Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

27 February, 2013

NIAT PADA SETIAP AMALAN



عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه ) رواه البخاري ومسلم في صحيحهما .


Maksudnya :
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: Setiap amalan itu mestilah dengan niat, sesungguhnya bagi setiap amalan seseorang itu apa yang diniatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah s.w.t. dan rasulNya, maka hijrahnya itu untuk Allah s.w.t. dan rasulNya, dan sesiapa berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau pun wanita untuk dikahwininya maka hijrah itu adalah untuk apa yang dihijrahkannya itu.

Perawi Hadis

عمر بن الخطاب بن نفيل بن عبد العزى العدوي القرشي، أبو حفص
Nabi s.a.w. menggelarkannya الفاروق.

Khalifah Islam yang kedua dan orang pertama digelar أمير المؤمنين

Pada zaman jahiliah, beliau seorang panglima dan termasuk di kalangan orang-orang kenamaan. Memeluk Islam lima tahun sebelum hijrah. Orang pertama menggunakan tarikh hijrah.
Pada zaman pemerintahannya berlaku pembukaan Syam, Iraq, Quds, Madain, Mesir, Khurasan, Sajistan dan Qubrus.
Antara sifat wara’nya ialah kata-kata: “Orang yang paling aku kasihi ialah orang yang menghadiahkan kepada ku keaibanku”.
Beliau meninggal dunia pada pagi hari Rabu 25 Dzulhijjah ketika menjadi Imam solat subuh. Ia dibunuh oleh Abu Lu’lu’ Fairuz al-Farisi hamba kepada al-Mughirah b. Syu’bah.
Kata Abu Bakar r.a. bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda: “Tidak terbit matahari di atas seorang pun yang lebih baik daripada Umar”.

Kedudukan Hadis

Hadis ini adalah hadis sahih yang telah disepakati kesahihannya, juga telah disepakati ketinggian kedudukannya. Ia adalah salah satu hadis yang mana, asas Islam beredar di atasnya. Ulamak salaf dan khalaf menggalakkan pembukaan setiap karangan dengannya. Sebagai peringatan kepada pembaca, betapa pentingnya niat yang betul. Kata Imam Abu Said Abdur Rahman b. Mahdi: “Sesiapa yang mahu mengarang hendaklah ia mulai dengan hadis ini”.

Sebab Timbul Hadis

Al-Tabrani menyebut dengan sanadnya yang ثقة daripada Ibn Mas’ud r.a. berkata: Ada di kalangan kami seorang pemuda yang telah meminang seorang wanita yang dipanggil Ummu Qais, ia enggan mengahwini pemuda itu kecuali setelah ia (pemuda) itu berhijrah. Lalu ia berhijrah dan mengahwini wanita itu”.

Huraian Hadis

Ulamak telah sepakat bahawa niat dimestikan dalam setiap amalan agar dapat pahala. Mereka bercanggah pandangan dalam meletakkan niat sebagai syarat sahnya sesuatu amalan.

 الشافعية menetapkan niat menjadi syarat dalam perkara وسائل (perantaraan) seperti wudhu’ dan juga perkara مقاصد (matlamat) seperti solat.

Al-Hanafiyyah pula menetapkan niat hanya menjadi syarat pada maqasid tidak pada wasail. Firman Allah s.w.t. :


Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Surah Al-Baiyinah:5)

Tempat niat ialah hati dan tidak semestinya ada تلفّظ. Manakala waktu niat ialah permulaan setiap amalan.

Daripada hadis ini keluarlah satu kaedah feqah yang sangat penting iaitu الأمور بمقاصدها

Kaedah ini merupakan kaedah yang banyak manfaatnya dan meliputi seluruh bidang keilmuan. Kesempurnaan amalan بدنية dan مالية (harta), hati dan anggota bergantung kepada niat. Kerosakan amalan tersebut juga bergantung kepada kerosakan niat.

Apakah itu niat?

Niat dari segi bahasa ialah قصد dan kehendak. Dari segi istilahnya ialah : Mengqasadkan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan melakukan sesuatu amalan atau meninggalkannya.

