Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

26 February, 2010

Nabi Muhammad SAW tidak maksum?

Ayat Al-Quran yang famous:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi; wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Al-Ahzab: 56)

Ada orang pernah mempertikaikan kenapa perlu berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, sedangkan baginda sudah berada dalam keadaan yang tinggi dan terpuji? Adakah ini bermakna baginda masih lagi rendah kedudukannya, sehingga berhajat kepada selawat daripada para pengikutnya?

Maka perlu dijelaskan di sini bahawa, kita jangan tengok suatu kalimat itu dari sudut makna lughowi (bahasa) sahaja. Dalam hal ini, kita bukan hanya mendoakan nabi, bahkan kita mendoakan diri sendiri. Banyak hadith-hadith galakan nabi dan ganjaran pahala untuk mereka yang berselawat. Ini bermakna, semua itu faedahnya kembali kepada diri sendiri.

Kita berselawat kepada nabi, bukan bermakna nabi belum sempurna atau tidak maksum. Sebenarnya kita yang perlukan selawat itu, kerana nabi memang sudah tinggi.

Terdapat perbezaan makna yang tersirat di sebalik perkataan الصلاة (selawat) itu daripada siapa yang mengucapkannya.

Pertama: as-solah daripada Allah bermaksud رحمة (pengampunan)
Kedua: as-solah daripada malaikat bermaksud استغفار (mohonkan keampunan).
Ketiga: as-solah daripada manusia bermaksud التضرع والدعاء (merendahkan diri dan memohon doa kepada Allah SWT)

Perbezaan di antara تواضع dan تضرع ; tawadu' adalah menjauhkan diri dari sifat takbur dan sombong. Individu berkenaan cuba untuk merendahkan diri apabila dipuji atau dipandang tinggi.

Manakala tadharru' pula adalah yang berkenaan memang merendahkan diri pada tempat yang sepatutnya, terutama sekali kepada Allah SWT.

wALlahu a'lam.

Salam MAulidur Rasul SAW
bersama sahabat saya Hj. Dzulkifli, setelah kami selesai menunaikan ibadah haji pada tahun 2007M / 1428H

23 January, 2010

Pelita Hati


PELITA HATI
Dalam Perjalanan Rohani
Dunia ini ibarat lautan yang dalam, ketenangannya kadangkala susah direnangi, geloranya kadangkala susah untuk dilalui, bahkan gelombangnya membuatkan kita karam dan tenggelam. Pelayaran yang tanpa kemudi atau laluan, jangan bermimpi untuk sampai ke pulau impian. Cuma bagi mereka yang telah mengetahuinya sifatnya duniawi, ombak dan badai hanyalah sebagai hiburan sebab semua pembekalan sudah disiapkan.
Sebenarnya di dunia ini lebih mudah untuk berbuat kebaikan daripada kejahatan. Tetapi manusia lebih condong hatinya untuk berbuat kejahatan dari kebaikan. Hal ini disebabkan umur manusia lebih muda dari umur syaitan, nafsu lebih tua daripada akal, sedangkan manusia terkepung dari berbagai penjuru, kiri syaitan, di kanan nafsu, di belakang hawa, di muka dunia. Oleh kerana itu tubuh dan roh berada dalam kekotoran, cuma bagi mereka yang menemukan pelita hati dalam perjalanan rohani akan naik ke darjat tingkat ketaqwaan serta masuk Syurga dengan penuh kedamaian.
Matlamat terakhir dari perjalanan kehidupan adalah kesucian rohani seorang insan. Rohani yang suci adalah rohani yang bersih dari debu-debu kekejian dan terhindar dari segala macam rayuan yang menyesatkan.
Kesucian rohani itu akan mudah dimiliki apabila seseorang itu selalu ingat dengan perjanjiannya kepada Tuhan, menghitung-hitung diri sebelum kembali, teguh dalam menghadapi badai cubaan dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan.
Apabila semua itu telah dimiliki bererti bahtera sudah sampai ke pulau tujuan, langkah kaki dan ayunan tangan sudah terhenti pada suatu kebahagiaan yang hakiki.

16 January, 2010

Peperiksaan Dunia VS Peperiksaan Akhirat


-Peperiksaan bagi pelajar atau mahasiswa dan ujian bagi manusia biasa sejak lahir hingga pulang ke sana, umumnya adalah bersifat sama
-Bersifat sukar, mencabar dan menguji akal dan kepintaran
-Sangat perlu kepada bekalan dan pergantungan kepada Allah
-Waktu sedang mengalaminya tidak boleh mengharapkan bantuan sesiapa melainkan diri sendiri dan Allah Taala
-Baik dari segi luaran dan dalaman perlu kuat!!!
-Jangan cepat mengalah dan akhirnya tidak sanggup teruskan.."A step at a time will get you there"
-Manis bila berjaya setelah berpenat lelah, tapi jika sebaliknya jika tidak
-Berdebar menanti keputusan
-Perlu ditelan walaupun pahit

"macamana eek.. keputusan kita di akhirat nanti...."

Ada masa, baca lagi:
http://sobahicairo.blogspot.com/2008/07/soalan-peperiksaan-bocor.html

13 January, 2010

Yang Tersirat Di Sebalik 4

YANG TERSIRAT DI SEBALIK 4..
"4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
"