Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

29 December, 2010

Catatan terakhir di bumi Mesir

Setelah enam tahun menjadi anak perantauan di bumi Mesir, akhirnya saya pulang ke tanahair.

Semoga saya tergolong dalam kelompok Azhari yang 'menjadi' di Malaysia.

Walaupun saya akui bahawa saya tidak mempunyai 'apa-apa', namun saya akan berusaha untuk memberi 'apa-apa' yang saya ada sungguhpun ianya sedikit.

Takkan kulupakan 1001 nostalgia di bumi Anbiya' ini, yang telah memberikan saya pelbagai ilmu, pengajaran, pengalaman dan erti kehidupan.

Mesir adalah negara ghubar @ berdebu. Tetapi percayalah, di sebalik debu-debunya itu, ada tersembunyi mutiara-mutiara ilmu yang tidak ternilai harganya.

Lupakah kita dengan ribuan nama-nama besar ulama' yang telah banyak berjasa di Mesir ini? Padahal, memang semenjak dahulu lagi, negara ini berdebu. Jadi, di manakah halangannya untuk para ulama' ini menuntut dan menabur ilmu?

Sepatutnya kita menginsafi hakikat ini.

Cukuplah setakat ini catatan terakhir saya di Negara Republik Arab Mesir.

Perjuangan saya untuk menuntut ilmu masih belum selesai....

syaqqah 14,
Wisma Yayasan Sabah Kaherah,
Mesir.

8.04pm

No comments: