Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

05 July, 2011

PEREMPUAN


1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.



3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan, bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur ! Bukan tidak boleh berwangi-wangian tetapi bersederhanalah dalam pemakaiannya.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk dan jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan, dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkan sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur leher dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentuk untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini, “Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana ia boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya”. "Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslimah kerana kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya kesan solekan. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya.

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

04 July, 2011

Manusia, malaikat, syaitan...


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang... .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...


Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

02 July, 2011

CARA MAYAT YAHUDI DIKEBUMIKAN

Kebanyakan orang-orang yahudi tidak menyimpan mayatnya berhari-hari seperti mayat-mayat agama kristian, Buddhist, hindu dan lain penganut agama kafir. Ada yang menyimpan mayatnya hanya sehari dan ada juga yang menyimpan mayatnya sampai 3 hari.

Kematian seorang yahudi merupakan "family affair" saja dan amat jarang diumumkan di suratkhabar untuk pengetahuan sahabat handai atau masyarakat sekelilingnya (kecuali kalau simati adalah seorang pembesar synagogue atau pembesar nagara.

Bila mayat akan dikebumikan, disiapkan sebuah lemari cermin yang berdiri, bukan sebuah peti mayat (coffin) sepert agama-agama lain. Mayat ini dibersihkan dan diberi pakaian yang bagus dan didandankan : rambutnya disikat rapi dan dibedakkan supaya wangi baunya. Mayat di- inject dengan ubat yang mengeraskan tubuhnya. Selepas itu mayat di-‘berdirikan’ di dalam lemari cermin itu dan diikat di beberapa bahagian tubuhnya supaya tubuh mayat dapat berdiri tegak dalam lemari cermin itu. Jadi, mayat yahudi tidak dibaringkan dalam coffin sepert mayat-mayat agama lain.

Di tanah perkuburan yahudi sudah digali sebuah lubang 4 persegi dengan lebar kira-kira dua kaki setengah (two and half feet square) dan dalamnya kira-kira enam kaki. (tidak seperti kubur Islam yang biasanya "rectangle" panjangnya 6 kaki, lebarnya sekitar 3 kaki dan dalamnya kira-kira enam kaki.) Ini kerana cermin lemari yang digunakan sebagai "peti mayat " itu akan ditanam berdiri tegak.

Waktu meng-kuburkan mayat biasanya pada waktu senja (kalau kita… kira-kira waktu maghrib) apabila matahari hampir akan terbenam –tidak begitu terang dan tidak terlalu gelap. Mayat dibawa ke tanah perkuburan dengan "special trailer" yang dapat mengangkut lemari mayat itu dengan keadaan "berdiri" (maksudnya tidak perlu "dibaringkan" ) walaupun dalam kereta mayat. Apabila lemari mayat tiba di tanah perkuburan, lemari itu di-transfer ke sebuah trolley (beroda dua) dengan keadaan lemari itu berdiri. (trolley ini sama seperti kita kadang-kadang melihat pekerja-pekerja pepsicola atau cocacola menolak trolley minuman dari lori masuk ke kedai) apabila tiba di lubang kubur, lemari itu dimasukkan ke dalam lubang "vertical" itu dengan menggunakan tali. Yang memasukkan mayat ke dalam lubang adalah anggota keluarga sahaja. Setelah lemari cermin itu dapat berdiri tegak dalam lubang, maka disendalkan tanah-tanah agar lemari itu tidak memiring ke mana-mana apabila lubang itu ditimbus dengan tanah. Kerja-kerja mengebumikan mayat ini semuanya dilakukan dlm keadaan cahaya samar-samar – tidak terang dan tidak begitu gelap. Biasanya tidak sampai satu jam, selesailah urusan pengebumian ini.

Yang mengikut menghantar mayat ke kuburan hanya anggota keluarga. Mereka yang tiada hubungan darah dengan simati tidak digalakkan ikut sama. Ini agar sikap "family affair" dalam urusan mayat dapat dipelihara. Jadi dalam upacara pengebumian mayat yahudi, tidak banyak yang ikut ke cemetery. Biasanya tak lebih daripada 10 orang, dan tiada rabbi (bunyinya – rabai – paderi yahudi) yang menghantarnya ke kubur. Maka tiadalah doa mantera yang dibacakan.

Setelah selesai pengebumian mayat, anggota keluarga pulang ke rumah. Mereka duduk di kerusi dalam bentuk circle dan bertafakkur mengingati mayat yang di dalam kubur dan nasibnya di dalam kubur. Biasanya tafakkur ini berlangsung sepanjang malam dari saat mayat dikebumikan sampailah hari esoknya. Mereka yang bertafakkur tidak tidur sepanjang malam. Mereka semua duduk diam membisu tanpa ada pembacaan mantera.

Impression: kita menganggap ; kaum yahudi sangat takut diketahui orang apabila seorang daripadanya mati kerana masyarakat yahudi menjadi kurang seorang akibat kematian itu. Kenapa mayat yahudi ditanam berdiri, mungkin melambangkan "enggan tunduk" kepada Allah walaupun sudah habis hayatnya di dunia. Apakah ini satu "kesombongan melulu"? Terpulanglah kepada orang yang ingin menginterprasikan. wAllahu a’lam

28 June, 2011

harimau, buaya, tikus dan lebah

Ada seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada dua ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu...,madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah, bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

ASTAGHFIRULLAH...

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih perkataan-perkataan:

سبحان الله، الحمد لله، لا إله إلا الله، الله أكبر

أستغفر الله

لا إله إلا الله، محمد رسول الله

اللهم صلّ وسلِّم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجـمعين