Allah
merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah
ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya.
Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan
mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan
ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.
Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga
mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila
nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan
tentang mati dan keseksaannya, maka
sabda Baginda: Sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika
kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma
sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula
ditetak dengan tiga ratus tetakan.
Bayangkanlah
sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,pastinya sakit tidak
tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat
sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini
cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih
sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk
meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan
beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya:- Sebelum tidur: 1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke
atas Nabi 3) Membaca tasbih
Amalan
harian: 1) Sentiasa membaca
Al-Quran 2) Memelihara solat terutama
solat fardu 3) Menghormati (jangan
bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca
tasbih 5) Membanyakkan sedekah 6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang
perlu dijauhi: 1) Dusta 2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing
berdiri
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersucilah kamu sekalian dari buang air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air
kecil."
Pada suatu hari
malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul
maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan
ini dilakukan, kerana Nabi Idris as ingin mengetahui kesakitan sakaratul maut
agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada
malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan meninggalkannya
ketika itu juga. Malaikatul maut menangis
dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris
lalu dimakbulkan Allah.
Setelah didapati
Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku,
bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam
keadaan hidup-hidup, maka
rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000
kali sakitnya."
Kata malaikat
maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus
mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang
pun."
Diriwayatkan
lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati
dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya
engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang
mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang
yang telah mati seperti zaman yang awal dulu."
Kata Nabi Isa
as: "Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin
Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke
kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam
bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi
Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah
mendengar panggilanmu dan saya mengira
hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih
seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah
berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun
lalu, dan belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."
Semoga kita
dapat hayati dan sampaikan. Insya Allah
No comments:
Post a Comment