Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

21 November, 2011

SIAPAKAH MUSUH ORANG MUKMIN?

Jika kita mahu meneliti dan mengkaji tabiat di sekeliling kita, maka kita kan mendapati satu perkara yang tak lari dari kehidupan kita iaitu “MUSUH”. Musuh kucing ialah anjing, musuh tanaman ialah serangga perosak, musuh orang kaya ialah perompak, musuh si kedekut ialah derma/sedekah, musuh Negara ialah pengkhianat/pembelot/pembolot, musuh ikhlas ialah penipu dan hati-hati musuh dalam selimut. Umumnya, orang mukmin akan berhadapan dengan lima musuh iaitu:


1. Dunia
Dunia adalah jambatan untuk kita menuju akhirat. Ianya juga adalah ladang tempat kita bercucuk tanam untuk memetik hasil di akhirat nanti. Syaratnya mudah sahaja, gunakan semua nikmat dunia ini sesuai dengan syariat Islam, maka jadilah ia ibadah. Tetapi dunia ini akan tetap menjadi musuh kepada kita anadainya kita gunakan semua nikmat Allah di dunia ini tanpa mengikut batasan dan landasan yang telah ditetapkan. (Halal dan haram no differences) Maka kayalah dia dengan harta riba, rasuah, curi, rompakan judi dan sebagainya. Dunia seperti ini perlu
dihindari oleh kita supaya kita selamat daripada kemurkaan Allah dunia dan akhirat.

2. Kufur
Orang kufur atau kafir dan juga munafik tidak beriman kepada Allah swt dan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka kebanyakannya adalah untuk kepentingan dan keseronokan dunia semata-mata. Jika kita tidak berhati-hati, kita juga akan terperangkap dengan cara hidup mereka. Bagaimana cara kita berhadapan dengan pengaruh negatif mereka? Caranya mudah sahaja, kalau mereka tonjolkan budaya durjana dan maksiat kepada kita, kita lawan mereka dengan menonjolkan budaya
Islam yang syumul lagi indah berlandaskan Al – Quran dan as- Sunnah. Kita ketengahkan pendidikan yang mengagungkan Allah di samping tidak mengabaikan ilmu duniawi. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada beberapa perkara kebaikan yang boleh kita terima daripada mereka seperti kemajuan sains dan teknologi, etika kerja, sikap berterus terang, bersungguh-sungguh dan lain-lain sikap positif yang tidak bertentangan dengan syariat.

3. Orang Islam Fasik
Orang Islam Fasik adalah orang yang derhaka lagi tidak adil dan sentiasa terlibat dengan dosa. Dalam hatinya nasih menebal sifat tercela seperti riak, ujub, sum’ah, takbur, tamak haloba, dengki khianat, cinta dunia, gila pangkat dan sebagainya. Cara orang mukmin berhadapan dengan manusia jenis ini alah dengan menasihat, mengajak dan mendidik mereka supaya meninggalkan semua sifat tercela dan menggantikan sifat-sifat tercela dengan sifat-sifat mahmudah dan yang seangkatan dengannya. Jika mereka bersalah dengan kita, kita buat baik terhadap mereka atau maafkan sahaja. Umpama orang membaling tahi kepada kita, tetapi kita hadiahkan bunga kepada mereka. Ataupun orang yang tempeleng muka kita, tapi kita beri RM
10 kepada mereka. Pernah cuba kaedah ini? Jika pernah jangan ulanginya lagi dan jangan sesekali cuba di rumah.

4. Nafsu
Nafsu adalah pendorong atau penggerak bagi manusia untuk melakukan sesuatu yang baik atau yang buruk dalam kehidupannya. Nafsu jika tidak dikawal akan mengajak kita melakukan perkara yang mungkar dan maksiat yang dilarang oleh Allah. Ianya ibarat kuda liar yang terpaksa diawasi pergerakannya. Nafsu boleh dikawal dengan bermujahadah seperti berpuasa, mengurangkan makan dan tidur, banyakkan ibadah sunnah seperti membaca Al- Quran, selawat, solat sunat, wirid, zikir dan sebagainya.

5. Syaitan
Syaitan adalah musuh orang Mukmin yang nyata. Ketuanya, adalah iblis laknatullah, telah bersumpah bahawa dia akan menghasut dan menyesatkan semua orang mukmin hingga hari kiamat. Namun begitu, dia tidak akan dapat berbuat demikian terhadap orang mukmin yang ikhlas serta menghindarkan dirinya dari pintu-pintu maksiat.

