Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

15 July, 2008

MEMILIH TORIQAT KESUFIAN

Merujuk kepada persoalan yang diajukan oleh Lebai TTG (melalui shoutbox di sebelah), berkenaan Toriqat Dandarawi, sukar untuk saya menjawab secara spontan tanpa merujuk kepada beberapa buah kitab di samping bertanya dan berbincang dengan beberapa orang sahabat.

Sebelum saya menjelaskan boleh atau tidak kita mengikuti sesebuah toriqat kesufian tertentu, perlulah di sini kita memerhatikan kepada beberapa perkara penting sebelum melibatkan diri ke dalam toriqat tersebut. Berikut adalah sebahagian fakta-fakta penting yang saya petik daripada buku Pengantar Tasawwuf Islam, yang dikarang oleh Dr. Musa Bin Fathullah Harun:
{Syaikh Sa’id Hawa menerangkan, “Kembali daripada tasawwuf kepada fiqh adalah suatu kemestian, sedang kembali daripada fiqh kepada tasawwuf tidak boleh melainkan dengan fiqh. Fiqh tanpa tasawwuf adalah sah, sedang tasawwuf tanpa fiqh adalah tidak sah, meskipun tasawwuf lebih tinggi martabatnya daripada fiqh.

Fiqh adalah lebih selamat dan lebih merata kemaslahatannya daripada tasawwuf. Kerana itulah dikatakan:
كن فقيها صوفيا، ولا تكن صوفيا فقيها
Yang maksudnya: “Jadilah seorang faqih yang sufi, dan janganlah menjadi seorang sufi yang faqih”

Jelaslah bagi kita bahawa untuk mencapai martabat atau tingkatan Ihsan yang menjadi tujuan toriqat, maka terlebih dahulu kita mesti mendalami ilmu aqidah, ilmu fiqh atau syariat, di samping mendalami ilmu tentang al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber utama segala ilmu Islam.

Seseorang yang memasuki toriqat sebelum mendalami ilmu-ilmu tersebut mungkin menjadi mangsa ajaran sesat tanpa disedari sekiranya ia salah memilih dengan memasuki toriqat yang menyebarkan ajaran-ajaran sesat, sedang ia sendiri tidak dapat membedakan antara yang benar dan yang salah, sama ada dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan ataupun yang berkaitan dengan amalan, disebabkan tidak mempunyai ilmu yang mendalam yang diperlukan untuk itu.”

Masalah Syaikh Toriqat
Sa’id Hawa berkata, “Sebahagian para sufi yang jahil sering melontarkan kata-kata:
من لا شيخ له، فشيخه الشيطان
Yang maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mempunyai syaikh, maka syaikhnya adalah syaitan.”

Kata-kata seperti ini diucapkan oleh seorang sufi yang jahil yang mengajak kepada syaikhnya yang jahil, atau diucapkan oleh seorang sufi yang jahil yang mengajak kepada syaikhnya yang berilmu, dan juga diucapkan oleh seorang sufi yang terkeliru, yang tidak mengetahui bagaimana meletakkan kata-kata tersebut pada tempatnya.

Yang dimaksudkan dengan perkataan “barangsiapa yang tidak mempunyai syaikh” ialah barangsiapa yang tidak ada yang mengajarkannya ilmu-ilmu syariat, iaitu orang-orang yang jahil yang tidak belajar dan menolak pengajaran, maka orang yang seperti itu syaikh atau gurunya adalah syaitan. Adapun orang yang berjalan di atas sinaran ilmu, maka imamnya adalah ilmu dan syariat.

Di antara kaedah-kaedah yang disebut oleh Syaikh Zarruq mengenai keperluan murid kepada syaikh, di dalam kitabnya “Qawa’id al-Tasawwuf”, ialah bahawa taqwa tidak berhajat kepada syaikh kerana jelasnya. Beliau berkata, “Orang yang cerdik mencukupi baginya kitab untuk meningkat, tetapi ia tidak selamat daripada kemungkinan kekeliruan dirinya”.

Tetapi Imam Sya’rani berpendapat; kerana pada masa kini terlalu banyak penghalang yang menghalang seseorang untuk beramal dengan ilmunya, maka seseorang murid berhajat kepada seorang syaikh yang mursyid yang dapat menunjukkan jalan atau cara melenyapkan penghalang-penghalang tersebut...

Beliau mensyaratkan pada syaikh yang menjadi penunjuk beberapa syarat yang mesti dipenuhi dengan mengatakan, “Disyaratkan pada syaikh, selain ta’abbud dan wusul, bahawa dia adalah orang yang mendalami ilmu-ilmu syariat yang bermacam-macam jenisnya, ‘arif mengenai usul dan madzhab yang empat serta lain-lainnya, mengenal serta memahami dalil-dalil dan sebab-sebab perselisihan pandangan; dan juga mempunyai ilmu yang mendalam tentang al-Quran, yang diambil daripadanya setiap pandangan”.

Dr Ali Jumu’ah melalui kitabnya “Al Toriq ila Allah” menjelaskan bahawa rukun toriqat ataupun jalan menuju kepada Allah ada tiga perkara iaitu syaikh, murid dan manhaj. Kesemuanya tidak boleh lari daripada penerangan di atas selain daripada tidak bercanggah dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Oleh yang demikian, antara unsur terpenting yang perlu diselidik dalam sesebuah toriqat itu ialah syaikh yang mengemudinya, di samping murid tersebut juga senantiasa berusaha untuk menuntut ilmu-ilmu syariat agar dapat dilakukan pertimbangan.
********

Berbalik kepada persoalan Toriqat al-Dandarawiyah. Terlebih dahulu sukalah saya untuk memperkenalkan siapakah perintisnya.

Menurut buku Mendekati ulama’ dan para wali Allah di Mesir, karangan Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Idrisi Al Linggi, Sayyidi Abul Abbas al-Dandarawi merupakan seorang ahli tasawwuf dan ulama’ yang alim. Beliau terkenal di Makkah pada awal abad ke 20. Beliau memimpin Toriqat Ahmadiah al-Dandarawiyah setelah kematian bapanya iaitu Sayyidi Muhammad Al-Dandarawi pada tahun 1327H bersamaan 1909M. Di Makkah, beliau telah belajar dan melatih murid-muridnya sehinggalah pada satu masa memaksanya keluar dari bumi Makkah. Akhirnya beliau pun keluar dari Makkah dan telah memilih Mesir sebagai tempat tinggal beliau dan pusat untuk pengajiannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1953M.

Sekiranya kita bertanya kepada individu-individu yang terlibat dengan kumpulan ini di Mesir, mereka akan menjawab, “Ini bukannya toriqat, sebaliknya adalah usrah (keluarga)”. Sebutan lain: Usrah Dandarawiyah. Mereka sangat menitikberatkan soal menanamkan rasa cinta dan rindu yang mendalam kepada Rasulullah sollAllahu ‘alaihi wa sallam, dan ahli keluarga baginda melalui bacaan madih dan qosidah yang memuji-muji baginda. Selain daripada itu, mereka turut giat menghidupkan sunnah Rasulullah sollAllahu ‘alaihi wa sallam.

Namun begitu, pengamatan saya secara peribadi yang kebetulan pernah menunaikan solat di masjid yang menempatkan Maqam Sayyidi Abul Abbas al-Dandarawi di Basatin, Kaherah, Mesir, pengikut kumpulan ini akan berzikir dengan wirid tertentu secara jahri dan beramai-ramai selepas solat fardhu. Walhal, majoriti masid di Mesir yang dikumandangkan zikir secara jahri di dalamnya adalah pusat toriqat tertentu. Mengapa saya mendedahkan sebegini? Ini adalah kerana, sebahagian besar umat Islam di Mesir tidak akan berzikir secara jahri dan beramai-ramai selepas solat fardhu.

Justeru itu, saya tidak berani untuk melabelkan Toriqat al-Dandarawi yang ada di Malaysia sebagai benar atau atau sesat. Boleh diikuti atau tidak? Rentetan daripada banyaknya golongan yang menamakan kumpulan mereka sebagai ahli sufi dan toriqat, sedangkan manhaj mereka ada yang terseleweng dan melampau. Walaubagaimanapun, saya masih menaruh harapan mudah-mudahan Toriqat al-Dandarawi yang ditanyakan oleh Lebai TTG termasuk dalam toriqat yang tidak sesat.
wAllahu a’lam.

11 comments:

ZaiDi SuhaiMi GilonG said...

Perjuangan kita mungkin sama mungkin berbeza tetapi keseimbangan dunia dan akhirat menjadi agenda utama agar generasi akan datang akan memahami bagai untuk mengatur susunan kehidupan kearah keharmonian sejagat.

Air Setitik Community said...

Please visit our updated blog at http://airsetitik.tk or http://airsetitik.co.cc. Look forward to having your share of thoughts.

Air Setitik

al malibariiy said...

Salam

Pada pendapat ana, Tariqah Dandarawiyyah lain daripada Usrah Dandarawiyyah.

Pengasas Tariqah Dandarawiyyah adalah Qutb Ar Rawi Sayyid Muhammad bin Ahmad Ad Dandarawi.

Namun ketua Usrah Dandarawiyyah adalah Sidi Amir Fahd (cucu pengasas tariqah Dandarawiyyah). Usrah Dandarwiyyah berfungsi sebagai Brotherhood yang mengabungkan sesiapa sahaja yang bertariqah Muhammadiyyah atau selainnya. Sesuatu brotherhood yang ahlinya tidak exclusively "ambil masrab Ahmadiyyah" tetapi sesiapa sahaja daripada Qadariah, Syaziliyyah, Naqshabandiyyah, eyc boleh join.
Ini yang ana faham daripada berbicara dengan al-Amir pada tahun lepas.

Lihat laman web
www.ahmadiah-idrisiah.com untuk maklumat lanjut. wallahu'alam

Rahim said...

Allahu Akbar Nahnul Muhammadiyuna Walilla hil hamd. Assalamualaikum, ungkapan salam terlebih dahulu saya sampaikan. Di sini, ingin saya clarify-kan once and for all bahawasanya, Usrah Dandarawiyah ini bukanlah sebuah Tariqah. Dan tiada pula sebarang tariqah yg bercabang daripada-nya. Seperti yg dikatakan oleh al malibariiy, Usrah Dandarawiyah adalah sebuah keluarga (usrah) yg diasaskan oleh Sidi Muhammad Dandarawi As-Sultan. Untuk keterangan lanjut, silalah ke lelaman http://alusrahdandarawiyah-sg.com/

Anonymous said...

Menurut apa yang saya tahu,Thariqat Dandarawiyah adalah Thariqat Ahmadiah Idrisiah Al-Syadziliyah...ianya diakui oleh beberapa ulama' mu'tabar nusantara spt. Syaikh Wan Ali Kutan,Syaikh Wan Ahmad Fathani,Tuan Tabal,Syaikh Muhammad Sa'id Linggi,Syaikh Daud Shamsuddin Al-Libadi dan ulama' mutakhir spt Syaikh Muhammad Fu'ad Al-Maliki...waLlahua'lam

khairuddin said...

apa kena mengena al usrah dandarawiyah dgn tariqat sufiah. sidi muhammad dandarawi alahi minaallaahi ridwan mengasas al usrah dandarawiyah dengan seruan nya ALLAHU AKBAR NAHNUL MUHAMMADIYUNA WALILLAH ILHAM, agar semua orang yang mendengar seruan ini agar kembali kepada AL MAKHLUQ AL AKRAM AL KHALUUD AL A'ZHAM AL WALI AL ARHAM AL MU'ALLIM AL A'LAM SYADINA MUHAMMAD SOLAWTULLAHI ALAHI itu saja.

Dandarawi Rizal Al-Ahmadi said...

Tuan-tuan, begini sebenarnya - ana adalah ahli Usrah Dandarawiyah adan juga pengamal tareqah Ahmadiyyah Idrisiah Rasyidiah Dandarawiyah sanad Saiyidi Amir Fadh R.A iaitu anak kepada Saiyidi Abul Abbas R.A dan merupakan cucu kepada Saiyidi Muhammad Ad-Dandarawi R.A.

setakat yang Syeikh ana royat....Usrah Dandarawiah ini adalah sebuah kesatuan yang diasaskan untuk menyatu seluruh umat Islam di bawah Panji dan Zi'amah Baginda Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam. sebab punca penyakit pecah orang Islam pada hari ini adalah kerana mereka semua meninggalkan Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam dari segala aspek kehidupan mereka....Jadi penubuhan Usrah Dandarawiah ini adalah salah satu usaha untuk menyemai kembali benih kecintaan kita kepada Hadrat Baginda Rasulullah Sollollohu Alaihi Wasallam yang telah lama mati.

Usrah Dandarawiah bukan tareqah iaitu sebuah kesatuan. Kebetulan pula Pengasasnya dan para ahli Usrah Dandarawiah adalah Mursyid dan Pengamal tareqah Ahmadiah Idrissiah Rasyidiah Dandarawiah, Untuk mengetahui lebih lanjut Sila berhubung dengan Syeikh Ana yang juga merupakan Wakil Almarhum Saiyidi Syeikh Amir Fadh di Kelantan.

Http://wwww.ahmadiah-idrissiah.co.cc

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t,

di sini saya ingin membuat pencerahan berdasarkan daripada pertemuan saya dengan ikhwan usrah dandarawiyah ketika ihtifal tahunan usrah di basatin,mesir.

usrah dandarawiyah adalah usrah yang menyatukan semua jenis tareqat,parti politik,jemaah-jemaah islam serta termasuk ngo-ngo lain. tak kisahlah tareqat mana sekalipun, semua dijemput menyertai atas dasar memperingati Baginda s.a.w.

sebagai contoh ketika berkenalan dengan ikhwan-ikhwan baru di basatin baru-baru ini, di kiri dan kanan saya, terdapat ikhwan dari tareqat syazuli dan naqsyabandi. malah seorang lelaki di depan saya ketika itu bukan dari tarekat, tetapi cuma mengaku dari parti ikhwan muslimin.

tujuan usrah bagi menyatukan semua umat islam bagi mengelak orang yang bertareqat terlalu mengagungkan syeikh tareqat,yang berparti terlalu mengagungkan matlamat kepartian,dan taksub mazhab. usrah bukanlah bertujuan bagi menghalang ikhwan tareqat daripada tidak menghormati syeikh mereka, tapi sebagai tanda peringatan bahawa Rasulullah s.a.w adalah lebih tertinggi yang semestinya dicintai. tambahan pula barangsiapa yang mencintai baginda s.a.w,sudah tentulah dia mencintai Allah s.w.t.

masyrab usrah menggunakan masyrab tareqat ahmadiah kerana pengasasnya seorang syeikh yang mengikut tareqat ahmadiah,namun ini langsung tak diambil kisah oleh ikhwan dari tareqat lain dengan membaca masyrab yang sama ketika berada di usrah.

namun bukan lah satu paksaan bagi ke atas setiap individu untuk menyertainya jika mereka mempunyai alternatif lain untuk meningkatkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. meskipun kelihatan tidak dikenali ramai di malaysia walaupun daripada bekas pelajar mesir,tetapi usrah dandarawiyah amat dikenali dikalangan negara-negara arab yang lain.

jadi saya amatlah berharap tuan admin dapat mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas supaya ramai pembaca lebih memahami kaitan usrah dengan tareqat, ataupun saya amat berbesar hati jika tuan admin dapat repost semula tambahan pula saya tidak mempunyai blog. saya juga ingin menjemput tuan admin menghadiri majlis-majlis berkaitan usrah kami, contohnya seperti di astana raja di negeri sembilan.

wallahua'lam

Anonymous said...

Tariqat ahmadiah al rashidiah al dandarawiah di sebarkan oleh 2.tokoh ulama Nusantara iaitu sheikh Muhammad Said al linggi N9 Dan sidi azahari bukit abal... Tariqat ini memang telah di iktiraf oleh seluruh ulama dunia.... Antara ulama yg mengamalkan tariqat ini termasuk lah sheikh soleh al jaffari dan sheikh Muhammad alawi al miliki....amir fath telah mengubah tariqat ini kepada al usrah dandarawi yg mana manhaj nyer terkeluar dr konsep tariqat tasawwuf.... Beliau juga mengaku bahawa beliau bukan lah sufi dan bukan wahabi beliau berada di tengah2... Jadi kpd mereka2 yg bertariqat terutamanya tariqat ahmadiah ar rashidiah al dandarawiah perlu lah berhenti dr mengikuti usrah ini kerana manhaj mereka sgt bertentangan dgn prinsip2 tasawuf... Sapa yg nak masuk usrah dandarawi dipersilakan tapi anda bukan lah dikalang ahli tariqat...ini adalah pesanan guru sy iaitu khalifah tariqat ahmadiah ar rashidiah ad dandariwiah asian....

Anonymous said...

Untuk maklumat lanjut mengenai pertentangan di antara usrah dandarawi dan dgn tariqat ahmadiah ar rashidiah al dandarawiah boleh rujuk di http://pondok-rasah.blogspot.com/2011_12_01_archive.html?m=1

Hasan Abd Wahab said...

Tarekat Dandarawiah ni sebenarnya takde. Majlis Tertinggi Sufi dan Syeikh Masyayikh Turuq Sufiyyah tahun 1949 dah batalkan Tarekat Dandarawiah Rasyidiah yang dibawa oleh Sidi Abu al Abbas sebab menyeleweng.
Ada pekeliling tahun 1949 dari Syeikh Masyayikh, Anggota2 Majlis Sufi Mesir membatalkan Dandarawiyyah.