Saya ingin berpesan kepada diri sendiri sekiranya saya menduduki peperiksaan pada masa-masa mendatang, mudah-mudahan ilmu yang saya perolehi dan hafaz ketika muraja’ah sempena peperiksaan itu akan ‘lekat’ dalam benak pemikiran saya, lalu diterjemahkan dalam kehidupan.
Apalah ertinya, saya bersengkang mata demi mengingat fakta-fakta penting yang kemungkinan akan ditanya dalam peperiksaan, namun setelah usai peperiksaan, saya lupakan segala-galanya. Apa lagi yang tinggal? Masih adakah lagi ilmu itu dalam dada saya?
Apa sebenarnya yang diperlukan daripada 'palapes' pimpinan negara ini? Sijilnya atau ilmunya? Benarkah sijil itu merupakan tali ukur keilmuan seseorang individu? Berilmukah saya yang telah memiliki ijazah sarjana muda ini?
Apakah sebenarnya timbangan hakiki untuk menilai tahap keilmuan seseorang? Bagaimanakah bentuk piawaiannya?
Sama-sama kita renungkan.
(mungkin entri saya yang bertajuk “Aneh bin ajaib!” pada bulan Mei 2008, boleh membantu memberikan sedikit jawapannya)
Selamat menjalani peperiksaan, semoga kejayaan menjadi kenyataan.
Selamat menjalani peperiksaan, semoga kejayaan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment