Ibnu Umar(ra) meriwayatkan
bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur.
"
Betapa besarnya kurnia Allah
ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa
pun diganjari dengan banyaknya. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan
bersahur dan ganjaran-ganjarannya juga dinyatakan.
Pengulas Sahih Bukhari, Allamah Aini telah
menukilkan kelebihan bersahur daripada tujuh belas orang sahabat yang berlainan
dan kesemua ulama bersetuju bahawa bersahur adalah mustahab (disukai).
Kebanyakan orang sering terlepas daripada ganjaran besar ini semata-mata kerana
kemalasan mereka. Setengahnya sudah tarawih, mereka lantas makan (yang disangka
mereka itulah makanan sahur) lalu pergi tidur. Betapa besarnya berkat yang
telah mereka rugi !
Pengarang Tafsir al KasySyaff
(Zamakhsyari) telah membahagikan malam kepada enam bahagian, dan
menunjukkan bahagian yang terakhir adalah waktu sahur. Oleh itu, apabila malam
(iaitu setelah matahari terbenam sehingga subuh) mengambil masa sebelas atau
dua belas jam, maka dua jam yang terakhir adalah waktu yang tepat untuk
bersahur. Maka hendaklah diingat juga bahawa mengambil makanan pada waktu yang
paling lewat terlebih besar ganjarannya daripada makan pada waktu awal dengan
syarat tidak ada keraguan bahawa makanan sahur telah diambil sebelum subuh.
Banyak sekali hadis-hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersahur.
Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita
lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah
terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak
melakukannya." Baginda bersabda lagi: "Bersahurlah kerana di dalamnya
terdapat berkat yang besar, dan lagi, terdapat keberkatan di dalam tiga perkara
iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "
Di dalam hadis ini,
penggunaan perkataan jamaah adalah bersifat umum, yang mana dapat disimpulkan
bahawa ia termasuk solat berjamaah dan lain-lain amalan kebaikan yang dilakukan
secara berjamaah kerana pertolongan Allah datang kepada mereka. Tharid adalah
sejenis makanan yang enak yang diperbuat daripada roti bakar yang dimasak
bersama daging. Perkara ketiga yang disebutkan di dalam hadis ini ialah sahur.
Apabila Rasulullah (saw) mengundang mana-mana sahabatnya untuk makan sahur
bersama-samanya, baginda selalu bersabda: "Marilah
mengambil makanan yang berkat ini bersama-samaku."
Di dalam sebuah hadis
dinyatakan bahawa: "Bersahurlah dan
perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (qailulah) untuk membantumu
bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "
Abdullah
bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi
Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw)
bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan
No comments:
Post a Comment