Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

05 January, 2012

TALQIN



Pernah kita mendengar suara-suara mengatakan bahawa talqin itu adalah bid’ah. Ada yang mengarang buku-buku dalam memerangi talqin malah dalam ceramah-ceramah agama ada terdengar ejekan-ejekan kepada orang yang melakukan talqin.

Maka di sini al-faqir cuba membawakan pendapat dan fatwa-fatwa ulama-ulama yang muktabar yang lebih banyak ilmu dan takwanya, supaya kita tahu kedudukan sebenar perkara tersebut. Namun di sini tidak dibawakan dalil-dalil dari Quran dan Hadis kerana kita semua sudah maklum bahawa ulama-ulama muktabar tidak mengeluarkan seuatau hukum melainkan setelah mereka periksa terlebih dahulu dari Quran dan Hadis. Jadi tidak perlulah kita mempersoalkan tentang dalil-dalil kerana cukuplah perkataan ulama itu menjadi dalil kepada kita kerana kita bukan ahli dalil.

wALLAHu a’lam.


MAKNA TALQIN تلقين

Pada Bahasa

Tafhim (تفهيم) yaitu memahamkan atau memberi faham (Kamus al Muhith, Juz IV, hal. 268)

Mengajar atau memberi ingat (Kamus al marbawi, hal. 255)

Memberi peringatan dengan mulut secara berhadapan (Munjid, hal. 780)

Pada Istilah

Mengajar kepada orang yang akan mati kalimah tauhid iaitu "لا إله إلا الله"

Mengingatkan orang yang sudah mati dan baru sahaja dikuburkan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi Malaikat Munkar dan Nakir yang akan datang bertanya kepada mereka.

Makna yang kedua pada istilah inilah yang akan dibahaskan.

HUKUM AGAMA TENTANG TALQIN

Mentalqinkan orang yang sudah mati dan telah dikuburkan adalah sunat dan diberi pahala kepada orang yang mengerjakannya dan berfaedah kepada mayat yang ditalqinkan itu.

Ini berdasarkan kepada beberapa nash (fatwa yang nyata) dalam kitab-kitab fekah dalam Mazhab Shafie yang sudah lama beredar di seluruh dunia dan banyak dikaji dan dipelajari di pondok-pondok pengajian agama, sekolah-sekolah malah universiti-universiti Islam di seluruh dunia sejak dari dulu hingga sekarang.

Imam Nawawi (Kitab Majmu' Syarah Muhadz-dzab Juz V, hal. 303)

Berkata sekumpulan dari sahabat kita, bahawa sunat membaca talqin untuk orang mati yang sudah baru saja dikuburkan. Maka duduk orang yang mentalkinkan setentang dengan kepala mayat, lalu ia baca: Hai si Fulan anak si Fulan sampai seterusnya.

Imam Nawawi (Kitab Al Adzkar, hal. 206)

وأما تلقين الميت بعد المدفن فقد قال جماعة كثيرون من أصحابنا باستحبابه، ...

Adapun mentalkinkan mayat sesudah dikuburkan, sesungguhnya telah berfatwa sekumpulan sahabat kita (ulama-ulama dalam Madzhab Shafie) bahawa talqin itu sunat. Di antara ulama-ulama yang berfatwa itu adalah Qadi Husein dalam kitab Ta'liqnya, Imam Mutawalli dalam kitab Tatimmah, Syeikh Imam yang zuhud Abdul Fatah Nashar bin Ibrahim bin Nashar al Maqdisi, Imam Abu Qasim ar Rafi'i dll.

Imam Yusuf al Arbubeli (Kitab Al Anuar, Juz 1, hal. 124)

Dan sunat ditalqinkan orang yang sudah dewasa sesudah dikuburkan. Maka duduklah orang yang mentalqinkan setentang kepalanya. anak kecil walaupun sudah mumaiyiz tidak ditalqinkan. Baik sekali sesudah ditalqinkan, duduk sebentar membaca Quran dan istighfar. Kalau dapat membaca Quran sehingga tamatnya adalah terlebih baik.

Syeikh Amirah (Hasyiyah Amirah (hasyiyah Mahalli) Juz I, hal. 352-353)

Berkata pengarang kitab Al Istiqsha', sunat mengulang talqin 3 kali dan ketahuilah bahawa hal ini tidak bertentangan dengan perkataan Tuhan yang bererti "Dan engkau tidak mampu menjadikan orang yang dalam kubur mendengar ", kerana mayat di dalam kubur itu pada satu ketika mendengar dan pada ketika yang lain tidak mendengar

Syeikh Khatib Syarbini (Mughni al Muhtaj Juz I, hal. 367)

Dan sunat mentalqinkan mayat yang sudah dewasa sesudah dikuburkan, maka dikatakan: "hai hamba Allah anak hamba Allah... dan seterusnya

Syeikh Khatib Syarbini (Al Iqna', Juz I, hal. 183)

Dan sunat mentalqinkan mayat sesudah baligh, sesudah dikuburkan, kerana ada hadis yang menerangkan hal itu. Hadis itu walaupun dhaif (lemah) tetapi disokong oleh banyak hadis yang sohih, dan juga talqin itu dikerjakan sejak dahulu, iaitu semenjak dari zaman orang-orang yang patut diikuti.

Imam Ibnu Hajar al Haitami (Tuhfah Juz III, hal. 207)

Dan sunat mentalqinkan mayat yang baligh berakal atau orang gila sesudah pernah beribadat sebelum gila, atau orang mati syahid sekalipun, sebagaimana yang telah difatwakan oleh beberapa ulama. Talqin itu sesudah dikuburkan.

Imam Zainuddin bin Abdil' Aziz al Malibari (Fathul Mu'in, hal. 47)

Dan sunat juga mentalkinkan orang dewasa walaupun orang itu mati syahid, sesudah dikuburkan.

Imam Ramli (Nihayah Juz III, hal. 40)

Dan sunat mentalkinkan orang mati yang sudah dewasa, kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seseorang apabila diletakkan dalam kubur sesudah ditutup dengan tanah dan penghantar-penghantar berjalan pulang maka si mayat itu mendengar bunyi tapak kaki mereka, kalau orang sudah tiada lagi maka datanglah dua malaikat... dan seterusnya.

Syeikh Sayyidd Bakri Syatha (I'natut Thalibin Juz II, hal. 140)

Dan sunat mentalqinkan orang mati yang dewasa walaupun orang yang mati syahid sesudah dikuburkan kerana firman Tuhan di dalam Quran : وذكّر فإن الذكر تنفع المؤمنين "Dan ingatkanlah kerana peringatan itu memberi manfa'at bagi orang mukmin". Orang yang patut diberi peringatan ialah orang yang dalam keadaan serupa itu (orang yang akan menghadapi soal Munkar dan Nakir)

Syeikh Nawawi Banan (Nuhayatuz Zein, hal. 162)

Dan sunat mentalqinkan mayat yang baligh selepas dikuburkan, walaupun mayat itu mati syahid kerana mayat itu ketika itu sangat mengharapkan peringatan.

1 comment:

Tinta.Muallimah said...

ASLKM. Tidak ada satupun pendpt ulama yg mengatakan sunat talqin sesudah dikuburkan bersandarkan hadith2 atau ayat2 ALQuran. klau dijelaskn dalil2nya mungkin dpt menghilangkan keraguan spt saya yg jahil ini.Talqin semasa nazak mmg ada dalil2 hadith ttp kpd mayat saya x pasti. harap dpt buat penerangan lebih detail akan dtg.