Umat Nabi Musa a.s sangat ramai dan panjang pula umur mereka. Di antara mereka ada yang kaya dan ada juga yang miskin.
Pada suatu hari salah seorang pengikut baginda yang miskin dengan pakaian yang lusuh dan compang-camping datang menemuinya dan berkata, “Wahai Nabi Allah, yang telah bercakap dengan Allah, tolong sampaikan permintaanku kepada Tuhanmu agar dijadikannya aku ini orang yang kaya”. Sambil tersenyum Nabi Musa menjawab, “Banyakkanlah bersyukur”. Lalu si miskin itu pun terkejut dan menjawab, “Bagaimana aku hendak bersyukur, sedangkan hendak makan pun jarang? Pakaianku pula hanya sehelai yang ada di badan ini”. Maka pulanglah dia dalam keadaan kesal dan tidak berjaya mendapatkan apa yang diinginkan.
(sekadar gambar hiasan)
Tidak lama kemudian, datang pula seorang pengikut Nabi Musa yang kaya dengan penampilan yang bersih dan menarik seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah pohon kepada Allah supaya dijadikannya aku ini orang yang miskin. Ini adalah kerana, kadangkala hartaku ini mengganggu aku”. Nabi Musa lalu berpesan, “Janganlah kamu bersyukur”. Dengan rasa hairan, si kaya itu pun berkata, “Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur? Walhal Tuhan telah mengurniakan aku mata yang dengannya aku dapat melihat, telinga agar aku boleh mendengar, tangan yang membolehkan aku bekerja dan kaki yang dengannya aku mampu berjalan, maka apakah patut aku tidak bersyukur?”.
Kesudahannya, si kaya itu bertambah kaya-raya kerana dia selalu bersyukur kepada Allah s.w.t. Manakala si miskin pula semakin fakir, lantaran sikapnya yang tidak mahu bersyukur. Akhirnya apa yang ada di badannya juga telah lesap.
2 comments:
salam.
ouhh.mula2 bace.xberapa faham.
turut keliru.
setelah d fikirkan beberapa kali.
barulah saye faham.
terima kasih kerana ingatkan saya.
saye bersyukur dgn ape yg telah allah beri kepade saye.
saye cume perlukan pertolongan allah s.w.t. untuk menduduki spm pada tahun ini.
serta, sy mahu memohon allah s.w.t. supaye menghindari sy dari kemalasan.
insyaAllah.sy mahu berusaha keras.
wlaupun kerap d marahi guru.
insyaAllah.saye kan cube perbaiki apa yg sy salah.
doakn sy semuga sy berjaya.
aminnn.;]
Post a Comment