Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

05 October, 2010

Kisah anak derhaka


renungan buat kita semua...

Kisah Anak Derhaka (Kisah Benar 1994) Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah enjin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.
" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. "Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya." RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya." Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar!" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit .
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran,kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " > " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa.
Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, acara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila takin di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. "Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. asib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan Saya."Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " ..lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk selamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga. Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan dibakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

30 September, 2010

Menikah di masjid

Rasanya musim perkahwinan selepas cuti Aidilfitri ini masih lagi berlangsung. Kelmarin dan sehari sebelumnya, saya sempat menyaksikan sendiri di masjid yang sama, dua pasang pengantin baru disatukan. Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana ada kesedaran untuk mendirikan 'masjid' itu di masjid juga.

malangnya..... (ni yg tak best nih)

saya berasa dukacita apabila melihat pengantin dan juga rombongan yang memasuki masjid tidak menunjukkan adab yang tinggi terhadap masjid. Melangkah masuk dengan kaki kiri umpama masuk ke dalam tandas, tanpa membaca doa masuk masjid. Sesudah tiba di dalam dewan solat, langsung sahaja duduk bersila, dan tidak kurang yang sibuk mengambil gambar. Susah sangatkah hendak mendirikan solat sunat tahiyyatul masjid? Gabra barangkali si pengantin sampai terlupa untuk melakukannya. Ahli rombongan pun terlupa juga?

Mujurlah tuan qadi atau imam yang menikahkan mereka tidak lupa tentang adab masuk masjid ini. Alhamdulillah.

Kasihan sungguh. Mengharapkan keberkatan bernikah di rumah Allah , tetapi terlupa yang mereka sedang berada di rumah Allah. Bayangkan ada orang asing masuk ke rumah anda, tanpa mengucapkan salam, masuk dengan kaki kiri dan terus duduk tanpa dipersilakan. Apakah perasaan anda sebagai tuan rumah ketika itu?

Soalan.... selepas bernikah di masjid, adakah si pengantin masih kerap ke masjid?

mudah-mudahan....

soalan berikutnya.... amboi kalau nak menikah, bukan main taat lagi mendengar kata ustaz-ustaz atau tuan imam. Lepas ni, kalau ustaz yang sama berceramah tentang hukum-hakam Islam, agak-agak ... nak dengar lagi tak?

29 September, 2010

remember...

MUTIARA MINDA

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan
ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan
dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin .. walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal
dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang
tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!
Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat .... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM, dan peperiksaan di kolej mahupun universiti, ...
* kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....????

25 September, 2010

Entri pertama di Malaysia


assalamualaikum wbt.

Setelah kian lama menyepi, kini saya kembali menulis di blog ini. Ternyata sepanjang keberadaan saya di Malaysia semenjak 29 Ogos yang lalu sentiasa sendat dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan keluarga. Saat saya menulis ini, saya berada di Sungai Petani, Kedah di rumah ibu mertua saya.

Apa yang hendak dikongsikan kali ini adalah berkenaan peristiwa kelmarin (hari Jumaat), saya telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Jamek Jalan Hatin, Pulau Pinang. Masjid ini terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Perempuan Island, Pulau Pinang iaitu tempat isteri saya bertugas.

Saya terkejut ketika melangkah masuk ke dalam masjid apabila mendapati khatib yang membaca khutbah Jumaat itu berpakaian seragam polis. Rupa-rupanya beliau adalah Ketua Polis Pulau Pinang. Isi khutbah yang disampaikan sangat menarik perhatian saya tatkala khatib adakala membacanya dan adakala diselangi dengan ucapan dari lisannya sendiri secara spontan.

Beliau telah menyentuh tentang isu dakwah, yang mana setiap individu muslim mestilah berperanan dalam usaha amar makruf dan nahi munkar ini. Namun masih perlu diingat bahawa antara faktor keberkesanan dakwah ini turut bergantung kepada penampilan dan akhlak pendakwah itu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang muslim itu sewajarnya membetulkan dahulu dirinya dengan berusaha untuk berakahlak mulia lantas menjadi qudwah ataupun ikutan kepada orang lain.

Isi khutbah yang paling menarik bagi saya, adalah tatkala khatib membicarakan isu bukan muslim yang semakin berani 'mengomplen' dan menafikan hak beribadat kita. Mari kita lihat di masjid-masjid yang bertebaran di seluruh negara. Masjid-masjid yang dibina itu besar, terhias indah namun tidak ramai yang mengimarahkannya. Laungan azan bergema dengan pembesar suara. Begitu juga suara imam kedengaran dengan mikrofon di mulutnya. Akan tetapi apabila diintai ke dalam masjid, rupa-rupanya yang berada di belakang imam hanyalah lima orang sahaja.

Justeru itu, apakah yang perlu menghairankan kita ketika golongan muslim berani bersuara dengan mendakwa bahawa laungan azan yang kuat itu mengganggu ketenteraman mereka, lantas membuat kita melenting dan marah terhadap non-muslim ini? Sedangkan kita sendiri yang tidak memenuhkan masjid itu dengan solat berjemaah.

Cuba bayangkan sekiranya setiap kali azan dikumandangkan, berpusu-pusu umat Islam menuju ke masjid untuk mendirikan solat secara berjemaah dan bilangannya sangat ramai seumpama Jumaat ketika ini, adakah wujud golongan bukan muslim yang berani untuk komen itu dan ini? Pasti mereka akan menghormati kita, dan tidak akan berkata yang bukan-bukan.

Begitu juga dengan mereka yang memang sering ke masjid. Jika mereka merasakan itu adalah suatu jaminan untuk membolehkan mereka mencapai syurga di akhirat sana, mengapa hanya bersendirian menuju ke masjid? Adakah dia hendak masuk syurga seorang diri tanpa mengajak ahli keluarga untuk bersamanya?

Semua teguran dan saranan daripada khatib Jumaat kali ini, benar-benar mengenakan batang hidung saya. "tak sangka betul, ketua polis ini ... boleh tahan" "oh alangkah baik, jika ramai lagi pimpinan daripada pelbagai sektor memberikan contoh yang baik seperti ini, mudah-mudahan khutbah Jumaat bukannya masa untuk 'tidur qailulah' sebaliknya adalah masa untuk mendengar peringatan yang benar-benar memberikan pengajaran berharga.