Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

19 May, 2011

Tidak Tergesa-Gesa Untuk Menonjolkan Diri.



<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Kita sememangnya diperintahkan supaya menonjol diri di tengah masyarakat untuk berdakwah, menyampaikan ilmu dan memimpin. Namun demikian , penonjolan hendaklah didahului dengan persediaan agar penonjolan tersebut benar-benar bermakna dan berupaya mendatangkan hasil.

Tempoh persediaan ialah masa untuk mencari bekalan (ilmu , iman dsbnya) dan mengislahkan diri. Fatrah ini dari segi aulawiyyat / keutamaannya , masa hendaklah diluangkan sebanyak mungkin untuk menambah ilmu , memperbaiki diri dan mencari pengalaman ( berharakah , tarbiah , organisasi dan sebagainya ) melalui penglibatan dalam persatuan , gerakan pelajar , gerakan Islam dan sebagainya.

Fenomena yang mesti dielakkan dalam zon persediaan ini ialah isti'jal (gopoh) dalam menonjolkan diri tanpa ada keperluan atau tuntutan.Tergesa-gesa menonjolkan diri walaupun menyedari bahawa kita kurang persediaan dan tiada kelayakan , ( hanya semata-mata kerana dorongan hawa nafsu yang dikuasai virus riak ), merupakan satu penyakit yang akan merugikan diri sendiri. Ini kerana kita memaksa diri kita untuk melonjak naik sebelum tiba masanya.

Ia seumpama seorang kanak-kanak yang dipaksa berjalan sedangkan ia hanya mampu merangkak. Natijahnya akan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak tersebut atau memudaratkannya.

Antara ungkapan hikmah Ibnu ‘Ataillah rhm. :

“Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan,sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam maka tidak sempurna hasil buahnya”

"Ibnu 'Ataillah rhm. telah membandingkan seorang hamba dengan sebiji benih yang pada permulaan pembentukannya perlu ditanam dalam perut bumi jauh daripada sinaran matahari supaya ia dapat mengikuti peredarannya dan tumbuh berdikit-dikit sehinggalah ia diberi keizinan oleh Allah untuk meninggi di permukaan bumi , iaitu setelah melalui satu fatrah peliharaan yang cukup di mana dalam fatrah ini ia mendapatkan kekuatan untuk zahir di hadapan cahaya. Adapun sekiranya kita membiarkan biji benih di atas permukaan bumi tanpa menanamnya maka sekali-kali tidak akan ada hasilnya dan ia tidak akan mendatangkan buah yang diharapkan kerana ia terdedah kepada keadaan cuaca dan tempat yang belum layak / belum sesuai baginya.

Seolah-olah Ibnu 'Ataillah ingin menyatakan kepada kita bahawa, "Manusia sekali-kali tidak akan dapat mengambil manfaat daripada kamu secara sempurna sama ada daripada ilmu kamu atau seruan / dakwah kamu melainkan jika kamu telah melalui satu peringkat di mana kamu tidak menonjolkan diri kepada manusia dalam fatrah tersebut dan menumpukan perhatian untuk membentuk aqal dengan ilmu, hati dengan wirid-wirid dan membentuk jiwa dengan mujahadah.

"Syeikh Mohd. al Ghazali ketika menghurai ungkapan hikmah ini dalam kitabnya Ihya Ulumuddin", menyatakan: “ Waspadalah daripada dua perkara ;

1. Menginginkan penonjolan sebelum sempurna kelayakan-kelayakan yang dituntut / diperlukan.

2. Berusaha menyempurnakan kelayakan-kelayakan ini untuk menarik perhatian manusia kepada kamu (bukan kerana Allah ).

No comments: