Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

27 August, 2009

Siapa yang dapat rukhsoh?

GOLONGAN YANG DIBERI RUKHSOH (KELONGGARAN) UNTUK BERBUKA (TIDAK BERPUASA) PADA BULAN RAMADHAN

Golongan yang mendapat rukhsoh berbuka puasa pada siang Ramadhan dan diwajibkan ke atas mereka membayar fidyah sahaja terdiri daripada:

- lelaki atau perempuan tua yang terlalu lemah dan sudah tidak berupaya untuk berpuasa.

- pesakit yang mengidap panyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh.

- pekerja-pekerja buruh kasar atau yang melakukan kerja-kerja berat serta berterusan yang mana mereka tidak lagi mendapati ada peluang pekerjaan lain. Malahan tidak boleh meminta cuti sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun selain Ramadhan.

Golongan ini dibolehkan berbuka dan mereka hanya diwajibkan membayar fidyah berdasarkan bilangan hari yang mereka tinggalkan puasa dengan memberikan dua hidangan makanan yang mengenyangkan kepada orang miskin.

Kedua; Golongan yang diberikan rukhsoh berbuka puasa dan mereka wajib mengqadha’ (menggantikannya) sahaja. Mereka adalah:

- pesakit yang ada harapan untuk sembuh kembali.

- orang yang bermusafir bukan dengan tujuan maksiat.

- ibu yang mengandung dan yang menyusukan anak, serta khuatir mudarat mungkin akan berlaku terhadap dirinya sendiri. Manakala ibu yang khuatir mudarat itu akan berlaku terhadap anaknya, maka si ibu akan berbuka, mengqadha’ dan membayar fidyah makanan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa itu.

- perempuan yang mengalami haid dan nifas.

Golongan yang diwajibkan mengqadha’ puasa dan dikenakan kifarat @ kaffaarah adalah mereka yang sengaja berbuka puasa / tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran pada siang Ramadhan dengan makan dan minum, ataupun suami yang melakukan jima’ @ bersetubuh dengan isterinya pada siang hari.

Kaffaarah ialah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Sekiranya tidak mampu, maka hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang biasa diberikan kepada keluarganya.

Kadar ukuran untuk mengambil rukhsoh ini bergantung kepada ukuran individu itu sendiri. Maknanya setiap orang tahu dan sedar sejauhmana kadar kemampuannya untuk meneruskan berpuasa ataupun keperluannya untuk berbuka sama ada wajib ataupun harus. Individu berkenaan seharusnya mendapatkan pandangan doktor mahupun pengamal perubatan yang beragama Islam dan boleh dipercayai tentang permasalahan ini. Ia mesti dilakukan sekiranya menghadapi mudarat tertentu terhadap diri dan mungkin menyebabkan kebinasaan.

Rujukan: الكلم الطيب فتاوى عصرية، لفضيلة الشيخ علي جمعة، مفتي الديار المصرية

4 comments:

saye kerink said...

salam. yey! thats mean waktu saya tak puasa sabtu ahad lepas sebab demam tuh tak ape ape la kan? boleh qadar. ;] terima kasih.
dan nenek saya. selalu puasa separuh hari sebab die tak larat. so nanti kene bayar dua pinggan kepada org miskin mengikut bape hari die tak puasa? ermm kalau sebulan tuh die mcm tu? duwe pinggan wakil satu hari ke? ;]

syauqi said...

utk kerink ; cuma perlu qadha' @ ganti puasa tu selama 2 hari kan.

ok. nenek pulak ; (satu pnjelasan)puasanya memang tidak dikira. dua hidangan itu berasal dr SATU CUPAK makanan ruji negara. maknanya memadai klu dibayar dgn secupak beras utk sehari. 30 hari 30 cupak. tentang cara pembyrn, nak bg faqir miskin terus pun boleh, nak bg amil di masjid pun boleh. nak bg setiap hari secupak pun boleh. nak bg sekaligus hujung bulan pun boleh. wAllahu a'lam

saye kerink said...

salam. ouhh. ok terima kasih.
really helpful. ;]

Anonymous said...

SALAM BRO....
nie saya nak tanye...
dulu la kan....time saya jahilliyah kan...saya dah tinggal banyak gila pose ramdhan nie....
saya kira2 total dia nak dekat sebulan juga la....

camne nak ganti r?..