Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

31 May, 2011

bagi Pengembala Kambing aje....

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam di tangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam di tangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.

Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (أشهد أن لا إله إلا الله...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (وأشهد أن محمداً رسول الله)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah Islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua, maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

wAllahu a'lam...

23 May, 2011

kebiasaan...


Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepadaseorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yangsering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malampengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya..."


Moral cerita ;-) Lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Begitu juga sebaliknya. So jadilah seorang lelaki or perempuan yang baik, kalau nak jodoh yang baik. Betul tak...

22 May, 2011

Marah


Pada suatu hari, Rasulullah SAW dan Abu Bakar sedang bersantai sambil berbual-bual. Tiba-tiba datang seseorang yang tak dikenali lalu memaki Abu bakar dengan kata-kata yang amat pedas. Abu Bakar buat tak layan saja. Dia lagi berang melihat reaksi Abu Bakar, kemudian dikeluarkan lagi kata-kata fitnah pada sahabat nabi tersebut sehinggalah memecah tahap kesabaran Abu Bakar...Rasulullah SAW hanya melihat sahaja kejadian tersebut.
Lalu Abu Bakar bangun dan Rasulullah SAW juga bingkas bangun. Abu Bakar bertanya"Ya Rasullullah, adakah tuan nak beserta aku?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak, tadu ketika kau bersabar aku lihat malaikat bersamamu, tetapi apabila kau bangun malaikat lari dan datang pula syaitan.......".(datang syaitan mengapikan Abu Bakar)

Dari cerita di atas ,apakah yang kita perlu ada untuk mengatasi masalah marah ini.........?

19 May, 2011

Tidak Tergesa-Gesa Untuk Menonjolkan Diri.



<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

Kita sememangnya diperintahkan supaya menonjol diri di tengah masyarakat untuk berdakwah, menyampaikan ilmu dan memimpin. Namun demikian , penonjolan hendaklah didahului dengan persediaan agar penonjolan tersebut benar-benar bermakna dan berupaya mendatangkan hasil.

Tempoh persediaan ialah masa untuk mencari bekalan (ilmu , iman dsbnya) dan mengislahkan diri. Fatrah ini dari segi aulawiyyat / keutamaannya , masa hendaklah diluangkan sebanyak mungkin untuk menambah ilmu , memperbaiki diri dan mencari pengalaman ( berharakah , tarbiah , organisasi dan sebagainya ) melalui penglibatan dalam persatuan , gerakan pelajar , gerakan Islam dan sebagainya.

Fenomena yang mesti dielakkan dalam zon persediaan ini ialah isti'jal (gopoh) dalam menonjolkan diri tanpa ada keperluan atau tuntutan.Tergesa-gesa menonjolkan diri walaupun menyedari bahawa kita kurang persediaan dan tiada kelayakan , ( hanya semata-mata kerana dorongan hawa nafsu yang dikuasai virus riak ), merupakan satu penyakit yang akan merugikan diri sendiri. Ini kerana kita memaksa diri kita untuk melonjak naik sebelum tiba masanya.

Ia seumpama seorang kanak-kanak yang dipaksa berjalan sedangkan ia hanya mampu merangkak. Natijahnya akan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak tersebut atau memudaratkannya.

Antara ungkapan hikmah Ibnu ‘Ataillah rhm. :

“Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan,sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam maka tidak sempurna hasil buahnya”

"Ibnu 'Ataillah rhm. telah membandingkan seorang hamba dengan sebiji benih yang pada permulaan pembentukannya perlu ditanam dalam perut bumi jauh daripada sinaran matahari supaya ia dapat mengikuti peredarannya dan tumbuh berdikit-dikit sehinggalah ia diberi keizinan oleh Allah untuk meninggi di permukaan bumi , iaitu setelah melalui satu fatrah peliharaan yang cukup di mana dalam fatrah ini ia mendapatkan kekuatan untuk zahir di hadapan cahaya. Adapun sekiranya kita membiarkan biji benih di atas permukaan bumi tanpa menanamnya maka sekali-kali tidak akan ada hasilnya dan ia tidak akan mendatangkan buah yang diharapkan kerana ia terdedah kepada keadaan cuaca dan tempat yang belum layak / belum sesuai baginya.

Seolah-olah Ibnu 'Ataillah ingin menyatakan kepada kita bahawa, "Manusia sekali-kali tidak akan dapat mengambil manfaat daripada kamu secara sempurna sama ada daripada ilmu kamu atau seruan / dakwah kamu melainkan jika kamu telah melalui satu peringkat di mana kamu tidak menonjolkan diri kepada manusia dalam fatrah tersebut dan menumpukan perhatian untuk membentuk aqal dengan ilmu, hati dengan wirid-wirid dan membentuk jiwa dengan mujahadah.

"Syeikh Mohd. al Ghazali ketika menghurai ungkapan hikmah ini dalam kitabnya Ihya Ulumuddin", menyatakan: “ Waspadalah daripada dua perkara ;

1. Menginginkan penonjolan sebelum sempurna kelayakan-kelayakan yang dituntut / diperlukan.

2. Berusaha menyempurnakan kelayakan-kelayakan ini untuk menarik perhatian manusia kepada kamu (bukan kerana Allah ).

18 May, 2011

white blanket

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

http://www.youtube.com/watch?v=zYdSrGgXglM


15 May, 2011

Siti Zubaidah dan Azan

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang

kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya

sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang

menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan

segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika

bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya

itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh

telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah

apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah

menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan

syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu

semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku

tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku

menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah

berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di

dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh

dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang

sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat

yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya

"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu

catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di

kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus

aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat

kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan

akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih

simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya

lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak

Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah

ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan

keseronokkan serta kemewahan dunia.