Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

02 January, 2013

Buat Adam dan Hawa yang mencari CINTA




Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita kan ada adat merisik.. ? salah ke merisik..? tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih..hmm..
untuk adam.. andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu... (tanpa niat hendak memburukkan mereka yang berpurdah) , tapi lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik.. (ataupun berlapik sekalipun – maksudnya ketika bergurau senda) fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami, matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suaminya..

untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

~lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dalam hatinya..??siapa yang tahu..
Apa-apa pun, lihatlah pada AKHLAKNYA
 sekadar renungan bersama..^^

21 October, 2012

Ubah Gaya Hidup ??



Ini sebuah cerita lama, tetapi kadang-kadang ia masih berlaku.

 Selaras dengan seruan Memanda Menteri supaya rakyat ubah gaya hidup bagi menampung kesan kenaikan minyak , berikut diberikan beberapa panduan kepada pelbagai lapisan golongan masyarakat daripada golongan rakyat ke pemimpin rakyat, daripada golongan miskin ke golongan kaya untuk mereka ubah gaya hidup mereka.

Jika sebelum ini kita kerap makan luar, amalkanlah makan dirumah. Jikalau tiada masa untuk memasak, pastikan mempunyai stok mi segera yang banyak. Tapi kalau orang yang memang tidak pernah makan luar yang duit belanja dapur hanya cukup untuk makan dirumah , macam mana mereka hendak ubah gaya hidup mereka ?

Jika sebelum ini kita menghantar anak ke sekolah dengan kereta kita, hanya anak kita seorang, maka sekarang kita berpakatlah dengan jiran-jiran untuk bergilir-gilir menghantar anak-anak ke sekolah. Tapi kalau sekarang pun sudah ramai anak jiran yang menumpang kereta kita, macamana kita hendak ubah gaya hidup ?


Jika sebelum ini kita menaiki kereta ke tempat kerja, maka usahakanlah untuk menaiki motosikal. Tapi kalau kita memang dari dulu naik motosikal bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap melancong ke luar negara, maka mulai sekarang melanconglah di dalam negara. Tapi kalau kita memang tidak pernah pergi melancong  mana-mana hanya balik beraya di kampung, bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini anak kita bawa wang saku sebanyak RM 1 – RM 5 ke sekolah untuk membeli makanan, maka mulai sekarang buatkanlah bekal untuk anak-anak kita. Tapi kalau anak-anak kita dari dulu lagi kita sudah bekalkan makanan mereka ke sekolah kerana tidak mampu beri wang saku , bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap menonton wayang, berhibur, maka mulai sekarang duduklah sahaja berhibur di rumah, menonton televisyen, bermain dengan anak-anak. Tapi kalau memang dari dulu kita berhibur dengan menonton televisyen di rumah dan bermain dengan anak-anak, bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita kerap membeli pakaian baru hampir setiap bulan, maka mulai sekarang belilah pakaian baru setahun sekali masa Hari Raya sahaja. Tapi kalau kita sekarang pun membeli pakaian baru apabila pakaian lama sudah koyak atau lusuh bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Jika sebelum ini kita merokok sekotak dua kotak sehari , maka mulai sekarang hisaplah sekotak atau dua kotak seminggu atau berhenti terus. Tapi kalau kita dari dulu pun tidak hisap rokok bagaimana kita hendak ubah gaya hidup ?

Banyak lagi contoh yang boleh dibawa di sini, cuma tak mampu hendak menulisnya.

Kesimpulannya, orang yang hidup mewah, orang yang berada, buat apa mereka nak susah-susah untuk ubah gaya hidup mereka kerana mereka masih mampu untuk berbelanja walaupun minyak naik lebih 30 sen seliter.
 
 Orang yang sederhana hidupnya dan berjimat cermat mungkin masih dapat bertahan.

Orang yang susah yang tidak boleh lagi ubah gaya hidup mereka hanya mampu menadah tangan dan berdoa agar atau menadah tangan untuk mengemis. Takutilah doa-doa golongan yang sebegini.

 
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"

27 September, 2012

PERBEZAAN DI ANTARA AL-QURAN DAN HADITH QUDSI.




1- Al-Quran adalah Kalam Allah swt diwahyukan kepada Rasulullah saw dengan lafazNya sendiri, mencabar orang-orang Arab, dan mereka tidak mampu mendatangkan seumpamanya ataupun dengan 10 surah sepertinya atau dengan 1surah sahaja dan cabaran ini masih berterusan. Maka ia adalah mu'jizat yang kekal sampai Hari Qiamat.
Manakala hadith Qudsi tidak mencabar ataupun melemahkan pihak lawan.
2- Al-Quran tidak dinisbahkan kepada sesiapa melainkan kepada Allah Ta'ala sahaja. Maka dikatakan : Allah swt telah berkata (berfirman).
Sedangkan hadith Qudsi kadang-kadang diriwayatkan dan disandarkan kepada Allah dan nisbah ini disebut " nisbah insyaa' ". Kadang-kadang diriwayatkan dan disandarkan kepada Rasulullah saw, dan nisbah ini disebut "nisbah ikhbaar" sebab baginda adalah pengkhabar dari Allah swt. Maka dikatakan : Rasulullah saw bersabda sepertimana yang diriwayatkan dari Tuhannya....

3- Al-Quran secara keseluruhannya diambil secara Tawatir, maka ia adalah   قطعيّ الثبوت (ketetapan yang pasti/ putus). Manakala hadith Qudsi kebanyakannya adalah   آحاد.  Maka ia adalah  ظنّيّ الثبوت (ketetapan yang bersifat zhon)
Bahkan ada hadith Qudsi yang sohih, hasan dan dhoif.

4- Al-Quran adalah benar-benar dari Allah secara lafaz dan makna (isi kandungan / mesej). Maka ia adalah wahyu dengan lafaz dan makna.
Hadith Qudsi, maknanya dari Allah dan lafaznya dari Rasulullah saw. Maka ia adalah wahyu dengan makna bukan lafaz. Oleh itu, para ulama' hadith berpendapat, harus meriwayatkan hadith ini dengan makna (isi kandungan).

5- Membaca al-Quran dikira ibadat, boleh dibaca ketika solat. "Maka bacalah (dalam solat) apa-apa yang mudah daripada al-Quran" - al-Muzzammil: 2.
Membacanya diganjari pahala.
Hadith: "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran) maka baginya
satu kebajikan, dan setiap satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda, ....

Akan tetapi hadith Qudsi tidak boleh dibaca ketika solat, diganjari pahala umum jka membacanya, tetapi tidak seperti al-Quran.

Menurut Syeikh 'Atiah Saqar, sekiranya orang yang mengingkari hadith Nabi Muhammad saw, maka dia dihukumkan sebagai kafir kerana Allah Taala telah berfirman ; Barangsiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.

Manakala dari sudut hadith Qudsi pula, ulama' menilai hadith yang bagaimana diingkari oleh orang yang berkenaan. Sekiranya hadith itu berkenaan tentang mentauhidkan Allah sungguhpun halnya (kedudukan hadith itu) tidak kuat, maka ia kafir.

Tetapi andai kata melibatkan bab-bab fiqh atau perkara-perkara lain, lihat pula pada hadith atau dalil-dalil yang lain. Sekiranya bercanggah dengan hadith yang sohih, maka ada pula perbicaraan yang lain.
Turut dibentangkan di sini pendapat daripada beberapa orang ulama’ Syam (Syria):

1. Faqih Dimasyq masa kini, AL-‘ALLAMAH SYEIKH USAMA ABDUL KARIM RIFAI. Pendapatnya, hadith Qudsi yang tawatur dan mencukupi syarat sahihnya, jika diingkari maka akan jatuh kufur bagi sesiapa yang mengingkarinya.

2. DUKTUR WAHBAH ZUHAILI (pengarang Tafsir Munir & Fiqh Islami), katanya hadith Qudsi yang riwayatnya Aahaad (yakni seorang saja) tidak jatuh kufur bagi yang mengingkarinya. Adapun yang sohih dan banyak pendapat yang menyokongnya, maka siapa yang ingkar jatuh kufur.

3. KEBANYAKAN ULAMAK DI DIMASYQ / SYAM. Pendapat mereka, jatuh kufur bagi sesiapa yang ingkar hadith Qudsi yang menepati syarat-syarat di atas tadi.

4. IBN HAJAR AL- HAITAMI dalam kitab MUSTALAH HADITH –nya: Hadis Qudsi tidak semuanya sahih, tetapi setiap hadith yang menepati syarat sahih maka ianya tidak boleh diingkari.

 Kesimpulannya; pendapat yang mengatakan bahawa orang yang mengingkari hadith Qudsi tidak dihukumkan sebagai kafir memerlukan huraian yang lebih jelas dan terperinci. Jika terus melabelkan sedemikan, dikhuatiri berlaku kekeliruan kepada orang awam.

Diharap semoga kita semua mendapat pimpinan dan hidayah dari tuan yang empunya ilmu yang tidak kurang sedikitpun baginya zahir dan batin seluruhnya.

والله أعلم

04 June, 2012

Amalan 7 Kalimah



Untuk renungan dan amalan bersama.
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap AstagfiruLlah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut diungkapkan.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap  
لا حول ولا قوة إلا بالله jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap
إنا لله وإنا إليه راجعون  jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap
لا إله إلا الله محمد رسول الله sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu, mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.