Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang |
kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya |
sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang |
menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan |
segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika |
bagi menghormati azan. |
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya |
itulah amalan yang sentiasa dijaganya. |
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh |
telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah |
apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah |
menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" |
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan |
syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu |
semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku |
tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku |
menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. |
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah |
berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di |
dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka" |
|
"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh |
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang |
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat |
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya |
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu |
catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di |
kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus |
aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat |
kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan |
akan mendapat 10 pahala. |
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih |
simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya |
lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak |
Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah |
ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan |
keseronokkan serta kemewahan dunia. |
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
15 May, 2011
Siti Zubaidah dan Azan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment