dan karpet


Seorang ingin memberikan gambaran kepada murid-muridnya. "Cikgu ada satu permainan"

"Cikgu ada Al-Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Al-Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir .
Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan dia ambil Al-Qur'an itu. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tidak akan rela
kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunkanlah aqidah yang kuat."

"Sebaliknya, jika ingin membongkar atau menghancurkan rumah, tentu susah kalau dari tapaknya dahulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, kemudian baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Inilah yang dijalankan
oleh musuh-musuh kita.."

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka telah terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.. "

03 January, 2010

Kapur dan Pemadam


assalamualaikum wrt...

Kisah ini sangat menarik untuk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah-tazkirah ringkas. Perumpamaan yang baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, dan di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya mempunyai satu permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka kamu semua sebut "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka sebutlah "Pemadam!"

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, sudah pasti murid-murid tadi keliru dan kekok, serta sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu
haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksa kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."

" Pertamanya mungkin sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus dibiasakan dengan cara-cara
menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Lalu anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi menjadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini
menjadi suatu
gaya hidup dan lain-lain."

"Semuanya sudah terbalik. Tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya... Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.

"Faham cikgu..."

01 January, 2010

DAMBA CINTA MU



Tuhanku

ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Kusering melanggar laranganmu

dalam sedar ataupun tidak

ku sering meninggalkan suruhanMu walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku

Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar

pagiku ingat, petang ku alpa

begitulah silih berganti

Oh tuhanku kau pimpinlah diri ini

yang mendamba cinta Mu

aku lemah, aku jahil tanpa pimpinan dariMu

ku sering berjanji depanmu, sering jua ku memungkiri

ku pernah menangis keranamu kemudian ketawa semula

bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar

pagi ku ingat petang ku alpa

begitulah silih berganti

oh Tuhanku, Kau pimpinlah diri ini

yang mendamba cinta Mu

aku lemah, aku jahil tanpa pimpinan darimu

Kau Pengasih, Kau Penyayang

Kau Pengampun kepada hamba-hambaMu

selangkah ku kepadaMu, seribu langkah Kau padaku

Tuhan, diri ini tidak layak ke syurgaMu

tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

kutakut kepadaMu, ku harap jua padaMu

mogaku kan selamat dunia akhirat

seperti rasul dan sahabat

(Kumpulan nasyid Raihan)


http://www.youtube.com/watch?v=CBbje2k8x10