Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

21 April, 2008

Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan

Rasulullah saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".
copy from: laman web Persatuan Pelajar Malaysia Syria

2 comments:

muhammad said...

assalamualaikum
intipati yg menarik. cuma berharap agar selepas ini dpt mendatangkan idea sendiri. syukran

nurilahi said...

salam alayk..mohon copy..terima kasih