17 November, 2011

Perkara yang membatalkan Solat mengikut mazhab Syafei



Solat seseorang boleh terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

1- Terbatal toharah (طهارة) dengan kedatangan hadas semasa bersembahyang, samada hadas besar atau kecil, sekalipun tanpa sengaja.

2- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian atau tempat sembahyang, kecuali segera dibuangkan.

3- Sengaja bercakap walau hanya dengan dua huruf atau satu huruf yang memberikan kefahaman.

4- Melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan atau minum.

5- Perbuatan (bukan sembahyang) yang banyak dan berturutan seperti menghayunkan tangan tiga kali, melangkah tiga langkah, melompat dan sebagainya. Perbuatan kecil yang berturutan tidaklah membatalkan sembahyang, seperti menggaru gatal dengan satu anak jari sahaja.

6- Ketawa.

7- Riddah (murtad)

8- Hilang akal

9- Meninggalkan menghadap kiblat, seperti berpusing atau berpaling dada dalam sembahyang.

10- Terbuka aurat dengan sengaja. Kalaulah ditiup oleh angin, lalu terbuka auratnya dan ditutup dengan segera, tidaklah batal sembahyangnya.

11- Meneruskan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang atau berlalu masa yang membolehkan dia melakukan satu rukun sembahyang, sedangkan dia dalam keadaan syak tentang niatnya (adakah berniat atau tidak?), atau tentang syarat sah sembahyang (adakah sudah berwuduhuk atau belum?) atau tentang kaifiat niat (seperti adakah sembahyang zuhur yang aku niatkan atau asar?).

12- Menukar niat sembahyang kepada sembahyang yang lain. Tetapi jika dia menukarkan niat sembahyang fardhu kepada sunat mutlak untuk sembahyang fardhu secara berjemaah, sedangkan dia sembahyang bersendirian, maka ia tidaklah membatalkan sembahyang, bahkan ia disunatkan. Tetapi jika sembahyang fardhu yang dia sedang bersembahyang hanya tinggal satu rakaat sahaja lagi, maka ia tidak disunatkan menukar niat kepada sunat mutlak, cuma ia diharuskan sahaja.

13- Niat atau azam untuk memutuskan sembahyang.

14- Ragu-ragu samada ingin meneruskan sembahyang atau tidak.

15- Mengikat untuk memutuskan sembahyang dengan sesuatu, seperti kalau telefon berdering, aku akan batalkan sembahyang dan menjawab telefon.

16- Meninggalkan dengan sengaja mana-mana rukun sembahyang, sekalipun rukun qauli, kerana ia menghilangkan peraturan sembahyang. Tetapi kalau ditinggalakn dengan terlupa, tidaklah batal, bahkan hendaklah dilakukannya.

17- Mengulangi dengan sengaja mana-mana rukun fi’li (rukun perbuatan).

18- Mendahulukan dengan sengaja satu rukun fi’li (perbuatan) di atas rukun fi’li yang lain, kerana ia menghilangkan tertib sembahyang.

19- Mengikut imam orang yang tidak boleh menjadi imam seperti si kafir atau lelaki mengikut perempuan.

20- Terlalu memanjangkan rukun pendek, seperti memanjangkan iktidal melebihi kadar bacaan surah al-Fatihah, atau memanjangkan duduk antara dua sujud melebihi kadar bacaan tasyahhud (tahiyyat).

21- Makmum mendahului imam dengan dua rukun fi’li (perbuatan).

22- Makmum terlewat dua rukun fi’li (perbuatan) daripada imam tanpa keuzuran.

23- Sengaja memberi salam bukan pada tempatnya.

24- Sengaja turun untuk duduk tahiyyat awal setelah tertinggal (terlupa) dan sudahpun qiam untuk rakaat ketiga.

25- Mengulangi takbiratul ihram untuk kali kedua dengan niat memulakan sembahyang.

Ini adalah penerangan secara ringkas tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang, yang mana sepatutnya bagi seseorang yang ingin menjadi imam mempelajari dan mengetahuinya.

16 November, 2011

semua komputer ada..... buangkan ia

sila klik My Computer sekarang, dan pilih Local Disk (C:), program files, Microsoft Office, Media, CAGCAT10, perhatikan ikon bernombor J0285926. sile DELETE. itu adalah ikon atau simbol celebration yahudi.

02 November, 2011

Cinta Luar Biasa


Cinta luar biasa..
Cinta seorang kekasih kepada umatnya
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummatii.. ummatii.. ummatii..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan
Insan yang sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman


Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإيْمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيْمٌ

Ya Tuhan kami.. Beri keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan perasaan hasad dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman.. Ya Tuhan kami.. Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.. (al-Hasyr: 10)