Sesekali termenung membayangkan seandainya saya diberitahu bahawa akan datang seorang tetamu yang agung ke tempat tinggal saya pada esok hari, bagaimanakah reaksi saya? Adakah ketika itu saya akan bersegera membersihkan rumah, menghiasinya dan menyediakan jamuan yang terenak untuk dihidangkan kepada tetamu agung itu? (padahal bukannya pandai masak pun)
Ya, rasanya inilah yang saya akan lakukan secara spontan, kerana semakin tinggi kedudukan ataupun pangkat tetamu tersebut, semakin hebat jugalah cara sambutannya.
Tapi tetamu agung yang saya maksudkan itu ialah Nabi Muhammad saw !!
Di rumah
Rasulullah saw sendiri yang datang bertamu ke rumah aku... bayangkanlah. Tak ke bangganya aku? Renungkan sahaja, sebaik-baik manusia dan bukannya mana-mana menteri mahupun pimpinan yang nak ziarah nih !! Malahan dia adalah sebaik-baik empunya kaki yang menginjakkan kakinya di dalam sejarah kehidupan manusia. Selawat dan salam ke atas baginda.
Cuma, rasa risau pula tiba-tiba menjengah pemikiran apabila mengenangkan.... kalaulah Nabi saw mengetuk pintu rumah saya sekarang...apakah tindakan segera saya?
Adakah saya akan bergegas menuju ke pintu untuk menyambut ketibaan baginda dengan air mata kegembiraan mengalir di pipi?
Adakah saya akan pantas mempersilakan baginda memasuki rumah sambil berkata: “Rasulullah berada di rumah saya...sesungguhnya inilah hari yang paling bahagia dalam hidup saya” ?
Apakah begini yang saya lakukan ataupun terasa gelisah tatkala mendengar bunyi ketukan pintu itu?
Adakah saya akan berlari menuju ke bilik untuk menyembunyikan kaset-kaset lagu, kemudian menayangkan pula kaset-kaset Al Quran? (riyak lah tu)
Adakah saya akan mencabut ‘piring parabola’ atau memadam nyanyian yang gila-gila?
Adakah saya akan menghidupkan laptop ini untuk men’delete folder atau fail-fail yang tidak sepatutnya, ataupun saya akan tergesa-gesa menanggalkan poster-poster pelakon dan penyanyi dari dinding kamar? (he...he...tapi di rumah saya takde poster2 mcm tuh)
Adakah saya akan menjemput Nabi saw, sedangkan di tangan ada rokok, ataupun saya baru tahu merokok itu haram?
Kalau tidak berasa rokok itu haram, kenapa malu-malu nak merokok di depan nabi?
Bagaimana pula sekiranya saya berjaya menyembunyikan apa sahaja yang memungkinkan kemarahan Nabi saw, saya melayan dengan baik, menjaga pertuturan, memandang wajahnya yang bercahaya... kemudian bayangkan tiba-tiba baginda berkata kepada saya, bahawa baginda akan tinggal bersama saya selama sebulan... alamak !! ... saya akan bergembira ataupun...?
Tak teringin ke, nak menjadi seperti para sahabat yang mana mereka itu saling berlumba-lumba untuk menyambut baginda tatkala ketibaannya di Madinah buat kali pertama ataupun saya akan jadi serba salah kerana mengenangkan apa-apa yang akan berlaku sepanjang sebulan ini? (uih... susah nih)
Apakah baginda akan berasa bahagia apabila melihat saya yang melengah-lengahkan solat ataupun tidak berjemaah?
Adakah baginda akan melihat saya bergaul dengan ahli keluarga dalam keadaan yang baik ataupun baginda akan melihat saya meninggikan suara, tangan ini diangkatkan (bersedia untuk menampar), lidah saya mengeluarkan kata-kata yang kesat, sedangkan Rasulullah saw ada bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah yang berbuat baik kepada keluarganya, dan aku pula adalah yang terbaik di kalangan kamu terhadap keluarganya” ?
*******************
Secara peribadi, saya akan berasa malu yang amat sangat kerana terlalu banyak kepincangan pada diri ini, apatah lagi banyak sunnah-sunnah baginda yang belum saya praktikkan. Tapi kenapa tatkala baginda tiba di rumah saya baru terasa segan dan malu, sedangkan sebelum ini bukan main galak lagi dengan gelagat yang tidak mencerminkan muslim sejati? Itulah, kerana tidak sedar ataupun buat-buat lupa yang saya sebenarnya sentiasa diperhatikan oleh Yang Maha Memerhatikan, lantas saya terus alpa dan leka dengan mainan dunia. Dakwaan saya mencintai Rasulullah saw hanyalah mainan di mulut sahaja bukan secara praktikalnya.
Saya harap, para pembaca tidak akan mengalami nasib yang sama seperti saya.
Namun begitu, cuba bayangkan jika selepas ini, Rasulullah akan menziarahi rumah anda pula.....?
2 comments:
saya rasa kita kena buat kempen anti rokok laa....
sebelum "terhantuk" baik "terngadah" dulu kan..
Post a Comment