Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

15 November, 2008

Liku-liku sambung mengaji

Sengaja saya membiarkan blog peribadi ini tiada sebarang pengisian kerana selagi tiada perkembangan terkini tentang liku-liku hidup ini, maka tiadalah coretan di sini.

Semenjak mendapat berita kegagalan saya dalam pengajian pra-master di Universiti Al-Azhar, otak menjadi ‘blur’ kebingungan. Hendak ke mana selepas ini? Apa yang hendak dilakukan lagi? Saya maklumkan kepada ayahanda dan bonda di tanahair. Seperti yang dijangkakan, kekecewaan pastinya terasa di benak hati mereka. Terasa bersalah yang amat sangat menyelubungi diri ini apabila telah menghampakan mereka buat kesekian kalinya. Tapi apakan daya, setakat itu sahaja kemampuan saya.

Semangat untuk menuntut ilmu dan menyambung pengajian saya teruskan dengan berusaha mendapatkan maklumat tentang pusat-pusat pengajian di Republik Arab Syria. Berdasarkan informasi yang saya perolehi tentang Syria, saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di Institut Fatah Islami yang lebih dikenali sebagai Ma'had Fatah. Setelah mendapat persetujuan daripada bapa, tanpa membuang masa saya telah menelefon salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Syria. Namun dukacita apabila dimaklumkan oleh Ustaz Hazuanuddin iaitu pelajar Malaysia di sana, bahawa Kerajaan Syria pada ketika ini tidak membenarkan pelajar-pelajar asing yang baru hendak mendaftar ke mana-mana pusat pengajian di negaranya, berikutan masalah yang melibatkan aman siasi (keselamatan politik).

Saya juga telah mendengar sebuah khabar rieh (angin) yang mengatakan Darul Ifta’ Al- Misriyyah (Pusat Fatwa Mesir) telah membuka semula pengambilan kedua pelatih-pelatih barunya yang dikatakan masih ada lagi 38 kekosongan. Pantas saya bertindak untuk insihab auraq iaitu menuntut kembali sijil-sijil dan dokumen yang saya berikan kepada pihak Universiti Al Azhar ketika mendaftar dahulu, kerana auraq tersebut akan saya persembahkan kepada pihak Darul Ifta’ untuk tujuan yang sama.

Darul Ifta' Al-Misriyyah

Malang kali kedua, apabila pihak pendaftaran Darul Ifta’ terkejut menerima kehadiran saya ke pejabatnya. “wAllahi ana musy ’arif, enta gibta el khabar dih miniin. Miin allak kidah?” (Demi Allah, saya tidak tahu dari mana awak mendapat cerita begini. Siapa yang cakap ni?”

Ya Allah, aku masih tercari-cari apakah hikmahnya di sebalik semua ini? Takpa, cari maklumat lagi. Saya berpeluang bertemu dengan Ustaz Zainuddin Abd Rahman, iaitu salah seorang pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang juga merupakan graduan salah sebuah universiti di Marocco @ Maghribi. Maklumat dan nombor telefon diberikan. Langsung saya menelefon ke Maghribi, bertanyakan kalau-kalau ada nasib di sana.

Masjid Al-Qarawiyyin

Menurut Ustaz Fathi, salah seorang pelajar Malaysia di Maghribi, memang ada pusat pengajian tinggi yang menawarkan pengajian peringkat M.A dalam bidang Bahasa Arab. Antaranya ialah Universiti Al-Qarawiyyin dan Universiti Tetuan. Tetapi, pendaftaran telah ditutup semenjak bulan Ogos yang lalu. Sekarang bulan berapa? “Kalau ustaz nak juga, boleh. Tapi tunggu tahun depanlah” Begitulah kata-kata terakhir daripada Ustaz Fathi.

Hadui ! Apa pulak lepas nih?

Yang terkini, saya telah mengintai Dirasat ‘Ulya di Universiti Cairo, ingin tahu berapakah yuran pengajian yang dikenakan? Tahukah anda berapa?

Universiti Cairo

Lebih 2000 pound sterling yang diminta. Mak aih ! Terkejut beruk saya dibuatnya. Beruk pun tak terkejut macam tuh !

Saya congak dengan nilai Ringgit Malaysia hampir mencecah RM13 ribu. Ya Allah, ni nak bagi ilmu ke atau nak berniaga?

Saya telefon ayahanda di Sabah, minta pendapat. “Teruskan mencari lagi walaupun sampai ke Libya, Sudan dan Pakistan. Ataupun tanya kedutaan tentang bagaimana permohonan takhfidh (pengurangan kadar yuran)”.

Otak saya berserabut, mujur rambut di kepala tidak macam sabut.

Tanya lagi pihak kedutaan, nasihat yang diberikan hampir sama dengan pendapat ayahanda iaitu cuba juga di Universiti Cairo di samping akan berusaha mencari sumber kewangan melalui agensi-agensi tertentu.

Setelah mendapat surat sokongan daripada Kedutaan Malaysia di Mesir, saya pun pergi semula ke Universiti Cairo untuk mendaftar. Sekali lagi kalimat ‘TETAPI’ muncul semula, apabila pihak pendaftaran melihat markah matapelajaran bidang / takhassus yang ingin saya ceburi masih tidak memadai. Matapelajaran pengkhususan yang diperlukan adalah “Jayyid jiddan”.

Inilah perbezaan di antara Universiti Al-Azhar dan Universiti Cairo, yang mana Al-Azhar mengenakan syarat taqdir am / keputusan keseluruhan paling kurang “Jayyid”, dan menjalankan imtihan qabul / ujian kelayakan. Saya pernah gagal ujian tersebut ketika percubaan kali pertama pada tahun 2005 yang lalu.

Manakala Universiti Cairo pula, walaupun tiada imtihan qabul, namun syarat markah pula adalah ketat. Walaubagaimanapun pihak pendaftaran tetap menerima dokumen-dokumen yang saya berikan, dan meminta agar saya datang semula pada minggu hadapan untuk menunggu natijah daripada pihak atasan.

Itulah sebahagian kecil liku-liku hidup yang terpaksa saya harungi untuk melanjutkan pengajian ini. Apa pula yang akan terjadi selepas ini? Hanya Allah sahaja yang Maha Merancang lagi Maha Mengetahui.

5 comments:

abid_dhaif said...

masAllah,hebat benar ujian ni buat ustaz.mg thabat..

KelawarHijau said...

Salam. Saya pun berhajat nk belajar di Syiria, bahasa Arab n AQ, sebab dengarnya Syiria masih amalkan sistem talaqi, bersanad n Mazhab Shafie. Masih tercari-cari macam mana nk ke sana, sebab saya aliran sains tulen. Kat universiti pun ambil IT. Tp kalau betul dah tak boleh ke sana.. Allah, sedihnya.

Ust, kalau ust tahu mcm mana org macam saya ni hendak ke timur tengah (tanpa ada sijil bahasa arab, stam, pmr arab ada la) harap boleh maklumkan. e_i_d_a@y.c emel saya.

Sy doakan ust berhasil utk ke destinasi diimpi. Amin..

syauqi to kelawar hijau said...

Mesir juga mempunyai sistem pengajian seperti yg disebutkan oleh saudari. tapi oleh kerana soalan tu tentang Syria, maka saudari boleh klik http://www.e-ppms.org/ wAllahu a'lam

ghost_MaR said...

bittaufiq wan nagah ya akhi ...

Ibnu Saif said...

salamualaikum bro.. Smga dpermdahkan allah sgla urusan.. Actually ada mau bncg bnda ni bro.. Tp ndak pa la.. Kalo suma sdah ok.. Just send me any msg k.. Dis is my blogpage.. Al-basayuv.blogspot.com.. N my ym id.. Al-basayuv.. K.. Bnda pntg jgak sbnrnya.. He.. K.. Ilal liqa..