Yang dimaksudkan dengan kaedah yang dinyatakan di atas ialah: Segala amalan mukallaf dan tindakannya sama ada perkataan atau perbuatan adalah berbeza natijah dan hukum yang dikenakan ke atasnya dengan berbezanya qasad.

Sebagai contoh, seorang yang membunuh orang lain tanpa keizinan syara’ dan dia sengaja, ia dikenakan hukuman bunuh. Sekiranya ia tidak sengaja, ia dikenakan hukuman yang lain. Kedua-dua perbuatan ini sama iaitu ‘membunuh’ tetapi berbeza pada niat, maka hukuman dikenakan mengikut ketetapan yang sesuai dengan niatnya.

Contoh kedua, sesiapa yang memungut barang yang tercicir dengan niat barang tersebut untuk dirinya sendiri, maka ia dikira perampas. Sekiranya barang itu rosak di tangannya (di bawah jagaannya) ia mesti membayar ganti rugi barang tersebut. Sekiranya seseorang itu memungut sesuatu barang dengan niat untuk menjaganya dan mencari tuannya, maka ia dikira pemegang amanah. Sekiranya barang itu rosak ia tidak perlu membayar ganti rugi, kecuali jika ia cuai ketika menjaganya.

Niat yang dimaksudkan oleh fuqaha’ di sini ada dua bentuk:

1) Membezakan ibadat daripada adat, contoh: Seseorang yang meninggalkan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa kerana semata-mata keinginan atau perubatan atau tanpa sebab, maka di sini dikira sebagai adat. Sekiranya dia berbuat demikian kerana mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. maka perbuatan itu dikira ibadat.

Begitu juga bagi orang yang duduk dalam masjid. Duduk kerana berehat atau i’tikaf, berehat sekadar adat, manakala i‘tikaf adalah ibadat. Contoh yang lain, seseorang memberi harta kepada orang lain, menjadi adat dengan cara memberi hadiah, jual beli atau kerana dunia. Namun, ia menjadi ibadat dengan cara zakat dan sedekah.

2)      Membezakan Ibadat dengan ibadat yang lain.  Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kadang kala melalui melalui fardu seperti solat lima waktu, kadang kala melalui amalan sunat seperti solat sunat. Maka niatlah yang membezakan antara kedua-dua jenis amalan ini. Contohnya, seorang pergi ke masjid untuk solat asar dan dia belum lagi solat zohor, orang lain semuanya solat zohor. Dia tidak tahu waktu itu waktu zohor sehinggalah selesai solat. Kita katakan padanya: “Kamu kena solat semula kerana solat zohor tidak sah kecuali dengan niat solat zohor, sedangkan kamu niat solat asar”.

Ibadah yang Tidak disyaratkan Niat

Sebagaimana yang kita tahu niat diperlukan untuk membezakan antara adat dengan ibadat dan antara satu ibadat dengan ibadat yang lain. Ada juga ibadat-ibadat yang jelas tiada kekeliruan padanya, seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Sekiranya melakukan perkara sebegini dengan menghadirkan niat di dalam hati adalah lebih baik dan afdhal.

Niat Ibadat dalam Adat

Perkara yang مباح boleh menjadi ibadat dan diberi pahala dengan niat, apabila diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Seperti makan, minum, mandi, kahwin apabila diqasadkan mengikut sunnah, menghasilkan anak yang salih, membanyakkan umat dan sebagainya.

Syarat-syarat Niat

Oleh kerana niat adalah ibadat, maka sudah tentu ia mempunyai syarat-syaratnya:
1)      Islam: Niat adalah ibadah, ibadah tidak diterima melainkan dari seorang muslim. Tidak sah niat orang kafir kerana ia tidak mempunyai syarat penerimaan ibadah iaitu beriman kepada Allah s.w.t.

2)      تمييز: tidak sah ibadat kanak-kanak yang belum mumaiyiz dan orang gila.

Kanak-kanak yang mumaiyiz ialah yang mempunyai akal yang boleh membezakan perkara elok daripada yang buruk, yang baik daripada yang jahat dan yang berguna daripada yang tidak berguna.

