Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

26 February, 2010

Nabi Muhammad SAW tidak maksum?

Ayat Al-Quran yang famous:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi; wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Al-Ahzab: 56)

Ada orang pernah mempertikaikan kenapa perlu berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, sedangkan baginda sudah berada dalam keadaan yang tinggi dan terpuji? Adakah ini bermakna baginda masih lagi rendah kedudukannya, sehingga berhajat kepada selawat daripada para pengikutnya?

Maka perlu dijelaskan di sini bahawa, kita jangan tengok suatu kalimat itu dari sudut makna lughowi (bahasa) sahaja. Dalam hal ini, kita bukan hanya mendoakan nabi, bahkan kita mendoakan diri sendiri. Banyak hadith-hadith galakan nabi dan ganjaran pahala untuk mereka yang berselawat. Ini bermakna, semua itu faedahnya kembali kepada diri sendiri.

Kita berselawat kepada nabi, bukan bermakna nabi belum sempurna atau tidak maksum. Sebenarnya kita yang perlukan selawat itu, kerana nabi memang sudah tinggi.

Terdapat perbezaan makna yang tersirat di sebalik perkataan الصلاة (selawat) itu daripada siapa yang mengucapkannya.

Pertama: as-solah daripada Allah bermaksud رحمة (pengampunan)
Kedua: as-solah daripada malaikat bermaksud استغفار (mohonkan keampunan).
Ketiga: as-solah daripada manusia bermaksud التضرع والدعاء (merendahkan diri dan memohon doa kepada Allah SWT)

Perbezaan di antara تواضع dan تضرع ; tawadu' adalah menjauhkan diri dari sifat takbur dan sombong. Individu berkenaan cuba untuk merendahkan diri apabila dipuji atau dipandang tinggi.

Manakala tadharru' pula adalah yang berkenaan memang merendahkan diri pada tempat yang sepatutnya, terutama sekali kepada Allah SWT.

wALlahu a'lam.

Salam MAulidur Rasul SAW
bersama sahabat saya Hj. Dzulkifli, setelah kami selesai menunaikan ibadah haji pada tahun 2007M / 1428H