1- Al-Quran
adalah Kalam Allah swt diwahyukan kepada Rasulullah saw dengan lafazNya
sendiri, mencabar orang-orang Arab, dan mereka tidak mampu mendatangkan
seumpamanya ataupun dengan 10 surah sepertinya atau dengan 1surah sahaja dan
cabaran ini masih berterusan. Maka ia adalah mu'jizat yang kekal sampai Hari
Qiamat.
Manakala hadith
Qudsi tidak mencabar ataupun melemahkan pihak lawan.
2- Al-Quran
tidak dinisbahkan kepada sesiapa melainkan kepada Allah Ta'ala sahaja. Maka
dikatakan : Allah swt telah berkata (berfirman).
Sedangkan
hadith Qudsi kadang-kadang diriwayatkan dan disandarkan kepada Allah dan nisbah
ini disebut " nisbah insyaa' ". Kadang-kadang diriwayatkan dan
disandarkan kepada Rasulullah saw, dan nisbah ini disebut "nisbah
ikhbaar" sebab baginda adalah pengkhabar dari Allah swt. Maka
dikatakan : Rasulullah saw bersabda sepertimana yang diriwayatkan dari
Tuhannya....
3- Al-Quran
secara keseluruhannya diambil secara Tawatir, maka ia adalah قطعيّ الثبوت
(ketetapan yang pasti/ putus). Manakala hadith Qudsi kebanyakannya adalah آحاد.
Maka ia adalah ظنّيّ الثبوت
(ketetapan yang bersifat zhon)
Bahkan ada
hadith Qudsi yang sohih, hasan dan dhoif.
4- Al-Quran adalah
benar-benar dari Allah secara lafaz dan makna (isi kandungan / mesej). Maka ia
adalah wahyu dengan lafaz dan makna.
Hadith Qudsi,
maknanya dari Allah dan lafaznya dari Rasulullah saw. Maka ia adalah wahyu dengan
makna bukan lafaz. Oleh itu, para ulama' hadith berpendapat, harus meriwayatkan
hadith ini dengan makna (isi kandungan).
5- Membaca
al-Quran dikira ibadat, boleh dibaca ketika solat. "Maka bacalah (dalam
solat) apa-apa yang mudah daripada al-Quran" - al-Muzzammil: 2.
Membacanya
diganjari pahala.
Hadith: "Barangsiapa
yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran) maka baginya
satu kebajikan, dan setiap satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda, ....
satu kebajikan, dan setiap satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda, ....
Akan tetapi hadith
Qudsi tidak boleh dibaca ketika solat, diganjari pahala umum jka membacanya,
tetapi tidak seperti al-Quran.
Menurut Syeikh
'Atiah Saqar, sekiranya orang yang mengingkari hadith Nabi Muhammad saw, maka
dia dihukumkan sebagai kafir kerana Allah Taala telah berfirman ; Barangsiapa
yang mentaati Rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.
Manakala dari
sudut hadith Qudsi pula, ulama' menilai hadith yang bagaimana diingkari oleh orang
yang berkenaan. Sekiranya hadith itu berkenaan tentang mentauhidkan
Allah sungguhpun halnya (kedudukan hadith itu) tidak kuat, maka ia kafir.
Tetapi andai
kata melibatkan bab-bab fiqh atau perkara-perkara lain, lihat pula pada hadith
atau dalil-dalil yang lain. Sekiranya bercanggah dengan hadith yang sohih, maka
ada pula perbicaraan yang lain.
Turut
dibentangkan di sini pendapat daripada beberapa orang ulama’ Syam (Syria):
1. Faqih
Dimasyq masa kini, AL-‘ALLAMAH SYEIKH USAMA ABDUL KARIM RIFAI. Pendapatnya,
hadith Qudsi yang tawatur dan mencukupi syarat sahihnya, jika diingkari maka akan
jatuh kufur bagi sesiapa yang mengingkarinya.
2. DUKTUR
WAHBAH ZUHAILI (pengarang Tafsir Munir & Fiqh Islami), katanya hadith Qudsi
yang riwayatnya Aahaad (yakni seorang saja) tidak jatuh kufur bagi yang
mengingkarinya. Adapun yang sohih dan banyak pendapat yang menyokongnya, maka
siapa yang ingkar jatuh kufur.
3. KEBANYAKAN
ULAMAK DI DIMASYQ / SYAM. Pendapat mereka, jatuh kufur bagi sesiapa yang ingkar
hadith Qudsi yang menepati syarat-syarat di atas tadi.
4. IBN HAJAR
AL- HAITAMI dalam kitab MUSTALAH HADITH –nya: Hadis Qudsi tidak semuanya sahih,
tetapi setiap hadith yang menepati syarat sahih maka ianya tidak boleh diingkari.
Kesimpulannya;
pendapat yang mengatakan bahawa orang yang mengingkari hadith Qudsi tidak
dihukumkan sebagai kafir memerlukan huraian yang lebih jelas dan terperinci. Jika
terus melabelkan sedemikan, dikhuatiri berlaku kekeliruan kepada orang awam.
Diharap semoga kita semua mendapat
pimpinan dan hidayah dari tuan yang empunya ilmu yang tidak kurang sedikitpun
baginya zahir dan batin seluruhnya.
والله أعلم