3)      Mengetahui apa yang diniatkan : Iaitu mengetahui hukum apa yang diniatnya sama ada fardu atau sunat, ibadah atau bukan ibadah.

Ulamak mengecualikan kes إحرام مُبهم seperti kata-kata : Aku berihram sama dengan ihram si Zaid, sedangkan dia tidak tahu jenis ihram Zaid. Ini berdasarkan kes Saidina Ali r.a. yang berihram sebagaimana ihram Rasullullah s.a.w. dan Rasullullah s.a.w. memperakuinya.

Sekiranya seorang penjual berkata: “Aku menjual kepada engkau apa yang dijual oleh Ahmad”. Ini tidak sah.

4)      Tiada penafian antara niat dengan tempat niat. Yang dimaksudkan dengan penafian ialah perkara luar yang tiada kaitan dengan niat.

Contohnya, siapa yang berniat puasa pada malamnya, kemudian ia membatalkan niatnya sebelum fajar maka tidak sah puasanya, kecualilah ia memperbaharui niat sebelum fajar. Sebaliknya, orang yang berniat puasa dan kemudian makan sebelum terbit fajar, puasanya sah kerana makan bukan lawan niat puasa.

Contoh lain, orang yang tidak pasti pada asal niatnya. Orang yang puasa pada hari syak, dia berniat sekiranya bukan Ramadhan ia tidak puasa dan sebaliknya jika termasuk Ramadhan ia berpuasa, di sini puasanya tidak sah kerana tiada kepastian.


Adakah disyaratkan niat ketika meninggalkan perkara terlarang?

Meninggalkan perkara yang dilarang tidak perlu kepada niat untuk keluar daripada larangan Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak berzina, tidak minum arak atau tidak mencuri adalah dikira tidak melakukan perkara tersebut walau pun mereka tidak berniat. Tetapi adakah mereka diberi pahala kerana meninggalkan perkara terlarang tersebut? Jawapannya ialah, bergantung kepada niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dalam melakukan amalan atau meninggalkannya. Sesiapa yang meninggalkan maksiat tanpa niat untuk meninggalkannya atau kerana tiada kekuatan dan peluang melakukannya, maka ia tiada pahala di sini. 

Sebaliknya, jika ia mampu melakukannya dan peluang juga terhidang depan mata, serta nafsu memujuk melakukannya, tetapi dia bertahan dan tidak melakukannya kerana taatkan Allah s.w.t. dan takutkan azabNya, maka di sini ia diberi pahala.

Begitu juga kepada perkara yang makruh, seseorang tidak diberi pahala kerana sekarang ini orang tersebut tidak melakukannya. Sebaliknya ia diberi pahala sekiranya ia meninggalkan perkara makruh itu kerana Allah s.w.t. dan tidak mahu mengganggu orang ramai kerana baunya, seperti makan petai, budu dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu ulamak khilaf pandangan berhubung dengan pensyaratan niat ketika menghilangkan najis. Pandangan yang betul ialah tidak disyaratkan niat. Sekiranya seseorang itu menyidai pakaiannya yang ada najis pada tali, kemudian turun hujan lalu hilang najis tersebut. Hukumnya, pakaian itu sudah bersih walau pun tiada niat.

لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية وإذا استنفرتم فانفروا


Maksudnya :
Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Makkah, yang masih ada ialah jihad dan niat, sekiranya kamu dipilih untuk berjihad maka bergeraklah kamu.

Huraian Hadis

Tiada lagi hijrah daripada Makkah selepas pumbukaannya kerana ia telah menjadi negeri Islam. Yang masih ada ialah hijrah daripada دار الحرب ke دار الإسلام. Walau pun begitu kebaikan atau pahala boleh lagi dicari dengan berjihad dan niat yang baik.


kredit untuk:      banggol_25@yahoo.com

25 February, 2013

5 bulan sahaja ?

If Allah was to grant you 70 years of your life...
You would spend:

24 years sleeping
                                   14 years working
                                                              8 years in amusement
                                                                                                   6 years at the dinner table
5 years in transportation                                            4 years in conversation                                                                                    3 years in education
                                                                                                                                 3 years reading 3 years watching television
                                                       If you prayed 5 Times every day,
                                              you would be giving Allah 5 months of your life.
Can't we give 5 months out of 70 years? 

                                                              Let's all give Allah a minimum of                                                                     5 months of our lives!  (try)
 

02 January, 2013

Buat Adam dan Hawa yang mencari CINTA




Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita kan ada adat merisik.. ? salah ke merisik..? tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih..hmm..
untuk adam.. andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu... (tanpa niat hendak memburukkan mereka yang berpurdah) , tapi lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik.. (ataupun berlapik sekalipun – maksudnya ketika bergurau senda) fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami, matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suaminya..

untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

~lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dalam hatinya..??siapa yang tahu..
Apa-apa pun, lihatlah pada AKHLAKNYA
 sekadar renungan bersama..^^

21 October, 2012

Ubah Gaya Hidup ??



Ini sebuah cerita lama, tetapi kadang-kadang ia masih berlaku.

 Selaras dengan seruan Memanda Menteri supaya rakyat ubah gaya hidup bagi menampung kesan kenaikan minyak , berikut diberikan beberapa panduan kepada pelbagai lapisan golongan masyarakat daripada golongan rakyat ke pemimpin rakyat, daripada golongan miskin ke golongan kaya untuk mereka ubah gaya hidup mereka.

Jika sebelum ini kita kerap makan luar, amalkanlah makan dirumah. Jikalau tiada masa untuk memasak, pastikan mempunyai stok mi segera yang banyak. Tapi kalau orang yang memang tidak pernah makan luar yang duit belanja dapur hanya cukup untuk makan dirumah , macam mana mereka hendak ubah gaya hidup mereka ?

Jika sebelum ini kita menghantar anak ke sekolah dengan kereta kita, hanya anak kita seorang, maka sekarang kita berpakatlah dengan jiran-jiran untuk bergilir-gilir menghantar anak-anak ke sekolah. Tapi kalau sekarang pun sudah ramai anak jiran yang menumpang kereta kita, macamana kita hendak ubah gaya hidup ?


Jika sebelum ini kita menaiki kereta ke tempat kerja, maka usahakanlah untuk menaiki motosikal. Tapi kalau kita memang dari dulu naik motosikal bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap melancong ke luar negara, maka mulai sekarang melanconglah di dalam negara. Tapi kalau kita memang tidak pernah pergi melancong  mana-mana hanya balik beraya di kampung, bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini anak kita bawa wang saku sebanyak RM 1 – RM 5 ke sekolah untuk membeli makanan, maka mulai sekarang buatkanlah bekal untuk anak-anak kita. Tapi kalau anak-anak kita dari dulu lagi kita sudah bekalkan makanan mereka ke sekolah kerana tidak mampu beri wang saku , bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap menonton wayang, berhibur, maka mulai sekarang duduklah sahaja berhibur di rumah, menonton televisyen, bermain dengan anak-anak. Tapi kalau memang dari dulu kita berhibur dengan menonton televisyen di rumah dan bermain dengan anak-anak, bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap membeli pakaian baru hampir setiap bulan, maka mulai sekarang belilah pakaian baru setahun sekali masa Hari Raya sahaja. Tapi kalau kita sekarang pun membeli pakaian baru apabila pakaian lama sudah koyak atau lusuh bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita merokok sekotak dua kotak sehari , maka mulai sekarang hisaplah sekotak atau dua kotak seminggu atau berhenti terus. Tapi kalau kita dari dulu pun tidak hisap rokok bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Banyak lagi contoh yang boleh dibawa di sini, cuma tak mampu hendak menulisnya.

Kesimpulannya, orang yang hidup mewah, orang yang berada, buat apa mereka nak susah-susah untuk ubah gaya hidup mereka kerana mereka masih mampu untuk berbelanja walaupun minyak naik lebih 30 sen seliter.
 
 Orang yang sederhana hidupnya dan berjimat cermat mungkin masih dapat bertahan.

Orang yang susah yang tidak boleh lagi ubah gaya hidup mereka hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar atau menadah tangan untuk mengemis. Takutilah doa-doa golongan yang sebegini.

 
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"